Jika Begini Rupa Kuali Anda, Buang Ia Sekarang!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 20/04/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Pelik kan? Kenapa kena buang? Artikel ini untuk anda yang menggunakan kuali tidak melekat. Ya, pekakasan tersebut ada tempoh penggunaannya. Bukan benda tu boleh guna sampai bila-bila ke? Persoalannya kalau ia bercalar teruk, anda nak guna ke?

Salah satu punca kenapa kita kena tukar adalah kerana ia boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Apa-apa yang boleh mempengaruhi kesihatan perlu diuruskan dengan baik (dibuang).

Tiada siapa yang mahu didiagnosis dengan masalah kanser hanya kerana menggunakan kuali yang bercalar, kan?

Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut.

Permukaan kuali tidak melekat bercalar

Kuali tidak melekat sering menjadi pilihan para ibu di dapur pada masa kini.

Ini kerana ia mudah digunakan dan tidak susah untuk dibasuh.

Namun, jika anda menggunakan peralatan yang tidak bersesuaian dengan permukaannya, ia boleh menyebabkannya bercalar. Tak boleh guna ke kalau ia bercalar?

Boleh tetapi ada risiko kesihatan yang mungkin boleh mempengaruhi tahap kesihatan anda.

Sebagai contoh, mari kita bincangkan berkenaan dengan perfluorooctanoic acid (PFOA) dan polytetrafluoroethylene (PTFE).

Kedua-dua bahan tersebut digunakan dalam pembuatan kuali tidak melekat. Ini kerana bahan tersebut mempunyai tahap kerintangan yang tinggi terhadap haba, air dan minyak.

Artikel berkaitan:

Kuali “Non-Stick” Anda Sudah Bercalar Atau Menggelupas? Lebih Baik BUANG Ia Sekarang!

Ia juga membuatkannya tidak melekat dengan makanan yang digoreng.

Suatu ketika dahulu, PFOA sering digunakan sebagai bahan utama pada lapisan permukaan kuali.

Namun ia telah dikenal pasti sebagai bahan yang boleh menyebabkan masalah kanser.

Bahan tersebut kemudiannya ditukar kepada PTFE. Berbanding dengan PTFA, PTFE telah dibuktikan dengan pelbagai kajian yang menunjukkan ia tidak berbahaya untuk kesihatan manusia. 

Namun begitu, isu keselamatannya masih diragui memandangkan ia boleh bertukar menjadi wap apabila dipanaskan pada suhu tertentu.

Jika kuali yang digunakan masih mempunyai PFOA, ia boleh meningkatkan risiko pengguna untuk mendapat kanser.

Permukaannya terhakis menampakkan lapisan bawah 

bercalar

Pernah tak anda terfikir kenapa kuali tidak melekat ini agak berat berbanding dengan yang lain?

Ini disebabkan oleh ia mempunyai banyak lapisan bagi memastikan proses pemanasan yang baik dan sama rata.

Kuali tidak melekat yang murah mempunyai lapisan yang sedikit berbanding dengan yang mahal.

Jika ia sudah mempunyai hakisan sehingga ada permukaan yang seakan-akan diperbuat daripada tembaga, tukarnya dengan yang baru.

Penggunaan tembaga dalam pembuatan kuali memberikan manfaat terhadap proses memasak makanan.

Namun, jika makanan tersebut bersentuhan secara terus dengan bahan ini, ia akan menyebabkan simptom yang seakan-akan dengan keracunan makanan seperti cirit-birit, muntah dan sebagainya.

Permukaan kuali tidak melekat sudah meleding

Ini tidak menyebabkan masalah berkaitan kesihatan tetapi akan mempengaruhi kualiti makanan anda.

Jika anda sering membasuh kuali anda sesudah memasak secara serta-merta ia boleh menyebabkan fenomena kejutan termal.

Keluli di dalamnya akan mengembang apabila panas dan mengecut apabila sejuk.

Sebagai contoh, jika ia mempunyai diameter 10 inci, semasa panas, ukurannya akan meningkat kepada 10.05 inci. Apabila ia sejuk, ia akan kembali kepada ukuran asal.

Jika kuali disejukkan secara serta-merta, bahagian yang sedang mengembang akan berhenti mengecut pada saat yang berlainan, bergantung kepada bahagian mana yang menerima stimulus sejuk secara terus.

Ini akan menyebabkan permukaannya meleding. Jika meleding, ia tidak mempunyai penyebaran haba yang sama rata.

Akibatnya, jika anda memasak telur, ada bahagian yang cepat masak dan ada yang belum. 

Konklusi

kuali

Beli yang baru jika anda sudah menggunakan kuali anda untuk masa yang lama.

Kuali tidak melekat yang mempunyai kerosakan pada permukaannya boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Jika anda prihatin dengan tahap kesihatan anda, ambil perhatian kepada perkara ini kerana ia sering dipandang remeh.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Bukan Nak Menakutkan, Tapi Ini 6 Makanan Yang Selalu Menjadi Punca Keracunan, Hati-Hati Ya!

Cirit-birit dan muntah merupakan antara gejala keracunan makanan. Namun, apakah penyebab sebenar keracunan makanan? Adakah boleh makanan penyebab keracunan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 21/10/2019 . 2 minit bacaan

Rintangan Terhadap Antibiotik Semakin Meningkat

Antibiotik tidak boleh diambil sesuka hati. Ambil antibiotik tanpa keperluan boleh sebabkan rintangan antibiotik bagi antibiotik semulajadi

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 31/01/2019 . 3 minit bacaan

Hati-Hati Pengering Tandas Punca Bakteria Merebak Ke Tangan Anda, Ini Cara Bagaimana Ia Tersebar

Anda gemar guna pengering tangan di tandas awam? Hati-hati kerana kajian mengatakan pengering tersebut mengandungi bakteria.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Helma Hassan
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 26/12/2018 . 2 minit bacaan

Kuali “Non-Stick” Anda Sudah Bercalar Atau Menggelupas? Lebih Baik BUANG Ia Sekarang!

Adakah kuali non stick anda sudah bercalar atau menggelupas? Lebih baik anda buang ia sekarang dan beli kuali baru jika tidak mahu terkena kesan ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz

Artikel lain untuk anda

pinggan viral

Pinggan Viral Bercorak Mungkin Nampak Cantik Tapi Bahaya, Baca Ini Sebelum Beli

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/06/2020 . 3 minit bacaan
elakkan-5-perkara-cara-merawat-keracunan-makanan

Alami Keracunan Makanan Bulan Puasa Ini? Ada 12 Benda Anda Perlu Ambil & Elak, Biar Cepat Sembuh

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 07/05/2020 . 3 minit bacaan
keracunan makanan

Berhenti Panaskan Semula Nasi Di Rumah, Ia Boleh Sebabkan Keracunan Makanan – KKM

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 31/12/2019 . 4 minit bacaan
papan pemotong daging

Kenapa Anda Perlu Ada 2 Papan Pemotong Di Rumah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 23/10/2019 . 3 minit bacaan