backup og meta

Kesan Pencemaran Udara Terhadap Sistem Pernafasan Dan Kardiovaskular!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/07/2023

    Kesan Pencemaran Udara Terhadap Sistem Pernafasan Dan Kardiovaskular!

    Kesan pencemaran udara boleh menjejaskan kesihatan kita dengan cara yang berbeza dari mudah kepada masalah yang serius.

    Sebagai contoh, menurut kebanyakan penyelidik, bahan partikel di udara itu mungkin mampu menurunkan jangka hayat manusia.

    Pencemar seperti ozon menjejaskan pernafasan seseorang, mencetuskan simptom asma dan menyebabkan penyakit paru-paru dan jantung.

    Menurut penyelidik perubatan, pendedahan yang berpanjangan kepada pencemaran udara tertentu juga boleh menyebabkan ketidaksuburan.

    Pencemaran boleh berpunca daripada trafik, kilang, penjanaan kuasa, kebakaran hutan atau memasak menggunakan dapur kayu.

    Salah satu sumber dalaman yang paling biasa adalah merokok yang mana bahaya kepada perokok itu sendiri dan orang sekelilingnya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.

    Kesan pencemaran udara terhadap kesihatan

    kesan pencemaran udara

    Tindak balas individu terhadap kesan pencemaran udara berbeza-beza bergantung kepada jenis agen yang didedahkan, tahap pendedahan dan keadaan kesihatan, dan faktor genetik seseorang.

    Kesan pencemaran udara juga boleh menyebabkan pelbagai kesan pada kesihatan, dari perubahan biokimia dan fisiologi ke kesukaran bernafas, batuk, dan gangguan pernafasan dan jantung.

    Jika tidak dirawat, keadaan tersebut boleh menyebabkan seseorang ditahan di hospital atau mungkin menyebabkan kematian awal.

    Kesannya terhadap sistem pernafasan

    Kualiti udara boleh menjejaskan kualiti kesihatan kerana ia mempunyai kesan ke atas kesihatan paru-paru dan keseluruhan sistem pernafasan.

    Selain oksigen, udara mengandungi bahan-bahan lain seperti bahan pencemar, yang boleh memudaratkan kesihatan.

    Penyedutan bahan pencemar ini mungkin memberi kesan buruk ke atas paru-paru dan organ-organ lain badan.

    Sistem pernafasan amat sensitif terhadap kesan pencemaran udara kerana ia terdiri daripada membran mukus yang meliputi permukaan dalamannya.

    Paru-paru direka untuk menyerap sejumlah besar udara (400 juta liter secara purata sepanjang hayat) dengan hubungan rapat dengan aliran darah dan memudahkan pengangkutan oksigen.

    Sel tisu pada paru-paru boleh rosak disebabkan oleh bahan pencemar udara seperti ozon, logam dan radikal bebas.

    Ozon boleh menyebabkan kerosakan pada alveoli, air sac di paru-paru yang mana pertukaran oksigen dan karbon dioksida dihasilkan.

    kesan pencemaran udara

    Lebih khusus lagi, tisu-tisu saluran udara yang mengandungi sejumlah besar enzim bio-pengaktifan, boleh mengubah bahan pencemar organik ke dalam metabolit reaktif, yang boleh menyebabkan kecederaan paru-paru, gangguan perilaku neuro dan kanser, mungkin termasuk kanser payudara.

    Kesannya terhadap kardiovaskular

    Apabila udara yang tercemar dihirup, ia diserap oleh darah dan diangkut ke jantung.

    Pelbagai bahan kimia dan biologi boleh memberi kesan langsung kepada sistem kardiovaskular dan mengakibatkan kerosakan struktur, seperti tindak balas degeneratif dan radang nekrosis.

    Sesetengah bahan pencemar juga boleh menjejaskan kekecutan (contractility) jantung.

    Sekiranya perubahan fungsi ini cukup serius, ia boleh menyebabkan aritmia yang membawa maut.

    Perubahan dalam sistem organik juga boleh memberi kesan pada sistem endokrin.

    Sesetengah cytokines yang dilepaskan oleh organ-organ lain yang meradang (disebabkan oleh kesan pencemaran udara) juga boleh menghasilkan kesan negatif pada kardiovaskular, termasuk pengurangan prestasi mekanikal dan kecekapan metabolik jantung dan saluran darah.

    Kesan pencemaran udara lain: jejas tahap kolesterol 

    Dalam satu kajian, yang diterbitkan dalam jurnal Persatuan Jantung Amerika, Arteriosclerosis, Thrombosis, and Vascular Biology, para penyelidik mendapati bahawa pencemaran udara dapat menurunkan tahap lipoprotein berkepekatan tinggi (HDL), atau kolesterol baik di dalam badan, yang menyebabkan peningkatan risiko penyakit kardiovaskular.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan