Percaya Atau Tidak, Ubat Kesuburan Ini Boleh Tingkatkan Peluang Untuk Dapat Anak Kembar!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Siapa sahaja yang tidak menginginkan sepasang anak kembar. Mungkin ada yang sudah berusaha pelbagai cara mendapatkan anak kembar.

Namun, tahukah anda, ada pil kesuburan yang boleh meningkatkan peluang anda untuk hamil kembar. Apakah pil tersebut?

Pil kesuburan Clomid tingkat peluang kehamilan kembar?

Clomiphene atau hanya dipanggil sebagai Clomid adalah sejenis ubat perangsang ovulasi.

Ia digunakan terhadap wanita yang mempunyai masalah ovulasi. Ia adalah sejenis ubat kesuburan yang paling banyak digunakan di seluruh dunia.

Ubat ini berbentuk pil dan tidak seperti ubat kesuburan lain yang lebih kuat dan memerlukan kaedah suntikan.

Ubat ini juga mungkin dikenali sebagai Serophene atau dijual sebagai ubat generik dengan nama clomiphene citrate.

Penggunaan biasa pil Clomid

Sekiranya seorang wanita mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, atau kitaran anovulasi (haid tanpa ovulasi), pil Clomid boleh dicuba terlebih dahulu.

Clomid sering digunakan dalam merawat ketidaksuburan berkaitan sindrom ovarium polikistik (PCOS).

Pil ini juga dapat digunakan dalam kes kemandulan yang tidak dapat dijelaskan atau ketika pasangan memilih untuk tidak menggunakan rawatan kesuburan yang lebih mahal dan invasif.

Walau bagaimanapun, penting untuk diingat bahawa rawatan yang lebih mahal kadang-kadang adalah rawatan yang paling sesuai.

Clomid juga dapat digunakan semasa prosedur IUI (inseminasi intrauterin) atau IVF.

Dengan IVF, Clomid dapat digunakan bersama dengan ubat ovulasi suntikan untuk mendapatkan tindak balas yang lebih kuat.

Cara mendapatkan anak kembar: guna pil Clomid

petua anak kembar

Bolehkah saya mencuba untuk mendapatkan anak kembar dengan menggunakan pil Clomid? Bagi setiap 20 kehamilan yang menggunakan kaedah pil Clomid, hanya satu kehamilan yang akan mempunyai kehamilan anak kembar.

Clomid (clomiphene) menyebabkan kehamilan kembar antara 5% dan 12% sahaja.

Jumlah tersebut adalah lebih sedikit berbanding satu kehamilan kembar bagi setiap 10 kehamilan.

Kemungkinan untuk anda mengandung tiga anak kembar (atau lebih) melalui pengambilan Clomid adalah lebih rendah, iaitu kurang daripada 1% (kurang daripada satu dalam 100 kehamilan).

Namun, ubat kesuburan ternyata mempunyai reputasi untuk menyebabkan kehamilan berganda, yang bermaksud hamil lebih daripada satu orang bayi dalam satu-satu masa. 

Bagaimana pil Clomid boleh menjadi cara mendapatkan anak kembar?

Ovari mengandungi ratusan ribu folikel dan setiap folikel mengandungi sel telur yang belum matang.

Setiap bulan, beberapa folikel akan memulakan proses perkembangan.

Pada kebiasaannya, hanya satu folikel yang berkembang dengan sepenuhnya dan melepaskan sebiji telur.

Ini kerana apabila folikel menjadi cukup dewasa dengan sendirinya, folikel melepaskan hormon ke dalam aliran darah yang memberi isyarat kepada tubuh untuk melambatkan pengeluaran hormon perangsang telur.

Pil Clomid berfungsi dengan menipu tubuh untuk memacu hormon perangsang telur, lalu menyebabkan folikel di ovari terus menjadi matang.

Ini seterusnya meningkatkan kemungkinan bahawa lebih daripada satu telur berkembang hingga matang dan dilepaskan semasa ovulasi.

Kebanyakan pasangan kembar yang terhasil disebabkan pengambilan pil Clomid bukanlah kembar seiras.

Semasa ujian klinikal kehamilan kembar, hanya satu daripada lima pasangan kembar adalah kembar seiras dan 4 pasangan lain adalah kembar tidak seiras.

Mengapa kebanyakan pasangan kembar ini tidak serupa atau seiras? Clomid meningkatkan kemungkinan anda mengandung anak kembar kerana ovari anda mungkin berovulasi lebih daripada satu telur.

Kembar yang seiras pula terhasil hanya daripada satu telur sahaja, bukannya dua telur.

Faktor-faktor lain yang boleh membuatkan anda hamil anak kembar selain guna pil Clomid

cara mendapatkan anak kembar

Ubat kesuburan bukan satu-satunya penyebab kehamilan berganda atau hamil anak kembar.

Walaupun tanpa Clomid, kemungkinan anda untuk mengandung lebih daripada satu bayi boleh meningkat bergantung kepada faktor seperti usia, ketinggian, berat badan dan sejarah keluarga anda.

Salah satu petua anak kembar adalah disebabkan oleh genetik keluarga. Sekiranya anda dan pasangan mempunyai sejarah hamil anak kembar dalam keluarga, kemungkinan untuk anda mengandung kembar adalah lebih tinggi.

Lebih-lebih lagi bagi wanita yang mempunyai saudara kembar dalam keluarga mereka.

Itu kerana mereka cenderung untuk mewarisi gen yang menyebabkan mereka melepaskan lebih daripada satu telur dalam satu masa.

Menurut The American Society for Reproductive Medicine, wanita yang merupakan pasangan kembar mempunyai 1 daripada 60 peluang untuk memiliki anak kembar mereka sendiri.

Lelaki yang merupakan pasangan kembar juga mempunyai peluang sebanyak 1 daripada 125 peluang untuk mendapat anak kembar.

Kesimpulan

Ubat kesuburan seperti pil Clomid sememangnya boleh membantu seseorang wanita itu untuk hamil anak kembar.

Ini kerana Clomid boleh membantu meningkatkan penghasilan telur dalam setiap ovulasi yang dilalui oleh seseorang wanita itu.

Namun, bayi kembar yang akan dilahirkan kelak berkemungkinan bukanlah kembar seiras memandangkan mereka berasal daripada dua telur yang berbeza.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Bagaimana Mengetahui Bayi Kembar Anda Seiras Atau Tidak Seiras?

Kehamilan bayi kembar akan mendatangkan perasaan teruja dan gementar pada masa yang sama. Namun, apakah cara untuk membezakan mereka?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keibubapaan, Tips Keibubapaan 06/03/2019 . 2 minit bacaan

5 Tanda Hamil Bayi Kembar, Ini Penjagaan & Komplikasi Penting Yang Anda WAJIB Tahu!

Sebagai ibu bapa pasti berasa teruja jika mengetahui mengandung kembar. Bagaimana nak ketahui tanda hamil kembar? Ini penjelasannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 18/01/2019 . 2 minit bacaan

Peluang Anda Dapat Anak Kembar Tinggi Jika Ambil Asid Folik. Betul Ke?

Walau kebanyakan pasangan mengimpikan anak kembar, ia bukanlah satu perkara yang mudah. Namun, kajian kecil menunjukkan asid folik boleh bantu. Betul ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr Aqilah
Ditulis oleh Nurul Nazrah
Kehamilan, Rancang Kehamilan 12/12/2018 . 3 minit bacaan

Boleh Atau Tidak Bersalin NORMAL Bayi Kembar? Ibu, Ini Jawapan Soalan Anda Itu!

Bagi ibu yang sedang hamil bayi kembar. Pasti anda tertanya-tanya sama ada boleh atau tidak bersalin normal anak kembar bukan? Ini jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr Aqilah
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kehamilan, Kelahiran Bayi 10/12/2018 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

cara menyusu anak kembar

Ibu Sedang Hamil Bayi Kembar? Ini Cara Penyusuan Terbaik & Posisi Menyusu Badan Yang Sesuai

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 09/10/2020 . 3 minit bacaan
mengandung anak kembar

Nak Dapat Anak Kembar Lagi Macam Dr Sheikh Muszaphar? Ada Tip Boleh Dicuba, Pasti Berkesan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 26/06/2020 . 3 minit bacaan
kembar

Ada Anak Kembar? Jom Ketahui 4 Fakta Menarik Mengenainya

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 08/03/2020 . 3 minit bacaan
telepati

Betul Ke Pasangan Kembar Boleh Berhubung Secara Telepati?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 30/10/2019 . 2 minit bacaan