Selalu Alami Masalah Haid Tidak Teratur, Ada 23 Punca & Salah Satunya Mungkin Dialami Anda…

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 21/12/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Kitaran haid adalah satu perkara penting dalam aspek kesuburan wanita. Tetapi apa yang dimaksudkan dengan haid tidak teratur atau kitaran haid tidak normal? Paling penting, adakah ia boleh memberi kesan kepada kehamilan?

Apa Itu Kitaran Haid?

Haid melibatkan endometrium yang merupakan lapisan uterus, disingkirkan. Penyingkiran ini akan membuatkan pendarahan dari rahim keluar melalui faraj 3. Haid biasanya bermula semasa usia akil baligh bagi seseorang anak gadis, di antara umur 10 sehingga 16 tahun dan ia akan berterusan sehingga individu itu mengalami menopaus, pada usia antara 45 sehingga 55 tahun 3.

Purata kitaran haid (tempoh daripada awal haid hingga ke kitaran haid seterusnya) yang normal bagi seseorang individu kebiasaannya adalah selama 28 hari. Namun, ia berbeza bagi setiap individu.

Maka adalah normal untuk anda mempunyai kitaran haid yang lebih pendek atau panjang. Kitaran yang tidak teratur adalah apabila tempoh kitaran melebihi 35 hari atau kitarannya tidak menentu 3.

Memahami Haid Tidak Teratur

Haid yang tidak teratur turut dikenali sebagai oligomenorrhea – jumlah bilangan haid yang dialami kurang dari 6 hingga 8 kali setahun 1. Ia boleh berlaku jika anda mengamalkan kaedah kontrasepsi, ketidakseimbangan hormon, perubahan hormon ketika dalam proses menopaus dan mengamalkan senaman ketahanan.

Kitaran haid tidak teratur juga didefinasikan apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Haid anda mungkin datang lebih awal atau lebih lewat daripada kebiasaan 1.    

Dalam masa yang sama, ada juga sesetengah wanita yang akan mengalami senggugut dek kerana haid datang lambat. Kebanyakan senggugut yang dialami ini boleh berskala ringan mahupun teruk.

Namun jika senggugut tersebut mula menjejaskan aktiviti harian, anda boleh mengambil ubat tahan sakit (NSAID) bagi membantu mengawal kesakitan yang dialami. Tapi, anda perlu mendapatkannya daripada farmasi ataupun yang diberikan oleh doktor.

Jangan merana dalam diam.

Apakah Simptom Haid Tidak Teratur?

haid tidak teratur

Simptom utama haid tidak teratur seperti yang disebut di atas adalah apabila kitaran menjadi lebih panjang daripada 35 hari atau tidak menentu dan kerap berubah. Jika darah haid yang keluar terlalu banyak atau berkurangan, ia juga antara simptomnya, selain dari tempoh kedatangan haid yang berbeza-beza setiap kali haid tiba 2.

Antara simptom haid tidak teratur yang lain adalah:

Mengapa Masalah Kitaran Haid Tidak Normal Boleh Berlaku?

Berikut antara penyebab mengapa kitaran haid menjadi tidak teratur:

Kitaran kehidupan dan kehamilan

Kitaran bangun dan tidur

  • Kerja shif atau shif waktu malam
  • Gangguan tidur
  • Jet lag atau melakukan perjalanan jarak jauh

Perubahan fizikal atau emosi

  • Tekanan kronik
  • Senaman yang berlebihan
  • Pengambilan atau penyalahgunaan bahan tertentu
  • Perubahan berat badan secara mendadak
  • Gangguan pemakanan seperti tidak mendapat kalori yang mencukupi
  • Pengambilan ubat-ubatan tertentu

Keadaan perubatan tertentu

  • Sindrom ovari polisistik (PCOS)
  • Gangguan tiroid
  • Diabetes yang tidak terkawal
  • Jangkitan pada saluran pembiakan
  • Kelainan serviks atau faraj
  • Kanser tertentu atau kewujudan ketumbuhan
  • Gangguan pendarahan 4.
  • Keadaan perubatan lain seperti prolaktinoma, kegagalan ovari utama yang disebut sebagai sindrom Asherman.

Pemeriksaan Doktor Untuk Kitaran Haid Tidak Normal

Kitaran Haid

Anda tidak perlu mendapatkan nasihat perubatan jika sentiasa mempunyai kitaran haid tidak teratur atau anda baru sahaja mengalami akil baligh.

Walau bagaimanapun, anda digalakkan untuk mengatasi masalah senggugut yang mungkin boleh terjadi akibat haid tidak teratur dengan mengambil ubat tahan sakit (NSAID) yang dipreskripsi doktor.

Akan tetapi, dapatkan nasihat doktor sekiranya:

  • Kitaran haid anda tiba-tiba menjadi tidak teratur dan anda berusia bawah 45 tahun
  • Anda mengalami haid lebih kerap daripada setiap 21 hari atau kurang kerap daripada setiap 35 hari 2
  • Haid anda lebih lama daripada 7 hari
  • Terdapat perbezaan besar (sekurang-kurangnya 20 hari) antara kitaran haid yang paling singkat dan paling panjang
  • Anda mengalami haid tidak teratur dan anda sedang berusaha untuk hamil
  • Anda tidak mengalami haid lebih daripada 3 kali dalam masa setahun
  • Pendarahan yang anda alami adalah banyak berbanding kebiasaannya 4
  • Anda mungkin tidak mempunyai sebarang masalah, tetapi memahami punca di sebaliknya mungkin membantu anda. Kemudian, anda mungkin dirujuk kepada pakar ginekologi jika anda memerlukan sebarang ujian atau rawatan.

Adakah Peluang Kehamilan Boleh Terjejas Jika Haid Tidak Teratur?

Anda mungkin sukar untuk hamil jika mempunyai kitaran haid yang tidak teratur kerana kemungkinan untuk tidak mengalami ovulasi secara sempurna. Akan tetapi usah risau, mengadakan hubungan kelamin setiap 2 atau 3 hari boleh membantu meningkatkan peluang kehamilan 5.    .

Anda tidak perlu menyasarkan tingkap kesuburan kerana ovulasi anda tidak teratur. Anda mungkin memerlukan rawatan hormon atau rawatan kesuburan jika sukar untuk hamil secara semula jadi 5.

Gaya Hidup Boleh Menjejaskan Kitaran Haid Tidak Normal?

Jika tekanan merupakan antara penyebab anda mengalami gangguan kitaran tidak teratur, anda harus cuba mempelajari teknik pengurusan tekanan seperti meditasi atau yoga 6.

Cuba untuk tidak bersenam secara berlebihan dan jangan terlalu mengawal pengambilan diet pemakanan secara keterlaluan 6, kerana ia turut boleh mengganggu kitaran haid anda.

Jika anda mengambil sebarang pil kontraseptif, pastikan anda mengikut arahan perubatan yang diberikan. Paling penting, pastikan anda mengawal dan memberikan perhatian kepada gaya hidup yang lebih sihat.

Jika simptom kitaran haid tidak normal anda menjejaskan aktiviti harian, sila dapatkan rawatan yang sepatutnya.

Semoga perkongsian ini berguna!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Stres! Tiap Kali DATANG BULAN Mesti Berat Badan Naik, Ini Faktor Wanita Gemuk Ketika Period

Apabila menimbang berat badan hari-hari biasa hasilnya normal sahaja, tetapi ketika 'datang bulan', angka terus naik! Pernahkah anda mengalami situasi ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 06/01/2021 . 3 minit bacaan

Ambil Steroid Sebab Ingin Tampil Sasa, Kesannya Mungkin Akan Jejaskan Kesuburan Lelaki!

Tahukah anda bahawa terdapat banyak kesan steroid terhadap kesuburan dan kesihatan lelaki? Jom klik dan baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 04/01/2021 . 3 minit bacaan

SEMBELIT Masalah Lazim Selepas Menopaus! Jadi, Wanita Sila Siap Sedia Dengan 3 Solusi Ini

Para wanita, terutamanya pada yang sudah berusia, pernahkah anda mengalami masalah sembelit selepas fasa menopaus? Apakah cara untuk merawatnya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 29/12/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Pelik! Ada Wanita Yang Selalu Cirit-Birit Waktu Haid, Ini Namanya ‘Period Poop!’

Haid berpotensi menyebabkan kekejangan, perubahan mood dan jerawat. Tetapi, ia juga boleh mendatangkan 'malapetaka' pada sistem pencernaan anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 17/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

masalah menstruasi wanita

Ladies… Jangan Abaikan Simptom Haid Ini, Khuatir Ia Boleh Disebabkan Oleh Kanser!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
sperma lelaki

7 Fakta & Mitos Pembunuh Sperma Lelaki Yang Anda WAJIB Tahu, Jangan Percaya Benda Karut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
IUD terkeluar seks kasar

Betul Ke Alat Pencegah Kehamilan IUD Boleh Terkeluar Kalau Lakukan SEKS KASAR?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan
sakit belakang semasa mengandung

Tanpa Ubat, Atasi Sakit Belakang Semasa Mengandung Dengan 3 Teknik Regangan Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan