5 Tanda Anda Mungkin Mengalami Sindrom Ovari Polisistik

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Sindrom ovari polisistik (polycycstic ovarian syndrome/PCOS) adalah masalah hormon yang berlaku kepada wanita. Ia bukanlah penyakit yang jarang berlaku meskipun namanya agak kurang popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

PCOS berlaku apabila kadar hormon androgen berada di paras lebih tinggi dari biasa. Gangguan pada keseimbangan hormon ini akan menyebabkan kecelaruan di dalam badan.

Apakah tanda-tanda anda mungkin mengalami PCOS? Baca sehingga penghujung artikel ini.

1. Kitaran haid tidak teratur

Ini adalah tanda paling kerap dan mungkin paling awal berlaku. Jika anda tidak ingat tarikh terakhir anda mengalami haid, anda mungkin mengalami haid yang tidak teratur. Hormon androgen yang tinggi menghalang penghasilan progesteron yang cukup untuk haid yang normal dan teratur.

Masalahnya, tidak semua wanita mempunyai keberanian untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat. Sebaliknya mereka berfikir bahawa ini adalah masalah biasa dan akan kembali normal selepas beberapa ketika. Akhirnya selepas sudah semakin parah, baru mereka akan pergi ke hospital.

2. Banyak jerawat selepas haid

Meskipun ia mungkin masalah yang biasa berlaku bagi wanita, jika ia kerap berlaku, mungkin PCOS yang bertanggungjawab.

3. Misai anda semakin jelas

Wanita juga mempunyai misai tetapi tidak cukup tebal sehingga boleh dilihat dari jauh. Namun, jika orang di sekeliling mula menegur tentangf misai anda, dapatkan pemeriksaan doktor kerana anda mungkin mengalami PCOS.

Hormon lelaki androgen yang tinggi menyebabkan pertembuhan bulu yang lebih lebat di kawasan-kawasan yang biasanya berlaku dalam kalangan lelaki. Selain misai, bulu juga boleh bertambah di bahagian kaki, dada dan tangan.

4. Anda gagal mendapatkan anak

Ini adalah sebab utama wanita pergi berjumpa doktor. Ketidakstabilan hormon yang berlaku menyebabkan proses ovulasi dan kitaran haid yang normal gagal berlaku. Sudah tentu, ia akan mengganggu proses mendapatkan anak.

5. Berat badan naik

Walaupun anda sudah mengamalkan pemakanan yang sihat, berat badan tetap naik. Apa yang lebih mengejutkan, ia berlaku dengan pantas. Biasanya ia melibatkan bahagian abdomen.

PCOS boleh dirawat dengan teknologi perubatan moden. Asalkan anda mendapatkan rawatan yang betul, masalah ini dapat diselesaikan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Susahnya Nak Lelapkan Mata Semasa Demam! Jangan Risau, Ini 7 Cara Untuk Tidur Lena

    Anda demam? Pasti anda rasa susah untuk tidur malam. Ini kami bawakan kepada anda 7 tip untuk anda tidur dengan lena ketika sedang sakit.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Tidur 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kerap Alami Kembung Perut? Itu Mungkin Tanda USUS TERSUMBAT, Atasinya Dengan Diet Ini

    Keadaan usus tersumbat boleh menyebabkan berlakunya masalah perut kembung. Jangan bimbang, diet pemakanan ini boleh bantu mengatasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Badan Kurus Tapi Kolesterol Tinggi? Jaga-Jaga Ya! Ia Boleh Jadi Punca Serangan Jantung

    Seperti yang diketahui umum, mereka yang mempunyai berat berlebihan cenderung untuk menghidap kolesterol tinggi, tetapi orang kurus juga boleh terkena, tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Selulit & Stretch Marks Berbeza, Ya! Ini 3 Cara Untuk Mencegahnya, Mudah Sahaja!

    Bila tengok keadaan kulit, jadi keliru, ini masalah selulit atau tanda regangan? Hmmm, macam mana nak bezakan antara kedua-duanya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    apa itu kanser prostat

    Jangan Sangka Kanser Prostat Hanya Boleh Berlaku Pada Lelaki, Wanita Pun Berisiko?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    suami isteri

    Hubungan Toksik, Ini 14 Tanda Anda ‘Kaki Kongkong’! Jangan Teruskan Kalau Nak Kekal Lama

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    mitos kanser serviks

    Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    hidup gembira

    Tidak Perlu Banyak Wang, Ini 12 Cara Menikmati Hidup Dengan Gembira

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan