Ingin Hentikan Pengambilan Alkohol? Ini Langkah Yang Boleh Diambil. Pasti Berkesan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 25/08/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Berniat mahu hentikan tabiat minum alkohol anda? Ia sesuatu yang sukar, kan? Tetapi ini langkah mengatasi pengambilan alkohol boleh anda cuba. Semoga berjaya!

Hentikan tabiat minum alkohol

Untuk kebanyakan individu, berhenti mengambil alkohol boleh menjadi satu perjuangan yang sukar dan mencabar. Sesetengahnya mungkin akan berputus asa dan kembali kepada tabiat lama.

Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai semangat yang kuat, dan anda bersedia untuk berhenti minum sepenuhnya, anda pastinya boleh pulih daripada pengambilan alkohol.

Walau seteruk mana keadaan, cubalah untuk membaca artikel ini untuk mengambil beberapa langkah mengatasi pengambilan alkohol anda. 

Masalah pengambilan alkohol yang kronik pastinya mempunyai rintangan dalam usaha untuk memberhentikan tabiat minum ini.

Kebiasaannya, seseorang individu yang gemar meminum alkohol tidak mampu mengawal keinginan untuk minum sama seperti kesukaran untuk berhenti minum.

Dalam kes ini, anda mungkin akan mengalami keinginan untuk alkohol. Ini boleh mendatangkan kesukaran dan cabaran, terutama untuk enam bulan pertama selepas anda memutuskan untuk berhenti minum.

Perancangan rawatan alkohol yang terancang, pasti dapat membantu anda menempuhi cabaran ini. Malah, ia juga dapat membantu anda untuk membina kemahiran baru bagi mengatasi situasi tertekan, keinginan alkohol, dan tekanan sosial untuk minum.

Berikut adalah beberapa langkah mengatasi pengambilan alkohol:

langkah mengatasi pengambilan alkohol

  1. Mempunyai matlamat

Pada permulaan, ia adalah sukar untuk berhenti minum sepenuhnya. Anda boleh meletakkan had pada jumlah alkohol yang boleh anda minum.

Had ini tidak boleh melebihi satu minuman sehari untuk seorang individu wanita dan dua minuman sehari bagi individu lelaki.

Pastikan anda mencatatkan matlamat anda, dan letakkan pada tempat yang boleh anda nampak seperti di dalam bilik tidur atau di pintu peti sejuk.

  1. Jauhi faktor kecenderungan

Dalam situasi sosial, anda mungkin diajak minum sekadar untuk berseronok atau sebagai satu kelakukan sopan.

Jika anda perlu berdepan dengan individu tertentu, tempat atau aktiviti yang cenderung membuatkan keinginan melampau terhadap alkohol, cuba untuk menghindarinya.

  1. Membuat catatan

Langkah ini memerlukan kestabilan, tempat yang tenang untuk anda berfikir dan fokus. Benarkan seluruh badan anda untuk berehat. Tarik nafas secara mendalam dan fikirkan pada bahagian badan anda yang menyebabkan keinginan untuk alkohol.

Selepas itu, perhatikan apabila timbulnya keinginan dan catatkannya untuk pemerhatian anda. Tujuannya, bukan untuk menghilangkan keinginan itu tetapi untuk mengalami keinginan dengan situasi dan kaedah yang baru.

Jika anda mempraktikkan kaedah ini, anda akan menjadi biasa dengan keinginan anda dan mengetahui bagaimana untuk menghindarinya sehingga keinginan itu hilang secara semula jadi.

Ini adalah antara cara yang dapat membantu mengatasi keinginan terhadap alkohol.

minum alkohol

  1. Hobi baru dan aktiviti sihat

Cari hobi baru, sebarang aktiviti sukarelawan, atau pekerjaan yang dengan tujuan yang baik. Apabila anda melakukan sesuatu yang mendatangkan kepuasan, anda akan merasa lebih baik tentang diri sendiri dan keinginan untuk minum itu akan berkurangan.

Adalah sangat penting untuk menyedari tentang kebaikan berhenti mengambil alkohol.

Ramai individu bergelut dengan alkohol, sukar untuk memutuskan sama ada terus dengan tabiat minum untuk menenangkan fikiran atau menghindari tabiat minum ini.

Kesabaran merupakan kunci memandangkan proses pemulihan memerlukan masa dan keazaman untuk berhenti yang konsisten.

Kira kandungan alkohol dalam darah anda di sini. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Elakkan 7 Makanan Ini Atau Anda Akan Berjaga Sampai Pagi!

Anda susah nak pejamkan mata? Haaa...mungkin puncanya apa yang anda makan. Ada 7 jenis makanan harus dihindari kerana menjejaskan kualiti tidur, jom semak!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 02/04/2020 . 3 minit bacaan

STOP Memandu Ketika Mabuk! Ini Risiko Untuk Anda & Orang Lain

Alkohol adalah minuman berbahaya yang akan membuat anda mabuk. Ia seterusnya akan mengundang bahaya terutamanya jika anda memandu di jalan raya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 04/02/2020 . 3 minit bacaan

3 Perkara Anda WAJIB PANTAU Pada 3 Bulan Pertama Kehamilan, Jangan Lalai!

Anda tahu apa pantang larang ibu mengandung ketika awal kehamilan? Ini apa yang anda perlu awasi untuk 3 bulan pertama kehamilan demi kebaikan janin.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kehamilan, Perkembangan Kehamilan, Trimester Pertama 17/11/2019 . 3 minit bacaan

Berdasarkan Kajian, Pelajar Kolej Yang Minum Alkohol Walaupun Ada Ujian Akan Ketagihan

Pengambilan minuman alkohol di secara berlebih sudah pasti mempunyai kesannya. Tetapi bagaimana pula harga minuman alkohol juga boleh memberi kesan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Artikel lain untuk anda

Nak Tahu Sperma SUBUR Atau TIDAK? Lakukan Kiraan Air Mani, Ini 7 Sebab Kaum Adam Kena Buat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 12/08/2020 . 3 minit bacaan
menjadi ibu

Gelaran Ibu Buat Anda Lagi Stres? Silap! Ada Banyak Manfaat Kesihatan Buat Wanita Bergelar Mama

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 16/07/2020 . 3 minit bacaan
merancang untuk hamil

Elak Risiko Bayi Cacat Dengan Buat 11 Perkara Ini, WAJIB Amalkan Sebelum Hamil Lagi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 09/07/2020 . 3 minit bacaan
tiub fallopio tersumbat

9 Kaedah Semulajadi Untuk Merawat Tiub Fallopio Tersumbat, Ubah Gaya Hidup Anda Sekarang!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 11/06/2020 . 3 minit bacaan