Penggunaan Antibiotik: Apa yang Anda Perlu Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/04/2018 . 3 minit bacaan
Share now

Antibiotik adalah sejenis ubat yang digunakan untuk melawan jangkitan bakteria, rawatan untuk radang paru-paru atau keadaan biasa seperti jerawat. Antibiotik bekerja dengan membunuh bakteria dan menghalangnya daripada membiak. Walau bagaimanapun, antibiotik tidak berkesan dalam memerangi jangkitan virus seperti selesema, flu dan sakit tekak.

Apabila digunakan dengan cara yang betul, antibiotik boleh menjadi penawar yang menyembuhkan. Walau bagaimanapun, menyalahgunakan antibiotik boleh menyebabkan bakteria rintangan antibiotik, yang merupakan masalah yang kian merebak di England dan Eropah. Untuk mengelakkan rintangan antibiotik, anda perlu tahu kebenaran tentang penggunaan antibiotik. Berikut adalah beberapa fakta mengenai antibiotik yang perlu anda ketahui:

Antibiotik tidak berkesan untuk jangkitan virus atau jangkitan kulat

Antibiotik digunakan untuk merawat jangkitan bakteria. Bakteria adalah makhluk mikro sel tunggal yang boleh membiak sendiri. Walaupun kebanyakan bakteria tidak merbahaya, ada yang boleh menyebabkan penyakit pada manusia seperti keracunan makanan, gonorrhea, abses, pneumonia dan jerawat.

Jangkitan virus adalah disebabkan oleh virus. Virus jauh lebih kecil daripada bakteria. Tidak seperti bakteria, virus tidak boleh hidup tanpa hos. Dalam tubuh manusia, virus berpaut pada sel manusia dan menyebabkan sel pecah atau mati untuk membiak. Dalam beberapa kes, virus mengubah sel-sel normal menjadi sel-sel kanser. Kebanyakan virus menyebabkan penyakit. Sesetengah penyakit yang disebabkan oleh virus termasuk: selsema, flu, Herpes, HIV / AIDS, HPV, demam campak dan rubella.

Jangkitan kulat adalah disebabkan oleh kulat yang biasa terdapat dalam alam sekitar. Jangkitan kulat ringan kelihatan seperti ruam manakala jangkitan kulat dalam aliran darah atau saraf tunjang adalah sangat jarang berlaku. Kebanyakan kulat tidak berbahaya, tetapi ada yang boleh menyebabkan penyakit pada manusia seperti jangkitan kulat mata, kurap, dan Histoplasmosis.

Memilih antibiotik yang sesuai

Tidak semua jenama antibiotik adalah sama. Terdapat beberapa jenis antibiotik. Bergantung kepada jenis jangkitan bakteria yang anda hadapi, doktor akan menetapkan antibiotik yang terbaik untuk memerangi bakteria tersebut. Secara umumnya, terdapat 6 kumpulan antibiotik: penisilin, cephalosporins, aminoglycosides, tetracyclines, macrolides, fluoroquinolones/quinolones.

Doktor anda akan mengambil kira faktor-faktor berikut untuk menetapkan antibiotik anda:

  • Bakteria yang menyebabkan keadaan anda: Doktor anda akan mencari antibiotik yang terbaik untuk melawan bakteria.
  • Alahan: Sesetengah jenis alahan boleh membatalkan kesan antibiotik. Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai alahan penisilin tidak akan ditetapkan amoxicillin.
  • Kesan-kesan sampingan, keadaan kesihatan semasa: Doktor anda akan mempertimbangkan kesan-kesan sampingan antibiotik, dan juga keadaan anda, sebagai contoh, jika anda hamil atau menyusukan bayi.
  • Faktor-faktor lain: Anda boleh berbincang dengan doktor anda tentang faktor-faktor lain seperti bajet anda, jadual pengambilan, sebarang ubat atau herba lain yang anda sedang ambil.

Selain jenis-jenis antibiotik, anda perlu tahu bentuk penyediaan antibiotik. Terdapat tiga bentuk penyediaan antibiotik:

  • Antibiotik oral: tablet, pil dan kapsul atau cecair. Antibiotik oral adalah yang paling biasa dan digunakan untuk merawat jangkitan ringan kepada sederhana.
  • Antibiotik sapuan: krim, losyen, semburan atau titisan. Antibiotik jenis ini digunakan untuk merawat jangkitan kulit.
  • Suntikan antibiotik: suntikan atau infusi. Antibiotik jenis ini disuntikkan terus ke dalam aliran otot atau darah. Ia digunakan untuk merawat jangkitan bakteria yang teruk.

Menggunakan antibiotik dengan betul

Doktor anda akan menetapkan dos harian antibiotik untuk anda. Anda mesti mengikut preskripsi dan melaporkan kepada doktor anda jika anda mengalami sebarang kesan sampingan. Jika anda terlepas satu dos, anda tidak perlu menggandakan dos seterusnya. Anda boleh mengambil dos yang tertinggal sebaik sahaja anda sedari atau abaikan dos yang seterusnya. Mengambil dos berganda akan meningkatkan risiko rintangan antibiotik.

Apabila anda menggunakan antibiotik berlebihan, anda mempunyai risiko rintangan antibiotik. Ia adalah suatu keadaan di mana bakteria tidak lagi bertindak balas terhadap rawatan dengan menyesuaikan diri dengan antibiotik tersebut atau bermutasi kepada bentuk yang lebih kebal. Jenis-jenis jangkitan boleh menjadi serius dan mencabar untuk dirawat, dan menjadi punca peningkatan kecacatan dan kematian di seluruh dunia.

Apabila digunakan dengan betul, antibiotik boleh menjadi rawatan menyelamatkan nyawa untuk pelbagai penyakit jangkitan bakteria. Walau bagaimanapun, disebabkan peningkatan kes-kes bakteria rintangan antibiotik, NHS dan organisasi kesihatan di seluruh dunia menyarankan anda perlu mengurangkan penggunaan antibiotik, terutama untuk keadaan yang tidak serius.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Faraj Lembap & Berbau Selepas Haid? Ini Tanda Jangkitan Kulat, Ada Sebab Mengapa Ia Berlaku

    Golongan wanita cenderung untuk mendapat jangkitan kulat terutamanya ketika dan selepas haid atas beberapa faktor tertentu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 24/08/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Diabetes? Ambil Suntikan Flu Bagi Elak Risiko MAUT, Penting Terutama Ketika COVID-19!

    Jika anda merupakan pesakit diabtes, anda perlu ambil vaksin flu dalam masa terdekat ini. Tanpa suntikan flu ini, akan berlaku komplikasi yang lebih buruk!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 20/08/2020 . 3 minit bacaan

    Ingin Cepat Sembuh Daripada Sakit Tekak? Ini Penawarnya

    Jika anda ingin memulihkan sakit tekak, di sini kami ada senaraikan beberapa penawar yang boleh meringankan simptom tersebut. Teruskan membaca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 03/07/2020 . 8 minit bacaan

    BERHENTI Kongsi Pengetip Kuku! Anda Berisiko Dapat Banyak Penyakit Termasuk Hepatitis, Takutnya!

    Kita tidak harus berkongsi barangan peribadi seperti pengetip kuku dengan orang untuk mengelak risiko jangkitan penyakit seperti Hepatitis C!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 26/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jangkitan bakteria

    Faraj Berbau Hanyir Selepas Berhubungan Intim? AWAS! Ini Tanda Jangkitan Bakteria

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
    ubat untuk masalah kesuburan

    Wanita Yang Nak Hamil, Sebelum Ambil Ubat Kesuburan, Ketahui Kesan Sampingan Jangka Panjang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
    sakit mata

    Sakit Mata Boleh Berjangkit? Ini Sebab Mengapa Tak Boleh Pandang Orang Yang Ada Keradangan Mata!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
    jangkitan kulat

    Lubang Dubur Rasa Gatal? Ini Mungkin Petanda Jangkitan Yis, Bukan Jadi Pada Faraj Dan Zakar Saja!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan