Luka Lambat Sembuh Kerana Diabetes? Ini 11 Perkara Perlu Anda Ketahui

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 07/08/2020 . 5 minit bacaan
Share now

Pernah tak dengar tentang luka diabetes? Ia biasanya dialami oleh individu dengan penyakit kencing manis dan akan mengambil masa untuk sembuh. Malah ia boleh menjadi lebih kronik jika tidak dirawat dengan betul.

Mengenai masalah diabetes 

Penyakit diabetes atau lebih mudah dikenali sebagai kencing manis ini bukan sahaja dihidapi oleh golongan yang berusia, malah saban tahun ia semakin menular tanpa mengira usia dan jantina termasuk kanak-kanak dan remaja.

Penyakit kencing manis, turut dikenali sebagai Diabetes Mellitus (DM) dalam kalangan warga perubatan, secara ringkasnya merupakan satu masalah kesihatan yang berkaitan dengan kadar gula dalam darah yang tinggi.

Ia adalah satu keadaan yang mengganggu dan merosakkan keupayaan badan untuk memproses glukosa darah atau dikenali sebagai gula dalam darah. 

Jika ia dibiarkan secara berterusan, tanpa sebarang kawalan dan penjagaan yang lebih baik, kencing manis berisiko untuk menyebabkan pembentukan gula dalam darah, yang cenderung untuk meningkatkan risiko komplikasi penyakit kronik dan berbahaya seperti strok (angin ahmar) dan penyakit jantung.

Simptom diabetes

Berikut adalah beberapa simptom kencing manis umum yang boleh berlaku, antaranya seperti:

  1. Paras gula dalam darah tinggi
  2. Kehilangan berat badan

penyakit kencing manis

  1. Sentiasa lapar
  2. Kerap dahaga dan kencing
  3. Keletihan, gangguan emosi
  4. Luka lambat sembuh
  5. Penglihatan kabur
  6. Jangkitan yis pada faraj 

Mengapa luka diabetes lambat sembuh?

Seperti yang dinyatakan di dalam senarai simptom bagi masalah diabetes ini, pesakit yang menghidapi masalah kesihatan ini akan berdepan dengan situasi luka lambat sembuh. Tetapi mengapakah keadaan ini berlaku?

Luka diabetes yang dialami oleh pesakit  akan mengambil masa penyembuhan yang lebih lama berbanding dengan luka yang terjadi kepada individu sihat.

Bahkan jika tidak ditangani dengan kaedah yang betul, luka diabetes berisiko untuk merebak hingga berakhir dengan pemotongan anggota badan yang terlibat. 

Antara sebab mengapa luka lambat sembuh adalah kerana kadar gula dalam darah pada badan pesakit adalah terlalu tinggi.

Ia cenderung untuk merosakkan dan mengganggu fungsi saraf, mengurangkan sistem imunisasi badan dan mengakibatkan proses aliran darah menjadi kronik, dan melambatkan proses penyembuhan jaringan sel dan tisu badan yang terluka serta mengalami kerosakan. 

Keadaan ini akan mengakibatkan luka akan tetap terbuka, berdarah serta susah untuk disembuhkan. Luka yang sukar untuk sembuh berisiko untuk menyebabkan pesakit lebih berisiko untuk terdedah kepada jangkitan kulat, jangkitan bakteria dan gangren. 

Bagaimana merawat luka diabetes?

Bagi mengelakkan risiko luka untuk menjadi lebih serius dan kronik, berikut adalah beberapa kaedah rawatan luka bagi pesakit diabetes, iaitu:

penyakit diabetes

  1. Bersihkan luka

Langkah pertama yang harus dilakukan untuk merawat luka bagi pesakit kencing manis adalah dengan membersihkan luka dengan segera.

Anda boleh memilih untuk membersihkan luka dengan air yang mengalir dan sabun atau sebarang pencuci antiseptik. Kemudian, pastikan luka itu dilap dengan kering dan sapukan krim sapu antibiotik yang disarankan oleh doktor supaya luka bebas daripada jangkitan kuman.

Pastikan anda kerap menukar kain balutan luka agar ia sentiasa dalam keadaan bersih. 

  1. Kurangkan tekanan pada luka

Hindari dari memberikan tekanan yang berlebihan pada kawasan atau bahagian yang mengalami luka, seperti dengan mengelakkan pemakaian pakaian yang terlalu ketat.

Mengurangkan tekanan dapat membantu luka untuk lebih cepat pulih dan baik. Jika anda mengalami luka pada bahagian tapak kaki, disarankan untuk menggunakan kusyen lembut atau kasut khas bagi mencegah masalah yang lebih teruk disebabkan diabetes. 

  1. Mengawal tahap gula dalam darah

Kandungan tahap gula dalam darah yang tidak terkawal pastinya akan merumitkan lagi proses penyembuhan luka.

Oleh itu, adalah amat penting untuk mengawal paras gula dalam darah dengan mengamalkan diet pemakanan yang sihat untuk diabetes, senaman, pengambilan ubat antidiabetes, dan suntikan insulin, sekiranya diperlukan.

Anda boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kaedah mengawal dan penjagaan tahap gula dalam darah.

  1. Pantau tanda-tanda jangkitan

Jangkitan pada luka boleh berlaku tanpa sebarang simptom. Namun, berikut adalah antara simptom yang mungkin terjadi seperti demam, rasa kesakitan, kemerahan, bengkak atau berasa panas sekitar kawasan yang luka.

Tambahan bagi simptom yang berikut, luka yang mengalami jangkitan juga boleh diklasifikasikan apabila luka menjadi berair, bernanah, diikuti dengan bau yang tidak menyenangkan.

Dengan mengenal pasti simptom jangkitan dengan cepat pastinya akan dapat membantu anda untuk mengatasi dan mengubati masalah luka tersebut.

  1. Penjagaan pemakanan

Bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka, anda amatlah digalakkan untuk menjaga aspek pemakanan dan pengambilan nutrisi harian anda. Salah satu nutrien penting yang harus diambil setiap hari untuk merawat luka diabetes adalah protein.

Protein dipercayai dapat membantu memperbaiki tisu kulit yang rosak dan tisu badan lain. Keperluan kalori, lemak, serat, vitamin dan mineral seperti zink dan vitamin C juga sama pentingnya. 

  1. Pemeriksaan doktor

Seandainya luka yang dialami tidak bertambah baik dalam tempoh masa 48 jam, anda disarankan untuk menghubungi doktor atau mendapatkan pemeriksaan doktor dengan kadar yang segera.

Jika ia tidak dilakukan dengan cepat, ia akan meningkatkan kecenderungan untuk luka-luka anda akan menjadi lebih buruk serta kronik dan sukar untuk diubati. 

Mencegah kehadiran luka baru

Terdapat beberapa situasi yang cenderung untuk menyebabkan munculnya luka baru, seperti:

  • Memotong kuku

Sekiranya anda adalah penghidap diabetes, maka anda perlu lebih berhati-hati ketika memotong kuku, terutama kepada individu yang pernah mengalami luka di kaki sebelum ini.

Langkah pencegahan ini adalah untuk mengelakkan berlaku sebarang kecederaan dan luka apabila anda memotong kuku.

Sekiranya anda berdepan masalah untuk memotong kuku anda, pastinya anda perlu mendapatkan bantuan individu lain, dan jangan pernah teragak-agak untuk meminta bantuan kerana ia pastinya dapat mengelakkan daripada berlaku sebarang kecederaan. 

  • Memeriksa kaki

Individu yang mengalami masalah kencing manis biasanya akan kerap mengalami masalah kebas pada kaki. Maka adalah penting untuk anda memeriksa kaki termasuklah tapak kaki anda selepas melakukan sebarang aktiviti atau memakai kasut.

Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan sebarang luka-luka kecil, kemerahan atau bengkak yang mungkin tidak anda sedari. Selain itu, anda juga boleh membasuh kaki dan mengelapnya sehingga kering dengan segera bagi memastikan kaki anda sentiasa bersih. 

  • Kasut selesa

Untuk mengelakkan luka dan kesakitan pada kaki, anda dinasihatkan untuk sentiasa memakai kasut ketika di dalam atau di luar rumah. Selain itu, sebaiknya pilih dan pakai kasut yang selesa dan mempunyai kusyen pelapik pada bahagian tumit.

Hindari daripada memakai kasut yang terlalu ketat dan keras kerana ia boleh membuatkan kaki anda mengalami luka dan sakit. 

  • Jangan merokok

luka-diabetes-11-cara-atasinya

Jika anda mempunyai sejarah menghidapi diabetes, adalah amat disarankan untuk anda berhenti merokok. Tabiat merokok hanya akan menyebabkan peredaran darah anda terhalang dan mengurangkan aliran oksigen ke seluruh badan.

Hasilnya, jika anda mengalami luka, ia akan menjadi semakin teruk dan proses penyembuhan akan menjadi perlahan. 

  • Pemeriksaan doktor

Pastikan anda mendapatkan pemeriksaan secara tetap untuk memeriksa kaki dan anggota badan lain untuk merawat sebarang luka diabetik.

Doktor mungkin dapat membantu memeriksa jika terdapat sebarang tanda awal kerosakan saraf, masalah peredaran yang lemah atau jangkitan luka, agar rawatan awal dapat diberikan dengan segera.

Jika anda mempunyai sejarah diabetes atau sebarang kecederaan yang tidak sembuh pada kaki, maka anda perlu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan yang betul daripada doktor. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Membongkar 4 Mitos Tentang Terapi Insulin

    Terapi insulin boleh menjadi alternatif kepada rawatan pesakit kencing manis. Ia boleh mengawal paras gula di dalam darah dengan cara...

    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Diabetes 20/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ini 5 Perkara Yang Mesti Pesakit Diabetes Lakukan Setiap Masa, Setiap Hari! Jangan Lalai

    Kami senaraikan beberapa perkara atau aktiviti penjagaan diri bagi pesakit kencing manis agar penyakit diabetes yang dialaminya dapat dikawal dengan baik.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 14/10/2020 . 4 minit bacaan

    Dialisis, Rawatan Untuk Pesakit Buah Pinggang Yang Berkos Tinggi, Ada Alternatif Lain Ke?

    Mungkin ramai sudah tahu tentang apa itu dialisis namun belum arif tentang siapa yang perlu buat rawatan ini bukan? Jom klik untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Urologi, Penyakit Buah Pinggang 05/10/2020 . 3 minit bacaan

    Bukan Sahaja ‘Apa’, Penderita Kencing Manis Juga Kena Prihatin Dengan ‘Bila’ Anda Makan!

    Mungkin ramai yang ada kencing manis jenis 2 namun tidak tahu tip untuk mengawalnya bukan? Jadi jom klik artikel ini untuk baca dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kencing Manis, Diabetes Jenis 2 21/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jus buah-buahan

    Jus Buah-buahan Sihat Tapi Manis, Jadi Boleh Ke Pesakit Diabetes Minum Air Buah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/10/2020 . 3 minit bacaan
    penjagaan pesakit kencing manis

    Ada Ahli Keluarga Yang Hidap Diabetes? Jika Anda Nak Hindarinya, Ikut 5 Langkah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    orang pendek

    Alamak! Pakar Kata, Orang Rendah Lebih Berisiko Untuk Dapat Diabetes! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 27/10/2020 . 3 minit bacaan
    bahan masakan

    Nak Makanan Sedap Tapi Perlu Kawal Gula, Lemak? Pesakit Diabetes Boleh Guna 13 Bahan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan