Menangani Sakit Kepala Migrain

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 29/06/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Migrain adalah salah satu daripada jenis sakit kepala. Meskipun istilah ini sering digunakan untuk menjelaskan sakit kepala yang teruk, migrain adalah sejenis sakit kepala yang spesifik melibatkan perubahan fisiologi yang berlaku di dalam kepala.

Jenis sakit kepala ini kadangkala disertai dengan sensitiviti terhadap cahaya, bunyi atau bau.

Simptom migrain termasuk:

  • Sakit kepala di satu sisi kepala. Amat jarang ia melibatkan kedua-dua sisi.
  • Sakit mata.
  • Sensitif terhadap cahaya atau bunyi.
  • Mual dan muntah.

Bagaimana ingin menangani migrain?

Selain daripada ubat-ubatan, migrain juga boleh dikawal melalui pemakanan dan gaya hidup yang betul.

1. Dapatkan persekitaran yang tenang

Antara perkara yang boleh merangsang serangan migrain adalah cahaya terang dan bunyi bising. Apabila serangan berlaku, keluar daripada tempat anda dan dapatkan susana yang lebih menenangkan.

Antara perkara yang anda boleh lakukan:

  • Padamkan lampu.
  • Tutup pintu untuk kurangkan bunyi daripada luar.
  • Letakkan kain sejuk di atas dahi.
  • Banyakkan minum air, terutamanya jika anda muntah.
  • Minum air kopi dalam kuantiti yang sedikit. Ia mampu mengurangkan sakit kepala.

2. Dapatkan tidur yang cukup

Kurang tidur juga mungkin merangsang serangan migrain.

Perkara yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan tidur yang mencukupi:

  • Tetapkan jadual tidur yang tetap. Bangun dan tidur pada waktu yang sama setiap hari.
  • Buang semua yang mengganggu perhatian anda. Tutup semua gajet sekurang-kurangnya satu jam sebelum tidur. Cahaya daripada gajet memberikan signal kepada otak anda untuk terus bangun.
  • Jangan paksa diri untuk tidur. Semakin anda memaksa diri, semakin susah untuk anda tidur. Buat aktiviti ringan sehingga anda mengantuk.
  • Kurangkan minuman berkafein dan periksa ubat-ubatan yang mungkin membuatkan anda tidak boleh tidur.

3. Jaga pemakanan

Pemakanan memberikan kesan terhadap serangan migrain.

  • Tulis diari pemakanan. Kenal pasti makanan yang merangsang migrain anda.
  • Jangan melangkau hidangan anda.
  • Disiplin dengan jadual. Makan pada waktu yang sama setiap hari.

4. Bersenam secara berkala

Bersenam membuatkan badan anda melepaskan bahan kimia yang boleh menghalang isyarat sakit di dalam otak. Ia juga mengurangkan kebimbangan serta kemurungan.

Berat berlebihan juga meningkatkan risiko sakit kepala. Oleh itu, senaman yang membantu mengekalkan berat badan sihat, dalam masa yang sama dapat mengurangkan migrain anda.

5. Kawal stres

Stres tentunya merangsang migrain. Jauhkan diri anda daripada pencetus stres.

  • Mulakan hari dengan fikiran yang positif.
  • Mudahkan urusan harian anda.
  • Kelilingi diri dengan kawan-kawan yang positif.
  • Nikmati setiap saat dalam kehidupan anda.

6. Diari migrain

Setiap kali anda mengalami serangan migrain, catatkan ia di dalam sebuah buku. Diari ini mungkin mampu membantu anda mengenal pasti pencetus kepada migrain anda.

Contohnya, jika selalu berlaku pada waktu petang, mungkin ia disebabkan stres daripada kerja. Jika pada waktu pagi, kemungkinan kurang tidur menjadi punca.

Mencegah adalah jalan terbaik untuk mengawal migrain. Untuk mencegah, pencetus dan perangsangnya harus dikenal pasti terlebih dahulu. Jika semua langkah di atas gagal mengurangkan migrain anda, sila dapatkan nasihat perubatan di hospital atau klinik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    9 Perkara Ini PERLU Anda ELAK Ucapkan Pada Pesakit Kanser! Bertimbang Rasa, Please

    Sama seperti insan lain, individu dengan penyakit barah juga mempunyai hati dan perasaan. Jangan lafazkan 9 perkara ini jika anda menziarahi mereka, okay?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kanser Payudara, Kanser 21/09/2020 . 3 minit bacaan

    Bukan Sahaja ‘Apa’, Penderita Kencing Manis Juga Kena Prihatin Dengan ‘Bila’ Anda Makan!

    Mungkin ramai yang ada kencing manis jenis 2 namun tidak tahu tip untuk mengawalnya bukan? Jadi jom klik artikel ini untuk baca dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kencing Manis, Diabetes Jenis 2 21/09/2020 . 3 minit bacaan

    Penggemar Kopi Mahu Berhenti Ambil Kafein? Ini 6 Perkara Yang Akan Terjadi Pada Tubuh Badan Anda!

    Mungkin ramai yang sudah tahu kafein itu apa bukan? Namun tahukah kalian bahawa akan berlaku sesuatu pada tubuh badan jika berhenti ambil ia? Jom klik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Masalah Neurologikal 21/09/2020 . 3 minit bacaan

    Tangan Asyik Bergetar, Normal Ke? Ini 5 Punca Utamanya, #3 Mungkin Berkait Dengan Anda!

    Ramai yang pernah alami tangan bergetar, sama ada semasa memasukkan benang ke dalam jarum atau selepas hari yang memenatkan. Normal ke keadaan ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pembengkakan prostat

    Kerap Buat Seks Mungkin Boleh Cegah Kanser Prostat! – Berita Baik Atau Palsu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
    rawat buasir

    Pecahkan Buasir Untuk Legakan Kesakitan? AWAS, Tindakan Itu Mengundang Bahaya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
    turun berat badan

    Ada 6 Jenis Obesiti Yang Berbeza! Kalau Nak Mudah Rawat Masalah Ini, Kena Tahu Setiap Jenis

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 4 minit bacaan
    penyakit kulit psoriasis

    Pesakit Psoriasis Nak Elak Luka Pada Kulit Semasa Bercukur? Ini 5 Tip Bercukur Secara Selamat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan