backup og meta

7 Langkah Mudah Untuk Cegah Diabetes, Tapi Masih Ramai Yang Belum Tahu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/06/2023

    7 Langkah Mudah Untuk Cegah Diabetes, Tapi Masih Ramai Yang Belum Tahu

    “Anne, bagi saya 1 cawan teh tarik kaw!”, pesan Johari kepada seorang pelayan di sebuah restoran mamak. Hakikatnya, bukan Johari seorang sahaja yang suka minum air manis, ramai lagi rakyat malaysia pun macam ini bukan? Kalau macam ini keadaannya, macam mana kita hendak cegah diabetes daripada berlaku?

    Tabiat yang tidak sihat ini merupakan salah satu dari punca utama kadar pesakit kencing manis kian meningkat di negara kita.

    Menurut statistik Institut Diabetes Kebangsaan (NADI), hampir separuh daripada rakyat Malaysia menghidap diabetes!

    Jadi, sesuatu perlu dilakukan dengan kadar segera oleh individu itu sendiri untuk cegah diabetes jenis 2 – jenis kencing manis yang paling biasa berlaku.

    Selain mengurangkan pengambilan gula, berikut merupakan beberapa langkah mudah lain yang perlu dilakukan untuk mencegah diabetes.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan kesihatan kulit, anda boleh klik di sini.

    Langkah mudah untuk cegah diabetes

    cegah diabetes

    #1. Lakukan aktiviti fizikal

    Bersenam sudah pasti akan menyihatkan tubuh badan. Dalam pada itu, ia mampu menurunkan berat badan, merendahkan kadar gula serta menguatkan sensitiviti terhadap insulin.

    Menurut kajian, senaman aerobik dan senaman rintangan mampu membantu cegah diabetes. Jadi, anda mungkin sudah boleh mandaftarkan diri untuk kelas yang menawarkan 2 aktiviti ini, ya?

    #2. Kurangkan berat badan

    Kita selalu dimomokkan dengan penyataan orang gemuk lebih mudah diserang diabetes. Hakikatnya, ia mungkin benar. Jadi, cuba kurangkan berat badan anda dalam usaha untuk mencegah diabetes.

    Menurut soal selidik, individu yang berjaya hilang 7 peratus dari berat badan, mampu mengurangkan risiko kencing manis sebanyak 60%! Jumlah yang agak banyak, bukan?

    #3. Amalkan gaya hidup yang sihat untuk cegah diabetes

    Jadi, apakah gaya hidup yang tidak sihat? Tentu sekali adalah kurang melakukan senaman serta berat badan yang tidak terkawal.

    Bukan itu sahaja, tabiat buruk seperti menghisap rokok atau mengambil alkohol juga sudah pasti termasuk dalam gaya hidup tidak sihat.

    Ini kerana orang yang merokok berisiko mengalami diabetes sebanyak 50% lebih tinggi berbanding mereka yang tidak merokok. Tembakau adalah faktor mempercepatkan proses aterosklerosis, begitu juga alkohol.

    Dalam pada itu, ia juga boleh meningkatkan kolesterol berbahaya, menyebabkan rintangan insulin, dan meningkatkan gula dalam darah.

    cegah diabetes

    #4. Ambil lebih banyak serat

    Makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang sangat bagus dalam mengawal gula dalam darah.

    Bukan itu sahaja, ia juga mampu membantu merendahkan risiko sakit jantung serta membuat anda kekal kenyang walaupun tidak banyak makan.

    Disebabkan itu, anda juga secara tidak langsung dapat mengurangkan berat badan sekali gus membantu dalam usaha untuk cegah diabetes.

    #5. Ambil lebih banyak bijirin penuh

    Makanan yang dikategorikan sebagai bijirin penuh juga dikatakan mampu membantu mengawal gula dalam darah. Jadi, lebihkan pengambilan makanan bijirin penuh seperti roti, pasta dan bijirin.

    Pun begitu, tidak semua produk ini yang boleh dikelaskan sebagai makanan bijirin penuh, bergantung kepada bahan di dalamnya. Oleh itu, jadilah pengguna yang bijak dalam memilih.

    #6. Abaikan “Fad Diet”

    “Fad Diet” adalah diet rendah karbohidrat, diet indeks glisemik serta pelbagai lagi jenis diet yang boleh membantu anda mengurangkan berat badan.

    Ia mungkin baik dari satu segi namun keberkesanannya dalam usaha untuk mencegah diabetes dan kesan jangka masa panjangnya tidak diketahui secara total. 

    Ini kerana anda akan kehilangan banyak lagi nutrien penting untuk tubuh badan anda. Sewajarnya, ambil diet yang sihat dan seimbang dengan kesemua nutrien yang diperlukan.

    Anda bukan sahaja perlu mengimbangi diet anda tetapi perlu membuat jadual makan tetap. Ini akan membantu anda mengelakkan paras gula yang tinggi di dalam tubuh.

    Selain itu, hidangan standard untuk pesakit diabetes perlu memasukkan asid lemak tak tepu, antioksidan, serat, vitamin, dan bijirin.

    Di samping itu, elakkan makanan yang tinggi lemak tepu dan kolesterol kerana ia meningkatkan risiko penyakit jantung koronari dan aterosklerosis.

    Dalam erti kata yang lain, sila jaga pemakanan untuk kesihatan anda ya!

    cegah diabetes

    #7. Ambil vitamin D untuk bantu cegah diabetes

    Vitamin D memang diketahui dapat memberi pelbagai manfaat terhadap tahap kesihatan tubuh badan kita.

    Antara manfaat yang dibawa olehnya adalah ia dapat mengawal kalsium dalam tubuh badan kita. Kesannya, ia dapat membantu menguruskan tahap gula dalam darah anda.

    Untuk pengetahuan anda, penyelidik dan saintis telah menemui kaitan di antara pengambilan vitamin D dengan diabetes jenis 2.

    Mereka mendapati bahawa ia mungkin boleh mengurangkan risiko mendapat diabetes jenis 2 atau keterukan manifestasi diabetes.

    Sehingga kini, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa orang muda yang mempunyai tahap vitamin D yang lebih tinggi dalam tubuh mereka akan mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat diabetes jenis 2 dalam hidup mereka, berbanding mereka yang mempunyai tahap pengambilan vitamin D yang lebih rendah.

    Bila perlu berjumpa doktor?

    The American Diabetes Association menyarankan anda membuat pemeriksaan diabetes sekiranya anda:

    Dengan melakukan pemeriksaan ini, usaha untuk mencegah diabetes dari berlaku mungkin akan jadi lebih mudah!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan