Bercuti dengan Vertigo

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 27/04/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Sesetengah orang enggan mengembara kerana masalah vertigo mereka. Vertigo boleh menjadi penghalang yang mengganggu keseronokan perjalanan anda. Artikel ini menyediakan anda dengan maklumat yang berkesan tentang langkah berjaga-jaga untuk perjalanan yang lancar dan tidak terganggu.

Apa itu vertigo?

“Vertigo” bermaksud “berpusing” dalam bahasa Latin. Apabila menerangkan perasaan vertigo, pesakit sering mengatakan bahawa mereka atau persekitaran mereka berputar. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh masalah bahagian dalam telinga.

Jenis vertigo

  • Pening: perasaan tidak stabil, pening, ketidakseimbangan, tanpa rasa berdegung atau berputar.
  • Benigna vertigo posisi paroksismal (Benign paroxysmal positional vertigo): perasaan bahawa anda sedang berputar atau bahagian dalam kepala anda berputar
  • Meniere: gangguan telinga dalaman anda yang membuat anda merasa seperti anda berputar.

Langkah berjaga-jaga yang perlu diambil untuk mengelakkan vertigo

Apabila anda merancang percutian anda

Dapatkan nasihat doktor anda: pastikan anda mendapatkan nasihat daripada doktor dan ubat terlebih dahulu untuk memastikan keselamatan perjalanan anda.

Pastikan anda mempunyai teman: dalam kes-kes kecemasan disebabkan vertigo, adalah lebih baik mempunyai seseorang di sisi anda.

Periksa kemudahan destinasi anda: Semak kualiti perkhidmatan yang boleh membantu vertigo anda terlebih dahulu jika boleh, supaya anda tahu mana anda patut pergi apabila menghadapi masalah.

Elakkan pergerakan tidak seimbang: Berhati-hati dengan perkara-perkara yang boleh membuat anda pening atau tersandung apabila anda tiba. Adalah lebih sesuai jika anda tinggal dalam bilik tanpa halangan (anda boleh meminta kakitangan untuk mengalihkan atau memindahkan barang tersebut ke tempat-tempat lain dalam bilik). Selain itu, berhati-hati dengan lif kerana boleh membuat anda berasa pening juga.

Apabila anda mengemas beg anda

Bawa ubat-ubatan yang diperlukan: Pertemuan anda dengan doktor bukanlah pertemuan tanpa faedah, ubat-ubatan yang anda ambillah yang akan menjadi penyelamat anda sepanjang perjalanan.

Bawa surat daripada doktor anda: Adalah lebih baik untuk memaklumkan keadaan kesihatan anda kepada kakitangan tempat tinggal anda atau mereka yang bertanggungjawab dengan surat daripada doktor anda, yang menerangkan butiran mengenai penyakit anda.

Lengkapkan diri anda dengan sepasang cermin mata: Cermin mata gelap anda boleh membantu mengelakkan pening dan rasa tidak selesa sekiranya anda menghadapi sebarang masalah.

Kasut dan alat bantuan: Adalah lebih baik untuk memakai kasut sukan dan bukannya kasut tumit tinggi. Selain itu, gunakan kayu untuk membantu anda berjalan atau berdiri untuk jangka masa yang panjang.

Dokumen insurans perjalanan: Bagi mereka yang pernah mempunyai sejarah vertigo, membawa dokumen insurans adalah sangat penting.

Semasa lawatan anda

Elakkan aktiviti yang boleh menyebabkan vertigo seperti selam skuba, atau hiking di gunung yang tinggi. Untuk mabuk perjalanan, jika kereta api anda berhenti di stesen, ambil peluang untuk turun seketika untuk kembali menstabilkan diri. Memastikan pandangan mata anda sentiasa di kaki langit boleh membantu dengan mabuk laut. Elakkan makan makanan berat untuk mencegah mabuk perjalanan. Pastikan diri anda terhidrat dan jauhkan diri daripada makanan berkrim atau minuman coklat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Anak Mabuk Kereta? Atasinya Dengan 5 Cara – Elak Buat Yang Nombor 3!

    Setiap kali naik kereta, mesti anak mabuk kereta. Susah hati mommies nak merancang sebarang percutian keluarga sebab si kecil ada masalah mabuk perjalanan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 24/02/2020 . 4 minit bacaan

    Teruk Sangat Ke Migrain Sampai Kena Ambil MC?

    Teruk sangat ke migrain sampai mereka yang merasainya terdorong untuk mengambil cuti sakit? Ikuti artikel ini untuk maklumat selanjutnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 17/10/2019 . 2 minit bacaan

    Masalah Tekanan Darah? Ini 5 Tanda Untuk Anda Kenal Pasti!

    Tekanan darah rendah, atau keadaan hipotensi, tidak semestinya serius. Sesetengah tanda tekanan darah rendah muncul secara senyap tanpa anda sedari.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 21/06/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kesan memakai cermin mata

    Seronoknya Dapat Pakai Spek Baru, Tapi Kenapa Boleh Rasa Pening Bila Bertukar Cermin Mata Ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 23/07/2020 . 3 minit bacaan
    simptom sakit kepala

    Selalu Sakit Kepala, Ada Barah Otak Ke? Ini 6 Tanda Serius, Kena Cepat Jumpa Doktor

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 10/06/2020 . 3 minit bacaan

    Boleh Berpuasa Semasa Hamil TAPI Perhatikan 7 Tanda Bahaya Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/04/2020 . 3 minit bacaan

    Opsss, Isteri Hamil Tapi Suami Yang Kena Alahan? Ini 7 Tanda Ia Mungkin Sindrom Couvade

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/04/2020 . 3 minit bacaan