Siapa Tahu, Gaya Percakapan Mungkin Faktor Utama Anda Diambil Bekerja

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 16/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Pernahkah anda menilai diri anda bagaimana gaya anda menyampaikan ucapan di hadapan seseorang? Adakah mereka tertarik dengan kata-kata anda atau mungkin anda rasa ucapan anda cukup bagus? Kami ada satu hal penting yang ingin dikongsikan dengan anda berkenaan bagaimana anda berucap. Sepenting mana hal ini? Ikuti apa yang kami kongsikan di bawah ini.

Gaya percakapan anda dinilai

Berdasarkan penelitian terbaharu, status sosial calon pekerja baharu dinilai berdasarkan beberapa saat setelah mereka mula bercakap. Kita mungkin fikir bahawa penilai akan menilai apa yang kita ucapkan berkenaan pengalaman, tingkah laku dan idea kita. Walau bagaimanapun, ia mungkin berlainan daripada apa yang kita sangkakan. 

Kajian menunjukkan bahawa terdapat kecenderungan dalam pengambilan pekerja berdasarkan gaya percakapan mereka. Apa yang ada katakan pada permulaan temuduga boleh menunjukkan bagaimana anda akan dinilai berdasarkan kompetensi dan kesesuaian terhadap jawatan tersebut. 

Kajian tersebut turut menyatakan, penemu duga boleh menilai keadaan sosio-ekonomi seseorang calon melalui pendapatan, pendidikan dan status pekerjaan dengan tepat berdasarkan corak ucapan ringkas mereka. Isyarat sebutan dalam ucapan seseorang individu boleh menunjukkan status sosial mereka dengan lebih tepat berbanding isi kandungan ucapan mereka.

Mengapa boleh begini? Penemu duga biasanya dipengaruhi oleh persepsi mudah yang lebih cenderung untuk memilih calon pekerja daripada kelas sosial yang lebih tinggi. Berdasarkan kajian inilah, satu tindakan perlu dilaksanakan agar pengambilan pekerja lebih bersifat sama rata. 

Nilai individu dengan lebih adil, bukan persepsi semata-mata

Salah seorang penyelidik tersebut, Dr. Kraus menyatakan, kita jarang memperkatakan secara jelas mengenai kelas sosial, namun, penemu duga cenderung untuk membuat kesimpulan bahawa kecekapan dan kesesuaian pekerjaan adalah berdasarkan kedudukan sosio-ekonomi sesorang individu.

Menurut beliau lagi, sekiranya kita mahukan sistem masyarakat yang adil, kita perlu mengelakkan daripada berfikir dengan cara yang boleh memberi kesan terhadap bagaimana kita melihat orang lain. 

Perlu diingat bahawa bakat seseorang individu bukanlah bergantung semata-mata kepada status ekonomi mereka. Bakat bukanlah bergantung sekiranya seseorang itu kaya atau daripada keluarga yang berpendidikan tinggi. Ia bergantung kepada usaha masing-masing. Dr. Kraus juga menambah, dasar atau polisi yang merekrut pekerja daripada kesemua tahap kelas sosial dalam masyarakat adalah kaedah yang paling baik.

Kini anda mungkin telah tahu, bahawa kadang-kadang bukanlah isi kandungan yang menentukan seseorang diambil bekerja, tetapi gaya percakapan anda mungkin menjadi faktor utama. Selepas ini, anda boleh berlatih bercakap dengan gaya yang lebih menarik dan jangan lupa untuk memperbanyakkan bacaan bagi menambahkan diri dengan maklumat dan info semasa. Mungkin penemu duga juga ingin melihat sejauh mana anda mengikuti hal ehwal semasa yang berlaku di sekeliling anda. Tidaklah nampak seperti “katak di bawah tempurung” kan?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Media Sosial: Kesan Terhad Terhadap Kepuasan Hidup Remaja

    Kepuasan hidup yang lebih rendah menyebabkan peningkatan penggunaan media sosial dan sebaliknya, dan lebih konsisten dalam kalangan wanita berbanding lelaki

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 07/05/2019 . 3 minit bacaan

    Ketidakpastian Sosial: Bagaimana Kita Mengurangkannya

    Penyelidik meneroka ketidakpastian sosial dan bagaimana individu bertindak balas kepada ketidakpastian sosial, selain merangka satu model dengan tiga kaedah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Fakta Menarik, Gaya Hidup Sihat 23/04/2019 . 3 minit bacaan

    Anak Tunggal Tidak Lemah Daya Sosial

    Meskipun terdapat kebimbangan anak tunggal mungkin dimanjakan berlebihan oleh ibu bapa mereka, remaja tanpa adik-beradik sebenarnya tidak bermasalah  dalam perkembangan kemahiran sosial. Tidak mempunyai adik-beradik ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 29/12/2018 . 2 minit bacaan

    Anak Mengalami Fobia Sosial, Bagaimana Membantunya?

    Tidak semua kanak-kanak ceria dan mudah bergaul. Ada juga yang mengalami fobia sosial. Ikuti artikel untuk tahu cara membesarkan anak yang mengalaminya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr Aqilah
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 06/12/2018 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    detoks media sosial

    Dilabel Antisosial Sebab Asyik Dengan FB? Ini Masanya Anda Detoks MedSoc, Banyak Keburukan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 16/03/2020 . 4 minit bacaan
    kelebihan introvert

    Kenapa Kami Kata Introvert Lebih Baik Dari Extrovert? Ini Jawapan Anda Takkan Sangka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 05/11/2019 . 3 minit bacaan
    telefon pintar

    Fobia Bluetick: Fenomena Dunia Digital Yang Mengundang Kegelisahan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/10/2019 . 4 minit bacaan
    alat sulit

    Media Sosial: Dulu Hanya Chat. Sekarang Ada Video, Sticker dan Story

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 24/10/2019 . 2 minit bacaan