backup og meta

Selain Kopi, Ini 8 Jenis Sumber Makanan Minuman Mengandungi Kafein

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 25/05/2022

    Selain Kopi, Ini 8 Jenis Sumber Makanan Minuman Mengandungi Kafein

    Tahukah anda, ada kajian yang mengaitkan gangguan tidur kesan pengambilan kafein berlebihan. Jika anda penggemar kopi, anda pasti tahu bagaimana rasanya kafein membantu anda kekal segar untuk memulakan kerja di pagi hari. Selain kopi, sebenarnya ada banyak lagi contoh kafein dalam makanan dan minuman harian kita.

    Pengambilan kopi atau teh merupakan sumber kafein yang paling popular di dunia, namun kafein sebenarnya bukanlah terhad kepada sebatian semula jadi ini sahaja.

    Terdapat beberapa makanan, minuman, dan juga ubat-ubatan yang mengandungi sejumlah besar kafein.

    Kandungan kafein terdapat dalam makanan mungkin boleh disedari jika anda mengalami gangguan tidur.

    Bahkan ‘kopi tanpa kafein’ sendiri mengandungi sekurang-kurangnya dua hingga 12 miligram kafein, yang cukup untuk merangsang anda daripada melelapkan mata.

    Oleh itu, kenali sumber kafein yang lain seperti makanan atau minuman berikut:

    1. Contoh kafein pada coklat

    contoh kafein

    Kafein secara semula jadi ditemui dalam biji koko, jadi kebanyakan coklat mempunyai kafein.

    Jumlah kafein dalam coklat berbeza-beza, bergantung kepada bahan-bahan bar coklat, tetapi secara amnya, lebih gelap coklat tersebut, lebih banyak kafeinnya.

    Satu bar coklat Hershey’s Special Dark, sebagai contoh, mempunyai kira-kira 31 miligram (jumlah yang hampir sama dengan satu tin minuman cola).

    2. Aiskrim dan yogurt beku

    contoh kafein

    Jika anda menggemari aiskrim atau yogurt beku perisa coklat atau kopi, kandungan kafein dalam hidangan tersebut mungkin mencecah sehingga 30 ke 45 miligram.

    3. Minuman tenaga

    minuman tenaga

    Kebanyakan jenama minuman tenaga mengandungi 2 ramuan utama: gula dan kafein. Biasanya, satu tin minuman tenaga boleh mengandungi lebih daripada 80 miligram kafein.

    4. Lepas makan cereal, mata segar? Ini contoh kafein ada dalam bijirin sarapan

    bijirin sarapan

    Bijirin sarapan yang berperisa coklat mungkin mengandungi sehingga 11 miligram kafein. Semak label makanan anda untuk mengenal pasti kandungan kafein tersembunyi.

    5. Puding

    puding

    Jika puding adalah makanan kegemaran, anda mungkin terkejut mengetahui bahawa ia juga mungkin mengandungi kafein sehingga 10 miligram kafein, terutama jenis rasa coklat.

    Oleh itu, mengambil puding sebelum tidur mungkin bukanlah hidangan yang paling sesuai.

    6. Minuman koko panas

    contoh kafein

    Dalam renyai hujan di waktu malam, menikmati minuman koko panas mungkin sangat menenangkan tetapi ia juga boleh membuat anda tidak dapat melelapkan diri.

    Campuran koko panas mungkin mengandungi sehingga 9 miligram kafein. Daripada menikmatinya di waktu malam, anda boleh menggantikan rutin pagi anda dengan hidangan ini yang kurang kandungan kafein, iaitu 1/10 sahaja daripada secawan kopi.

    Contoh kafein #7. Ubat-ubatan PMS

    ubat PMS

    Walaupun ubat-ubatan ini membantu melegakan sakit senggugut dan masalah haid lain, namun banyak jenama ubat PMS popular menggabungkan kafein ke dalam produk mereka.

    Panadol Menstrual, contohnya mengandungi sehingga 65 miligram kafein. Ini kerana kafein adalah diuretik (membuatkan anda kencing), jadi ia mengurangkan masalah kembung.

    Akan tetapi, jika anda mengalami kesakitan pada waktu malam, ubat-ubatan ini mungkin ada kesan pengambilan kafein, iaitu mengganggu waktu tidur anda.

    8. Ubat tahan sakit

    paracetamol

    Anda mungkin terkejut untuk mengetahui bahawa kafein adalah bahan tambahan yang biasa dalam kebanyakan ubat sakit kepala.

    Kajian mendapati bahawa kafein boleh meningkatkan kesan kelegaan daripada aspirin dan acetaminophen. Tetapi kerana kafein bersifat sebagai perangsang, anda mungkin mahu memikirkan semula sebelum mengambilnya pada waktu tidur.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 25/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan