Kaum Hawa Dengan Ketidakseimbangan Hormon (PCOS) Kena Make Sure Breakfast, Ini Sebabnya....

    Kaum Hawa Dengan Ketidakseimbangan Hormon (PCOS) Kena Make Sure Breakfast, Ini Sebabnya....

    Tahukah anda, ada banyak kebaikan sarapan pagi untuk PCOS atau mereka yang menghidap sindrom ovari polisistik?

    Amalan pengambilan sarapan pagi bukan hanya membantu membekalkan tenaga sepanjang hari atau membantu mendapatkan berat badan ideal tetapi ia juga membantu pasangan yang dalam usaha untuk mendapatkan anak.

    Menurut kajian Clinical Science, antara kebaikan sarapan pagi adalah ia mampu membantu meningkatkan kesuburan menghidap PCOS!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Sindrom ovari polisistik menjejaskan kesuburan wanita

    Sebelum mengetahui kebaikan sarapan pagi untuk PCOS, ayuh kita fahami secara ringkas mengenai sindrom ini.

    Sindrom ovari polisistik (PCOS) adalah gangguan keseimbangan hormon yang menyebabkan wanita sukar untuk hamil. Kebanyakan wanita pengidap PCOS yang memiliki kadar insulin tidak normal.

    Insulin adalah hormon yang berperanan membantu penyerapan gula dalam tubuh dan menjaga kadar gula dalam darah supaya kekal seimbang.

    sarapan pagi untuk pcos

    Sekiranya insulin dalam tubuh tidak berfungsi sebaiknya, bermakna tindak balas tubuh terhadap insulin menurun dan kadar gula dalam darah akan meningkat.

    Apabila gula dalam darah terus meningkat dan tidak terkawal, ini menyebabkan kadar testosteron meningkat sehingga menganggu kitaran haid. Malah, jika kadar gula yang tinggi ini terus dibiarkan, ia boleh menyebabkan penyakit jantung dan diabetes.

    Mengurangkan rintangan insulin dengan cara diet menurunkan berat badan dapat memperbaiki kesuburan. Namun, ia bukan pilihan tepat bagi wanita yang menghidapi PCOS yang bertubuh kurus. Oleh itu, sarapan pagi mungkin boleh membantu anda.

    Kebaikan sarapan pagi untuk PCOS

    sarapan pagi untuk pcos

    Tetapi, apakah kebaikan sarapan pagi untuk penghidap sindrom ovari polisistik? Menurut laporan NHS Choice, amalan bersarapan pagi boleh membantu meningkatkan kesuburan wanita yang mempunyai PCOS.

    Penyelidik di Universiti Tel Aviv telah mengkaji 60 wanita dengan PCOS yang mengambil sarapan pagi yang lebih besar daripada makan malam menunjukkan bahawa kenaikan kadar ovulasi sebanyak 50 peratus.

    Semasa kajian itu, wanita telah dibahagikan kepada dua kumpulan dan kedua-dua kumpulan menggunakan 1,800 kalori sehari tetapi kumpulan sarapan yang besar itu mengambil 980 kalori untuk sarapan dan 190 kategori untuk makan malam, sementara kumpulan kedua melakukan sebaliknya iaitu makan malam yang lebih besar daripada sarapan pagi.

    Selepas 90 hari, doktor mengukur ovulasi dan menstruasi. Walaupun kumpulan tidak mempunyai perubahan dalam indeks jisim badan, kumpulan yang mempunyai makan malam yang lebih besar masih mempunyai tahap testosteron dan insulin yang lebih tinggi.

    Wanita yang mengambil sarapan pagi untuk PCOS yang besar mempunyai peningkatan 50 peratus dalam kadar ovulasi mereka.

    Doktor berpendapat bahawa memakan sarapan pagi yang lebih besar juga dapat membantu mengurangkan beberapa simptom lain yang sama dengan sindrom ovari polisistik seperti diabetes jenis 2, yang merupakan satu lagi keadaan kesihatan yang boleh wujud pada wanita akibat PCOS.

    Secara tidak langsung, breakfast boleh dianggap sebagai makanan untuk pcos agar cepat hamil.

    sarapan pagi untuk pcos

    Meningkatkan kesuburan wanita juga dipengaruhi oleh faktor gaya hidup sihat yang lain seperti tidur yang cukup, senaman rutin, menghindari/berhenti merokok atau minum minuman beralkohol.

    Apabila anda memiliki PCOS, sebaiknya berbincang dengan doktor untuk mendapatkan saranan diet dan gaya hidup sihat sesuai dengan keadaan kesihatan anda. Selain itu, jangan lupa juga akan kebaikan sarapan pagi!

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 3 minggu lalu

    Iklan
    Iklan
    Iklan
    Iklan