Kucing Anda Makin Kurus? 9 Perkara Ini Mungkin Puncanya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kucing merupakan binatang kesayangan yang jinak dan manja. Bagi kebanyakan individu yang menjadikannya sebagai binatang peliharaan, kenaikan berat badan atau kucing menjadi gemuk, antara perkara yang menjadi kebimbangan. Namun, jika kucing peliharaan makin kurus secara mendadak atau tanpa dirancang, ia mungkin boleh menjadi satu simptom masalah kesihatan yang serius.

Anda mungkin sedar bahawa binatang kesayangan anda hilang selera makan, sama ada ia berkurangan atau langsung tidak mahu makan, keadaan ini dikenali sebagai anoreksia dan ia sangat berbahaya kepada kucing serta boleh mengancam nyawa.

Ini kerana badan kucing memerlukan sejumlah tenaga. Dan jika kurang makan, haiwan ini terdedah kepada situasi yang dipanggil lipidosis hati (hepatic lipidosis) atau sindrom hati berlemak, apabila hati memproses sejumlah besar lemak yang disimpan untuk berikan tenaga.

Dalam kes masalah kesihatan yang lain, anda mungkin melihat kucing anda makan seperti biasa. Namun, masih mengalami penurunan berat badan.

Jadi tidak kira sama ada kucing anda makan atau tidak, dan anda melihat kucing peliharaan makin kurus, ia adalah satu keperluan untuk anda mendapatkan nasihat dari doktor haiwan anda.

Punca kucing peliharaan makin kurus

1. Kebimbangan, tekanan, atau kemurungan. Seperti manusia, kucing juga boleh berada dalam keadaan tekanan yang boleh mengakibatkan mereka tidak makan, sekaligus menyebabkan penurunan berat badan.

Beberapa perkara yang boleh mengganggu psikologi kucing anda termasuk; bunyi bising berlebihan, terdapat haiwan lain di kawasan tempat makannya, hidang makanan kotor, atau jarak antara tempat makan dengan kotak sampah (litter box). Haiwan peliharaan anda ini boleh tertekan apabila kecewa kehilangan haiwan lain atau perubahan rutin.

kucing-peliharaan-makin-kurus-jangan-ambil-mudah

2. Kanser. Walaupun bukan semua masalah penurunan berat badan kucing adalah disebabkan kanser, tetapi ia merupakan antara masalah kesihatan yang sering terjadi. Simptom lain yang berkaitan penyakit ini adalah hilang selera makan, tidak aktif dan gemar bersembunyi.

3. Diabetes. Keadaan ini berlaku disebabkan kegagalan menghasilkan hormon insulin atau ketidakupayaan untuk bertindak balas terhadapnya, yang turut mengakibatkan kucing peliharaan makin kurus dan kehilangan berat badan.

Kucing yang menghidapi diabetes juga biasanya akan minum lebih banyak, agak perlahan dalam pergerakannya, dan berisiko untuk berdepan situasi jangkitan mula merebak ke saluran kencing.

4. Peritonis berjangkit feline (feline infectious peritonitis, FIP). Merupakan virus yang biasa dikesan pada kucing yang berada dalam rumah perlindungan kucing yang menyebabkan kucing kerap membuang najis. Kucing yang dijangkiti FIP akan kelihatan sakit, selalu demam yang tidak bertindak balas kepada antibiotik.

5. Masalah pencernaan. Terdapat pelbagai keadaan berbeza dalam saluran percernaan yang boleh menjadi punca kepada penurunan berat badan kucing. Antara simptom yang boleh dilihat apabila dihidapi masalah ini adalah cirit-birit, kurang nafsu makan, dan muntah-muntah. Masalah pencernaan yang mengakibatkan kemerosotan berat badan adalah penyakit radang usus, alahan kepada makanan dan jangkitan tertentu.

6. Parasit usus. Lebih dikenali umum sebagai cacing, ia mungkin boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang tidak disengajakan. Walaupun jarang berlaku sebarang simptom, parasit usus ini boleh menyebabkan cirit-birit, perut kembung,muntah dan masalah pernafasan. Jadi ia mungkin penyebab kucing peliharaan makin kurus. 

7. Kegagalan organ. Penurunan berat badan kerap dialami oleh kucing tua, dan boleh menyebabkan kesukaran untuk mengenal pasti punca masalah secara tepat, terutamanya kerana perubahan metabolisme seiring usia.

Kegagalan buah pinggang menjadi antara masalah biasa apabila kucing meningkat usia tua. Doktor haiwan boleh mengenal pasti masalah ini dengan membuat ujian darah dan air kencing.

8. Hyperthyroidism. Ia adalah satu keadaan yang terhasil daripada tumor penghasil hormon pada kelenjar tiroid yang meningkatkan tahap hormon tiroid. Keadaan ini menyebabkan kucing kesayangan anda mungkin mempunyai selera makan yang baik, malah, ia mungkin makan lebih banyak daripada biasa tetapi masih berdepan masalah kemerosotan berat badan.

Selain kehilangan berat badan, kucing anda mungkin berdepan masalah lain seperti peningkatan minum yang banyak dan kencing yang kerap, sering muntah dan cirit-birit. Pada tahap yang seterusnya, kucing anda mungkin berisiko menghadapi masalah jantung atau kematian.

9. Sakit gigi. Jika binatang kesayangan tiba-tiba berhenti makan dan kucing peliharaan makin kurus serta kehilangan berat badan, tetapi ia nampak sihat, keadaan ini boleh disebabkan oleh masalah ringan seperti sakit gigi. Ulser mulut yang teruk juga boleh menyumbang kepada keadaan ini.

binatang-kesayangan-kurus

Rawatan dan penjagaan

Untuk mengetahui punca yang menyebabkan binatang kesayangan anda mengalami masalah kemerosotan berat badan, cara rawatan dan penjagaan terbaik untuknya, anda perlu membawa kucing anda untuk mendapatkan pemeriksaan daripada doktor haiwan.

Rawatan dan perubahan pada diet pemakanan merupakan antara rawatan asas untuk membantu memulihkan keadaan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Artikel lain untuk anda

    anak muntah selepas makan

    Normal Ke Anak Selalu Muntah Selepas Makan, Boleh Ganggu Tumbesaran Si Kecil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/07/2020 . 3 minit bacaan
    kehilangan berat badan

    Turunkan Berat Badan Pantas Walaupun Anda Obes? Tindakan Tersebut Mungkin Berisiko

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/11/2019 . 2 minit bacaan

    Sains Di Sebalik Pengiraan Kalori

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 25/03/2019 . 3 minit bacaan
    kehilangan berat badan

    Berat Badan Turun Walaupun Tidak Berdiet? Haaa…Sila Semak 7 MASALAH Kesihatan Ini, Ada Tak Pada Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 07/09/2018 . 3 minit bacaan