Apakah Fungsi Limpa?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Limpa, atau dalam bahasa Inggeris spleen merupakan salah satu dari organ yang terletak di dalam abdomen. Kedudukannya adalah di bahagian atas kiri abdomen di belakang perut. Fungsi limpa ini sering diabaikan seperti apendiks, sedangkan ia mempunyai fungsi yang penting.

Kedudukan limpa

Antara fungsi limpa ialah:

  • Menapis darah. Komponen darah seperti sel darah merah dan platlet akan ditapis oleh limpa mengikut keperluan. Sel darah yang rosak, tua, dan tidak normal akan dihancurkan serta dibuang oleh limpa. Ia bertujuan mengawal bilangan komponen darah tersebut dalam darah.
  • Menyimpan komponen darah. Selain menapis, ia juga berfungsi menyimpan semua komponen darah iaitu sel darah merah, platlet, dan sel darah putih. Apabila perlu, ia akan melepaskan sel-sel ini ke dalam darah.
  • Sistem imun. Limpa memainkan peranan penting dalam sistem imun. Apabila terdapat virus, bakteria atau kuman lain dalam darah, ia akan menghasilkan sel darah putih limfosit untuk melawan jangkitan tersebut.

Saiz limpa boleh membesar dalam beberapa keadaan tertentu

Keadaan saiz limpa yang besar disebut sebagai splenomegali. Ia bukan sejenis penyakit tetapi petanda kepada penyakit lain. Rasa tidak selesa dan sakit mungkin dialami di bahagian atas kiri abdomen. Kadangkala, ia tidak menyebabkan sebarang simptom dan doktor mengenal pastinya melalui pemeriksaan fizikal.

Antara keadaan yang boleh menyebabkan splenomegali ialah:

  • Jangkitan seperti tuberkulosis, sifilis, dan malaria.
  • Kanser darah seperti leukemia dan limfoma.
  • Penyakit sirosis hati.
  • Anemia hemolitik.

Fungsi limpa boleh terganggu jika berlaku splenomegali. Komponen darah normal mungkin turut dihancurkan oleh limpa yang besar itu menyebabkan semua atau sebahagian komponen darah berkurang.

Anda boleh hidup tanpa limpa

Dalam sesetengah keadaan, limpa mungkin terpaksa dibuang. Jangan risau, tubuh anda boleh melakukan adaptasi dan banyak fungsi utama limpa akan diambil alih oleh nod limfa. Namun, anda lebih berisiko mendapat jangkitan tertentu. Vaksin boleh membantu mencegah jangkitan tersebut.

Prosedur membuang limpa disebut sebagai spelektomi (splenectomy). Ia dilakukan dalam beberapa keadaan termasuk:

  • Kecederaan limpa yang tidak dapat diselamatkan.
  • Ketumbuhan pada limpa.
  • Hipertensi portal.
  • Saiz limpa terlalu besar.
Pembedahan splenektomi ke atas limpa yang mengalami kecederaan teruk

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Wah! Kita Boleh Derma 4 Organ Ini Semasa Masih Hidup

    Jika anda berhasrat ingin derma organ, ada beberapa bahagian tubuh yang boleh didermakan semasa kita masih hidup. Tak percaya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 28/12/2018 . 2 minit bacaan

    Apakah Komponen Darah dan Fungsinya?

    Tahukah anda mengapa hospital, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yayasan, dan doktor sering menggalakkan masyarakat menderma darah? Tidak lain kerana ia adalah sangat penting bagi menyelamatkan banyak nyawa pesakit ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Pusat Kesihatan 10/12/2018 . 2 minit bacaan

    Makan Organ Dalaman Haiwan, Sihat atau Tidak?

    Sesetengah orang gemar menikmati organ haiwan sebagai hidangan makanan manakala sesetengah yang lain berasa tidak selesa dengan hidangan sedemikian. Ada juga yang tertanya-tanya sama ada organ dalaman haiwan selamat ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 07/11/2018 . 3 minit bacaan

    Apa Fungsi Apendiks & Betulkah Cili Boleh Sebabkannya Tersumbat Lalu Jadi Radang Apendiks?

    Apendiks adalah sejenis organ kecil yang berada pada bahagian usus besar. Namun, ada yang mengatakan, biji cili jadi punca apendiks tersumbat. Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 17/08/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tanda-ovulasi-sedang-terjadi

    Normal Ke Jika Sering Sakit Perut Tiap Kali Waktu Subur? Atau Ini Petanda BAHAYA?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/06/2020 . 3 minit bacaan
    punca apendiks

    Biji Cili Boleh Jadi Punca Seseorang Mendapat Sakit Apendiks, BETUL Atau KARUT?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 25/10/2019 . 3 minit bacaan
    sakit perut

    Sakit Perut: Keadaan Normal atau Serius?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 25/01/2019 . 3 minit bacaan
    sakit perut

    Kerap Sangat Sakit Perut Sebelah Kanan, Hati-Hati Mungkin 6 Keadaan Ini Boleh Berlaku!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 04/01/2019 . 2 minit bacaan