9 Khasiat Zink

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/04/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Zink selalu disebut sebagai unsur surih penting (essential trace element) memandangkan anda hanya memerlukan jumlah zink yang sedikit untuk kekal sihat. Walau bagaimanapun, kekurangan zink boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius seperti pembesaran terbantut dan cirit-birit bagi kanak-kanak dan masalah pemulihan luka. Jumlah pengambilan zink yang mencukupi memberikan banyak manfaat kesihatan, termasuk:

Merangsang sistem imun

Kekurangan zink menyebabkan sistem imun menjadi lemah. Mereka yang kekurangan zink lebih terdedah kepada pelbagai penyakit dan jangkitan. Untuk memastikan badan anda kekal sihat, pastikan anda mengambil jumlah zink yang mencukupi di dalam diet.

Merawat dan mencegah cirit-birit dalam kanak-kanak

Cirit-birit membunuh berjuta kanak-kanak di bawah 5 tahun setiap tahun. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan tablet zink selama 10 hari membantu merawat dan mencegah cirit-birit.

Meningkatkan memori dan kemampuan belajar

Kajian menunjukkan bahawa zink merupakan penyumbang besar dalam komunikasi antara sel-sel otak (neuron). Ia juga dipercayai mempunyai kesan terhadap cara memori dibentuk dan bagaimana manusia belajar.

Melawan demam

Kajian menemui bahawa pengambilan permen zink adalah efektif dalam mengurangkan tempoh demam biasa sehingga 40%. Zink (sama ada dalam bentuk permen atau sirap) membantu mengurangkan tempoh demam dan menghilangkan simptom jika diambil dalam tempoh 24 jam dari waktu demam bermula.

Menggalakkan pemulihan luka

Integriti dan struktur kulit seseorang bergantung kepada pengambilan zink. Mereka yang mempunyai luka atau ulser kronik kebiasaannya didapati mempunyai kekurangan zink. Rawatan topikal untuk ruam lampin atau iritasi kulit yang lain kebiasaannya mengandungi zink.

Mencegah degenerasi makula yang terkait dengan umur

Menurut satu kajian di dalam Arkib Oftamologi (Archieves of Ophthalmology), zink mungkin mampu melambatkan degenerasi makula dan masalah penglihatan yang terkait dengan umur kerana fungsinya yang mampu menghalang kerosakan sel di dalam retina. Walau bagaimanapun, zink dilihat tidak efektif bagi mereka di peringkat awal masalah kehilangan penglihatan yang terkait dengan  umur.

Meningkatkan kualiti sperma

Kekurangan zink telah dikaitkan dengan kualiti sperma yang rendah. Semasa satu kajian dijalankan, subjek lelaki terbabit mengalami pertambahan dalam bilangan sperma selepas mengambil suplemen zink sulfat dan asid folik. Para pengkaji juga meletakkan kaitan antara kekurangan pengambilan zink dan peningkatan risiko kualiti sperma rendah dan masalah kesuburan lelaki.

Mengurangkan jerawat

Mereka yang mengalami jerawat dilaporkan mempunyai kadar zink yang rendah di dalam darah dan kulit mereka. Pengambilan zink melalui mulut dilihat dapat membantu masalah jerawat. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa penggunaan zink secara topikal adalah tidak efektif tanpa pengambilan antibiotik (erythtromycin).

Membantu penyakit depresi

Pesakit depresi yang tidak memberikan respon terhadap ubat anti-depresi mungkin akan mendapat manfaat dari pengambilan zink bersama ubat yang sedang diambilnya.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan..

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ramai Ibu Bersalin Tahun 2020, Sebelum Melawat Baby Baru Lahir, Ambil Tahu 6 Perkara Ini Dulu!

    Pasti ramai yang rasa teruja ketika melawat ibu bersalin dan bayi yang baru lahir. Jika anda ingin melawat, jom ikuti 7 tip ketika melawat bayi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ketiak Rasa Gatal Dan Sakit? Awas, Ini Mungkin Gara-Gara Deodoran!

    Adakah anda rasa ketiak gatal dan sakit setelah memakai deodoran? Mungkin anda sebenarnya sedang mengalami tindak balas alahan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Hati-hati Pencinta Kucing! Jika Si Comel Ada Bisul Pada Kulit, Anda Mungkin Dijangkiti Penyakit Kulat Ini

    Penyakit kulat sporotrichosis, dikenali sebagai sporo selalunya dikaitkan sebagai penyakit yang membawa maut bagi haiwan peliharaan terutamanya si gebu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Paksa Muntah Kembali Makanan Boleh Bawa Maut, Ada 11 Tanda Penyakit Bulimia, AWASINYA!

    Jika anda alami salah satu daripada 11 perkara ini, bermaksud anda sedang alami penyakit bulimia nervosa. Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit bulimia?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tangan bergetar

    Tangan Asyik Bergetar, Normal Ke? Ini 5 Punca Utamanya, #3 Mungkin Berkait Dengan Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyebab alzheimer di usia muda penyebab alzheimer di usia muda

    Bukan Warga Emas Sahaja, Orang Muda Juga Berisiko Terkena Alzheimer Jika Ini Berlaku…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    kes penculikan digital

    Digital Kidnapping, Penculikan Kanak-kanak Atas Talian Yang Tidak Disedari Ibu Bapa, BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat serat

    Pssttt… Rahsia Untuk Kurangkan Risiko Dapat Diabetes Jenis 2, Amalkan Pengambilan Serat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan