Keputihan: Apa yang Patut Anda Faham dan Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Keputihan atau pelepasan faraj (vaginal discharge), adalah masalah yang sering dialami kebanyakan wanita. Ia adalah masalah yang paling kerap berlaku dan biasa berlaku. Malahan, boleh dikatakan kebanyakan wanita berdepan dengan masalah keputihan ini.

Apa itu keputihan?

Keputihan adalah cecair yang mengandungi campuran rembesan faraj dan lendir serviks.

Kebiasaannya, keputihan ini adalah sesuatu yang normal. Jumlah yang terhasil adalah berbeza-beza, begitu juga dengan bau dan warna – berkisar dari warna jernih hingga putih –  bergantung kepada masa dalam kitaran haid anda. Sebagai contohnya, anda mungkin akan mengalami lebih banyak keputihan apabila berada dalam waktu subur atau ovulasi (ovulation), menyusukan atau sedang dalam keghairahan seksual. Ia mungkin mengeluarkan bau yang berbeza semasa anda mengandung atau ketika anda tidak menjaga kebersihan bahagian peribadi anda. Namun, setiap perubahan yang dilalui mungkin tidak mendatangkan kebimbangan.

Walau bagaimanapun, jika keputihan yang dialami mempunyai warna, bau atau konsistensi yang berbeza daripada biasa, ditambahkan dengan keadaan anda merasai kegatalan atau kerengsaan pada bahagaian faraj, anda mungkin berdepan risiko jangkitan atau masalah kesihatan lain. Kehamilan atau perubahan hormon juga boleh menjejaskan konsistensi dan jumlah pembuangan vagina.

Keputihan yang tidak normal mungkin berwarna kuning atau hijau, berketul dalam konsistensi atau mungkin mendatangkan bau busuk. Yis atau jangkitan bakteria biasanya menjadi faktor yang menyebabkan keputihan yang tidak normal. Jika anda melihat sebarang keputihan yang dirasakan luar daripada kebiasaan atau mengeluarkan bau busuk yang tidak menyenangkan, disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor anda untuk melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

Keputihan Apa yang Patut Anda Faham dan Tahu 1

Jenis keputihan

Terdapat beberapa jenis keputihan. Jenis vaginal discharge ini dikategorikan berdasarkan warna dan tahap konsistensinya. Beberapa jenis keputihan boleh dianggap keputihan yang normal. Beberapa jenis keputihan lain mungkin menunjukkan bahawa ia adalah berkaitan masalah keputihan yang tidak boleh dipandang remeh dan memerlukan perhatian serta rawatan.

  1. Keputihan normal

Keputihan normal adalah biasanya berwarna jernih, mungkin likat atau cair dan biasanya tidak berbau. Namun, jumlah yang dihasilkan dan konsistensinya mungkin berubah apabila hampir dengan kitaran haidnya. Ia dikaitkan dengan hormon estrogen iaitu apabila seseorang wanita hampir dengan tarikh kedatangan haidnya, lendir yang terhasil adalah lebih likat dan putih. Ia berfungsi untuk memelihara bakteria baik di dalam vagina dengan mengekalkan pH dan nutrien yang ada. Keputihan jenis ini tidak menyebabkan kegatalan ataupun kemerahan pada bahagian vagina serta mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

Oleh sebab itu, perbuatan meruang ataupun memasukkan sesuatu untuk membersihkan faraj akan mengganggu fisiologi di dalam vagina. Bakteria baik akan mati dan ia boleh menyebabkan kemasukan bakteria yang jahat.

  1. Vaginal discharge tidak normal

Ia disebabkan oleh jangkitan kuman. Sebarang perubahan terhadap keseimbangan bakteria baik dalam faraj boleh menjejaskan bau, warna, atau konsistensi keputihan. Selalunya ia akan menghasilkan cecair putih yang lebih likat dan kadang-kadang ia boleh menghasilkan warna hijau yang selalunya berbau busuk. Akibatnya menyebabkan kegatalan, iritasi dan keradangan pada kawasan faraj. Bagi jenis ini anda perlu segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Terdapat beberapa keadaan yang boleh mengganggu keseimbangan, antaranya adalah seperti:

  • Penggunaan antibiotik atau steroid
  • Vaginosis bakteria – jangkitan bakteria yang cenderung berlaku kepada individu wanita hamil atau wanita yang mempunyai ramai pasangan seksual. Ia akan mengakibatkan keputihan yang semakin banyak dan mempunyai bau yang kuat, busuk dan ada masanya ia mengeluarkan bau hanyir. Namun, dalam sesetengah kes, terdapat juga individu yang tidak mengalami sebarang simptom
  • Pengambilan pil kawalan kehamilan
  • Kanser serviks
  • Jangkitan kelamin – Jangkitan seperti Chlamydia dan Gonorrhea adalah jangkitan seksual (STD) yang menghasilkan pelepasan faraj yang tidak normal. Ia kebiasaannya berwarna kuning, kehijauan atau berwarna seakan kelabu.
  • Diabetes
  • Meruang (Douching),  penggunaan sabun yang mengandungi wangian atau mandi buih
  • Jangkitan pada serviks selepas pembedahan
  • Penyakit radang pelvis (PID) – jangkitan ini biasanya merebak disebabkan oleh perhubungan seksual. Ia terjadi apabila bakteria merebak ke faraj dan memasuki sistem pembiakan. Ia mungkin akan menghasilkan lendiran yang banyak dan berbau.
  • Trichomoniasis – merupakan sejenis jangkitan parasit yang menjangkiti apabila melakukan seks tanpa perlindungan. Ia disebabkan oleh protozoan, atau organisma bersel tunggal. Ia boleh merebak apabila melakukan hubungan seksual, tetapi dalam masa yang sama ia juga boleh menjangkiti apabila berkongsi tuala atau pakaian renang. Ia akan menyebabkan keputihan yang berwarna hijau atau kuning yang mengandungi bau yang tidak menyenangkan. Kesakitan, kerengsaan dan kegatalan turut menjadi antara simptom biasa, walaupun terdapat kemungkinan sesetengah individu tidak akan mengalami sebarang simptom
  • Atrofi faraj – mengalami penipisan dan kekeringan pada dinding faraj semasa proses menopaus
  • Vaginitis – kerengsaan pada bahagian dalam atau sekitar faraj
  • Jangkitan yis – adalah jangkitan kulat yang menghasilkan vaginal discharge seakan keju putih dan akan menyebabkan timbul kegatalan dan rasa terbakar. Kewujudan yis dalam faraj adalah normal, tetapi peningkatannya boleh menyebabkan ia menjadi di luar kawalan. Berikut adalah beberapa keadaan yang berkemungkinan meningkatkan jangkitan yis, iaitu tekanan, diabetes, penggunaan alat kawalan kehamilan, kehamilan, penggunaan antibiotik terutama untuk pengambilan yang melebihi 10 hari.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ingin Faraj Yang Sihat Kena Pandai Pilih Seluar Dalam Wanita, Ada 5 Tip Perlu Ikut

Pernah tak terlintas di fikiran anda sama ada anda sudah melakukan perkara terbaik dalam penjagaan kesihatan faraj seperti memilih seluar dalam yang tepat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 28/07/2020 . 3 minit bacaan

Biasa Pakai Tampon Ketika Haid, Tapi Apa Nak Buat Kalau Tampon Tersangkut Dalam Faraj?

Tuala wanita, tampon, seluar dalam haid, dan menstrual cup; antara pilihan yang boleh digunakan pada alat kelamin wanita ketika datang haid.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 13/07/2020 . 3 minit bacaan

Keputihan Berwarna Hijau Dengan Bau Menyengat? Anda Pasti Tak Sangka Ini Puncanya

Keputihan yang normal mempunyai warna yang jernih atau putih. Namun, bagi yang tidak normal, anda boleh mengetahui jenis keputihan dan gambarnya di sini

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 18/05/2020 . 3 minit bacaan

Sering Rasa Pedih Pada Faraj? Ini 11 Puncanya – JANGAN Ambil Mudah!

Selalu berasa gatal dan pedih pada faraj? Adakah ia sesuatu yang membimbangkan? Jom ketahui 11 faktor yang mungkin menjadi punca faraj pedih.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 05/05/2020 . 4 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

warna darah haid

Kaum Hawa, Perhatikan Warna Darah Period Anda! Ini Lambang Anda Sihat Atau Tidak

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 21/12/2020 . 5 minit bacaan
vulva bengkak wanita

Ladies, Pernah Tak Alami Bibir Faraj Membengkak? 5 Kondisi Ini Boleh Jadi Penyebabnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 20/11/2020 . 3 minit bacaan

Selalu Mengalami Keputihan Berwarna Coklat Sebelum Haid, Ini Petanda Kanser Serviks?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 13/11/2020 . 3 minit bacaan
warna darah haid

Pelik, Darah Haid Boleh Berwarna Oren & Kelabu? Hati-hati, Ini Petanda Masalah Kesihatan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan