Keadaan Kesihatan Berkait Dengan Migrain

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Menurut Yayasan Penyelidikan Migrain, bagi kebanyakan pesakit, migrain adalah penyakit kronik yang boleh mengurangkan kualiti hidup mereka. Lebih daripada 4 juta orang dewasa mengalami migrain harian kronik, dengan sekurang-kurangnya 15 hari migrain setiap bulan. Penggunaan ubat berlebihan adalah punca yang paling biasa mengapa migrain episodik bertukar kronik.

Migrain bukan sekadar sakit kepala yang teruk

  • Ia biasanya sakit berulang-ulang yang teruk, biasanya pada satu sisi kepala. Tetapi dalam kira-kira 1/3 serangan, ia menjejaskan kedua-dua belah bahagian.
  • Serangan migrain sering disertai dengan satu atau lebih simptom ketidakupayaan seperti gangguan visual, mual, muntah, pening, terlalu sensitif terhadap bunyi, cahaya, sentuhan dan bau, dan kebas di bahagian kaku atau muka.
  • Kira-kira 25% penghidap migrain juga mempunyai gangguan visual yang disebut aura, yang biasanya berlangsung kurang dari satu jam. Dalam 15-20% serangan, simptom neurologi lain berlaku sebelum sakit kepala sebenar. Serangan biasanya berlangsung antara 4 dan 72 jam.

5 keadaan kesihatan berkait dengan migrain

1. Depresi dan kebimbangan

Orang yang mempunyai penyakit psikiatri mendapat lebih banyak migrain. Tetapi jika anda mengalami migrain, kualiti hidup anda akan lebih rendah, dan ini boleh membawa kepada kemurungan. Anda juga mungkin berasa sangat risau tentang migrain sehingga menyebabkan berlakunya gangguan kebimbangan (anxiety).

2. Penyakit kardiovaskular

Menurut National Institute of Neurological Disorders and Stroke, sekitar satu pertiga orang yang mendapat migrain mengalami aura. Manakala sesetengah kajian menunjukkan bahawa migrain dengan aura boleh menyebabkan anda lebih berisiko penyakit kardiovaskular, terutamanya strok iskemik.

Penyelidik tidak pasti mengapa migrain dengan aura khususnya menimbulkan risiko serangan jantung atau strok, tetapi mereka mempunyai beberapa teori iaitu semasa migrain, terdapat pelepasan bahan kimia keradangan yang boleh merosakkan dinding pembuluh, menyebabkan ia ditutup, yang boleh menyebabkan serangan strok atau serangan jantung.

3.  Obesiti

Sesetengah bukti menunjukkan bahawa orang yang mendapatkan migrain juga lebih cenderung mengalami berat badan berlebihan, dan migrain boleh menjadi lebih kerap dan teruk dengan peningkatan berat badan. Perbandingan kajian yang diterbitkan pada bulan Mei 2017 dalam Neurologi mendapati bahawa orang obes adalah 27 peratus lebih berkemungkinan mempunyai migrain berbanding orang yang berat badan normal. 

4. Epilepsi

Kedua-dua migrain dan sawan adalah gangguan secara tiba-tiba yang disifatkan oleh aktiviti berlebihan otak. Walau apa pun yang anda alami terlebih dahulu, sama ada sawan atau migrain, anda adalah dua kali ganda lebih berkemungkinan untuk mengalami yang lain (sawan atau migran). Tidak begitu banyak sawan yang menyebabkan migrain atau migrain yang menyebabkan sawan, tetapi ia mungkin berkait, dan diketahui sebagai kesan genetik. Kedua-duanya didapati berkait dalam kajian epidemiologi, dan ubat-ubatan mencegah sawan juga memberi kesan terhadap sakit kepala migrain.

5. Alergi

Sekiranya anda mempunyai alahan hidung, anda mungkin akan mendapat migrain. Alergen boleh menyebabkan kerengsaan atau keradangan saraf trigeminal, yang membawa kepada rasa sakit daripada muka dan sinus ke otak, mencetuskan migrain.

Mengetahui faktor-faktor risiko dan memantau keadaan kesihatan anda, di samping merawat migrain anda, boleh membantu melindungi kesihatan anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kes Bunuh Diri Di Negara Jepun Adalah Tinggi! Adakah Isolasi Sosial Jadi Punca Utama?

    Seperti mana yang kita semua tahu, kes bunuh diri di Jepun adalah sangat tinggi. Adakah isolasi sosial jadi punca utama? Jom ikuti artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 02/10/2020 . 3 minit bacaan

    Hah, Migrain Boleh Buat Buta Sebelah Mata? Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Risiko Migrain Okular!

    Pernahkah anda menghadapi masalah penglihatan seperti buta sebelah mata semasa diserang migrain? Ini mungkin tanda anda menghidap migrain okular!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Masalah Neurologikal, Pusat Kesihatan 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Masalah Botak Dan Rambut Beruban? Jaga-Jaga! Anda Mungkin Menghidap Sakit Jantung

    Sakit jantung adalah keadaan kesihatan yang menakutkan. Tabiat merokok, obesiti dan penyakit kronik boleh menyumbang kepada risiko penyakit jantung.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Berisiko Sakit Kepala 2x Ganda Berbanding Lelaki? Ini Angkara Hormon Tak Seimbang!

    Tahukah anda, sakit kepala boleh dicetuskan oleh hormon yang tidak seimbang? Sebab itulah ada wanita yang sering pening kepala ketika datang bulan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 25/09/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tidur berlebihan

    AWAS, Ada 7 Bahaya Jika Terlebih Tidur, Boleh Sampai Hilang Nyawa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
    alergi kopi

    Pedih Ulu Hati Tanda Anda Sensitif Terhadap Kafein, Ini Tak Sama Dengan Alergi Kopi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan
    ibu bekerja

    Ibu Bekerja, Jaga-jaga, Ya! Ini Risiko Masalah Kesihatan Yang Boleh Anda Alami

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 06/11/2020 . 3 minit bacaan
    bahaya stress ketika mengandung

    Jika Doktor Nasihatkan Ibu Hamil Banyak Rehat & Baring, Ini Maksudnya! Seks Pun Tak Boleh Buat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 12/10/2020 . 3 minit bacaan