Kesihatan Berada di Tangan Anda – Cuci Tangan Dengan Sabun Hari Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 24/10/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Setiap tahun, dunia menyambut Hari Mencuci Tangan Sedunia. Menyedar kepentingan amalan mudah ini dalam mencegah banyak penyakit berjangkit, ia disambut setiap tahun sebagai salah satu daripada usaha di peringkat global dalam membudayakan gaya hidup bersih dan sihat.

Lifebuoy tidak terlepas dalam turut sama terlibat dalam usaha ini menerusi pelancaran Hari Mencuci Tangan Sedunia 2018 pada hari ini di sebuah hotel di ibu negara. Dato’ Dr Chong Chee Kheong, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) telah hadir untuk memberi ucapan serta merasmikan pelancaran tersebut.

Melalui Program Mencuci Tangan “School of 5” anjuran Lifebuoy, seramai 223,258 kanak-kanak sekolah telah terlibat di seluruh Malaysia. Program yang bertujuan mendidik amalan mencuci tangan dalam kalangan pelajar sekolah itu ternyata berjaya menampakkan peningkatan positif dalam tabiat kanak-kanak yang terlibat.

Cuci tangan ialah kunci utama dalam pencegahan penyakit berjangkit

Menurut Datuk Dr Christopher K.C. Lee, Pakar Perunding Penyakit Berjangkit, penyakit berjangkit utama dalam kalangan pelajar sekolah dan prasekolah ialah Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD), influenza, dan cirit-birit. Tabiat kanak-kanak yang lasak, aktif, dan kurang mengambil berat soal kebersihan membuatkan penyakit mudah tersebar dalam kalangan mereka.

Dalam kemajuan teknologi perubatan hari ini, cuci tangan masih lagi menjadi kunci dalam menangani penularan penyakit berjangkit. Selain 3 jenis penyakit yang disebutkan di atas, terdapat juga penyakit yang lebih serius boleh tersebar melalui tangan termasuk H1N1, MERS-CoV, enkefalitis, SARS dan Ebola.

Cuci tangan anda dengan sabun

Mencuci tangan dengan air sahaja tidak mencukupi untuk membunuh kebanyakan kuman. Kaedah terbaik ialah untuk mencuci dengan sabun yang mempunyai fungsi antibakteria. Jadikan satu tabiat untuk mencuci setiap kali sebelum dan selepas makan dan semasa ingin ke tandas.

Segalanya bermula dari tangan anda. Cuci tangan anda menggunakan sabun hari ini!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangkitan Virus West Nile

    Jangkitan virus West Nile (West Nile Virus (WNV)) adalah penyakit berjangkit. Jom ketahui punca penyebaran jangkitan ini dan cara merawatnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 13/12/2019 . 4 minit bacaan

    Tak Sangka! Sebenarnya Kita Berjaya HAPUSKAN Satu Penyakit Ini Di Peringkat Global!

    Untuk pengetahuan anda, terdapat penyakit yang tidak lagi wujud dan diisytihar telah dibasmi secara total di muka bumi ini. Apakah penyakit itu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 14/10/2019 . 2 minit bacaan

    Wabak Chikungunya Kian Tular di Bahagian Utara Negara

    Wabak chikungunya kian tular di negara kita kini. Oleh itu, kita perlu tahu sedikit sebanyak mengenainya. Sila ikuti artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan 27/06/2019 . 4 minit bacaan

    Tabu Dunia Sains Dan Perjuangan Seorang Doktor: Nukilan Sempena Hari Kebersihan Tangan Sedunia 2019

    Sempena Hari Kebersihan Tangan Sedunia 2019, HelloDoktor ingin meraikannya dengan mengenang kisah bapa antiseptik yang memulakan semuanya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 06/05/2019 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    hari kebersihan tangan sedunia

    Hari Kebersihan Tangan Sedunia 2020: Tiada Senjata Terkuat Perangi COVID-19 Kecuali Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/05/2020 . 2 minit bacaan
    jangkitan kuman

    Kerap Cuci Tangan Guna Air & Sabun Satu SENJATA Utama Perangi COVID-19? Bukan Hanya Hand Sanitizer!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/04/2020 . 3 minit bacaan
    hand sanitizer

    Hand Sanitizer Sangat Efektif Untuk Bunuh Kuman Pada Tangan: Fakta Atau Auta?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/02/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Elak Coronavirus? Lepas Pegang 8 Benda Ini, Ajar Anak Cuci Tangan Dengan Betul!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/01/2020 . 3 minit bacaan