Malas Memasak? Tip Jimat di Bulan Puasa

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Antara perkara yang paling dirindui ramai selepas pemergian Ramadan adalah suasana berbuka yang pastinya hanya dapat dirasai di bulan mulia tersebut. Penyediaan juadah berbuka juga antara aspek penting dalam bulan ini, dan anda mungkin akan menghabiskan banyak masa di dapur untuk menyediakan juadah berbuka, mahupun bersahur. Jika anda tidak mempunyai kelapangan untuk memasak dan memilih untuk membeli makanan di luar, anda masih boleh berjimat dengan beberapa tip berikut:

1. Berbelanja dengan berhemat di bazar Ramadan

Banyak pilihan makanan tidak bermakna banyak juga makanan yang harus anda beli. Kapasiti perut anda masih lagi sama seperti waktu bukan berpuasa dan membazir bukanlah satu tabiat yang ingin anda amalkan di bulan ibadah ini. Oleh itu, ikuti tip berjimat di bazar Ramadan. Antaranya termasuklah jangan bawa duit berlebihan, tetapkan jenis juadah dan kuantiti yang ingin anda beli, bancuh air sendiri dan jangan membeli makanan yang lebih murah sedangkan anda tidak memerlukannya.

2. Memilih restoran yang berpatutan

Sekiranya anda memilih untuk berbuka di luar, sebaiknya anda memilih tempat yang paling jimat dan berpatutan. Lakukan perbandingan sebelum memilih sesebuah restoran atau kedai makan.

Pada masa ini, terdapat banyak restoran yang menyediakan hidangan berbuka puasa secara pakej atau kombo yang lebih murah berbanding pakej biasa. Ketika memilih pakej berkenaan, pastikan bahawa harga yang ditawarkan berpatutan dan setimpal dengan juadah yang ditawarkan. Anda juga perlu mempertimbangkan tawaran tersebut berdasarkan jumlah makanan dan bilangan orang yang akan berbuka puasa dengan anda. 

3. Manfaatkan tawaran Ramadan 

Sekiranya anda gemar akan bufet berbuka puasa, anda boleh mendapatkan harga promosi yang 30% hingga 40% lebih murah daripada harga sebenar dengan menggunakan kupon diskaun “early bird” ataupun diskaun “online” daripada laman-laman diskaun.

Anda bahkan boleh membuat perancangan untuk berbuka puasa bersama kawan-kawan sebelum Ramadan dengan  pembelian voucher bufet Ramadan di kebanyakkan hotel atau restoran adalah lebih murah sebelum bulan Ramadan. Promosi “early bird” seperti ini biasa ditawarkan, jadi anda pasti boleh membuat penjimatan setiap tahun.

Selain itu, terdapat juga hotel dan restoran yang memberikan diskaun istimewa kepada pemegang kad kredit atau kad debit.

3. Elakkan perjalanan jauh

Tidak dapat dinafikan, terdapat banyak bazar Ramadan atau bufet Ramadan yang mempunyai juadah istimewa yang berlainan seumpama ini, dan ada dalam kalangan kita yang suka mengunjungi bazar atau bufet Ramadan berbeza-beza.

Sekiranya bazar atau bufet Ramadan yang ingin anda kunjungi terletak jauh daripada kawasan rumah atau pejabat, ia mungkin akan menambahkan perbelanjaan pengangkutan. Oleh itu, sebaik-baiknya elakkan mengunjungi tempat makan yang jauh. Sekiranya anda teringin untuk menikmati juadah yang tidak ada dijual di tempat lain, mungkin anda boleh ”carpool” bersama kawan-kawan atau ahli keluarga untuk berkongsi kos pengangkutan.

4. Berbuka di surau atau masjid

Manfaatkan majlis berbuka dan sahur anjuran surau dan masjid berdekatan rumah anda. Tidak perlu segan berbuka di sini kerana ia program yang biasa dibuat setiap Ramadan. Anda juga boleh berbuka puasa dan moreh secara percuma di masjid dan surau. Amalan ini bukan sahaja dapat mengurangkan kos, malah ia akan dapat merapatkan silaturahim anda dengan ahli kariah. Selain berjimat, bolehlah kita terus solat berjemaah sekali. Inilah peluang terbaik untuk kita menggandakan pahala di bulan mulia ini.

Selain itu, berbuka puasa di masjid akan memudahkan anda untuk menjalankan solat wajib maghrib dan isyak serta solat sunat tarawih tanpa perlu terkejar-kejar. Aktiviti ini dapat mengurangkan kos penyediaan juadah berbuka puasa. Namun, jangan lupa untuk memberikan sedikit sumbangan ikhlas kepada kariah masjid sebagai sedekah.

5. Makan beramai-ramai

Membeli makanan berbuka puasa di bazar Ramadan tidak lagi murah. Harga bagi makanan seperti murtabak, nasi ayam dan popiah semakin meningkat setiap tahun.

Salah satu cara untuk menjimatkan perbelanjaan di bazar Ramadan adalah dengan berbuka puasa bersama keluarga atau rakan-rakan. Ia adalah lebih menjimatkan daripada berbuka puasa bersendirian kerana hidangan bazar Ramadan kebanyakannya dijual dalam bahagian yang besar dan boleh dikongsi.

Oleh itu, kos perbelanjaan makanan setiap seorang dapat dijimatkan kerana anda dapat berkongsi kos untuk beberapa juadah. Anda juga dapat mengelakkan pembaziran makanan.

Selain itu, sekiranya anda berbuka puasa di luar, terdapat banyak restoran dan hotel yang menawarkan diskaun bagi orang yang datang secara berkumpulan. Diskaun yang ditawarkan adalah seperti, “beli 5 dapat 1 percuma”, yang ditawarkan di beberapa hotel.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Melancap Ketika Puasa? Ini Yang Anda Perlu Tahu!

    Jika anda ingin berhenti melancap pada bulan puasa, inilah masanya. Anda boleh ikut 9 tip yang dikemukakan dalam artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 04/05/2020 . 4 minit bacaan

    Puasa Terbatal Jika Buat Ujian Swab COVID-19? Ini 17 Perkara Boleh & Tidak Boleh Dilakukan Jika Berpuasa

    Adakah ujian swab COVID-19 boleh dilakukan semasa puasa Ramadan? Ketahuinya di sini dengan lebih lanjut sama ada ia boleh sebabkan batal puasa ataupun tidak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Perayaan 04/05/2020 . 3 minit bacaan

    Tak Tahu Nak Masak Apa Masa Sahur? Ini 7 Menu Simple Boleh Cuba Sepanjang Ramadan Ini!

    Bagi mereka yang masih tercari-cari menu untuk sahur sepanjang bulan Ramadan ini, ini 7 menu sahur simple yang boleh anda cuba. Sedap dan jimat masa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Perayaan 30/04/2020 . 4 minit bacaan

    Ini Bahaya Ambil Makanan Segera Semasa Iftar – #5 Pasti Buat Anda Menyesal!

    Anda gemar berbuka dengan apa? Sila pilih dengan baik ya? Elakkan makanan segera ketika iftar kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 29/04/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bulan ramadhan

    Cuaca Panas Terik Di Luar Buat Badan Lesu? AWAS! Ini 15 Tanda Anda Dehidrasi Masa Berpuasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 18/05/2020 . 3 minit bacaan
    puasa 20 jam

    Anda Sanggup Puasa 20 Jam Sehari Sepanjang Ramadan? Ini Cabaran Bagi Umat Islam Di Luar Negara

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 13/05/2020 . 3 minit bacaan
    bahaya merokok

    Ingin Berhenti Merokok Bulan Puasa Ini? Buat 5 Tip Di Bawah Confirm Anda Tak Hisap Lagi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/05/2020 . 3 minit bacaan
    tradisi melayu

    Makan Guna Tangan Baik Untuk Kesihatan? Ada Lagi 4 Tradisi Melayu Bagus Diamalkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 05/05/2020 . 3 minit bacaan