backup og meta

Berdasarkan Kajian, Pencemaran Udara Boleh Jadi Pembunuh Senyap Kehamilan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 02/07/2020

    Berdasarkan Kajian, Pencemaran Udara Boleh Jadi Pembunuh Senyap Kehamilan

    Selalunya keguguran berlaku disebabkan faktor seperti pemakanan atau tekanan emosi. Tetapi ada kajian mengatakan pencemaran udara juga boleh menjadi punca, betul ke? Mari ikuti penjelasan lanjut.

    Pencemaran udara 

    Dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Sustainability, mengatakan bahawa Tahap pencemaran udara yang tinggi dikatakan sebagai faktor yang meningkatkan kecenderungan untuk mengalami keguguran secara senyap.

    Keadaan ini adalah di mana janin sudah tidak bernyawa pada trimester pertama. Tetapi kematian janin itu tidak dapat dikesan oleh badan. Malahan tidak terdapat sebarang simptom keguguran seperti pendarahan yang berlaku.

    Penyelidikan berskala besar melibatkan lima saintis dari sebuah universiti di China ini dilakukan di Beijing, ibu kota China yang dipenuhi dengan asap dan terkenal dengan kualiti udara yang buruk. 

    Hasil kajian

    Kajian analisis rekod 255,668 individu wanita hamil ini dilakukan antara tahun 2009 dan 2017 ini turut melibatkan hampir 17,500 individu yang mengalami keguguran. Penyelidik melakukan perbandingan angka dengan tahap pendedahan ibu hamil kepada empat bahan utama pencemaran udara iaitu bahan halus (PM2.5), sulfur dioksida, ozon dan karbon monoksida.

    Selepas mengambil kira faktor lain seperti usia dan pekerjaan, para penyelidik merumuskan bahawa kenaikan jumlah tahap kesemua empat bahan utama pencemaran udara mempunyai kaitan dengan peningkatan risiko keguguran.

    Pembunuh senyap

    Risiko mengalami keguguran secara senyap ini berlaku sehingga 15 peratus bagi setiap kehamilan dan ia adalah satu masalah yang lebih kerap berlaku di negara yang membangun. Keguguran senyap ini berlaku apabila janin tidak berkembang atau mati, tetapi plasenta dan tisu embrio masih berada di dalam rahim.

    Walaupun masih kabur bagaimana pencemaran udara boleh meningkatkan risiko keguguran ini. Namun, hasil dapatan kajian ini membuktikan bahawa pendedahan kepada udara bandar yang tidak sihat ketika kehamilan boleh membangunkan risiko komplikasi. 

    Antara contoh komplikasi yang boleh berlaku akibat pendedahan kepada pencemaran semasa kehamilan adalah seperti keguguran, berat kelahiran yang lebih rendah, keabnormalan pada otak juga peningkatan risiko untuk bayi mengalami autisme yang lebih tinggi.

    Beri kesan kepada semua

    Hakikatnya, pencemaran udara bukan sahaja pembunuh senyap kehamilan, tetapi ia sebenar individu dewasa juga akan terkesan daripada pencemaran ini. Keadaan tidak sihat ini dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti gangguan kepada pernafasan, penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung, strok dan kegagalan jantung serta mengembangkan risiko kanser paru-paru.

    Jadi walaupun kita di Malaysia mungkin tidak berdepan dengan kualiti udara yang teruk seperti di China, tetapi ia tidak bermakna anda boleh mengambil mudah isu ini. Pencegahan adalah perkara yang lebih baik daripada merawat, jadi elakkan daripada terdedah kepada udara yang tidak sihat untuk tempoh yang lama. Jagalah kesihatan anda., terutama jika anda sedang hamil.

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 02/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan