Tanda PCOS yang dialami bukan pengakhiran kepada anda untuk menjadi seorang ibu. Sindrom ovari polisistik (PCOS) yang dialami dapat dikawal dengan ilmu dan strategi yang betul.
Tanda PCOS yang dialami bukan pengakhiran kepada anda untuk menjadi seorang ibu. Sindrom ovari polisistik (PCOS) yang dialami dapat dikawal dengan ilmu dan strategi yang betul.

Di dalam artikel ini, kami akan kongsikan langkah-langkah penting yang anda boleh lakukan bagi merancang kehamilan dengan lebih berkesan walaupun anda mempunyai PCOS.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Ya, anda boleh hamil walaupun anda mempunyai PCOS. Menurut Cleveland Clinic, PCOS akan menyukarkan anda untuk hamil dan meningkatkan risiko komplikasi kehamilan.
Oleh itu, dapatkan konsulatasi dan informasi bermanfaat dengan doktor atau pakar yang akan membantu anda merancang pelan rawatan selanjutnya.
Pelan rawatan yang mungkin akan dilakukan termasuklah ubat-ubatan dan teknologi pembiakan seperti In Vitro Fertilization (IVF).
Hasil daripada ini, ia akan menolong anda dan pasangan untuk memahami pelan rawatan yang terbaik dan cara terbaik untuk meningkatkan peluang kehamilan dengan sihat.
Teruskan membaca bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tanda-tanda PCOS dan cara mengatasinya di dalam tubuh badan.

Berikut ialah tanda PCOS yang biasanya terjadi:
Langkah pertama adalah memahami tubuh anda. Ramai wanita yang ada PCOS mengalami ovulasi yang tidak menentu, namun ini tidak bermakna ovulasi tidak berlaku langsung!
Oleh itu, anda perlu berjumpa dengan doktor bagi membantu anda untuk memahami secara terus mengenai waktu ovulasi yang berlaku pada tubuh anda! Dengan itu, anda sudah tahu waktu untuk ‘bersama’ dengan sang suami.
Tanda PCOS yang ada pada tubuh boleh dirawat dengan rawatan kesuburan.
Jika anda sudah mencuba selama 6–12 bulan tetapi tidak membuahkan hasil, berjumpa dengan pakar kesuburan adalah jawapannya!
Rawatan yang biasa dicadangkan:
Doktor akan menilai keadaan anda secara menyeluruh seperti hormon, struktur rahim, tiub falopio dan sperma pasangan sebelum mencadangkan rawatan terbaik kepada anda.

Perkara paling kerap akan dinasihatkan ialah kaum hawa perlu sentiasa menjaga emosi agar tidak stress. Hal ini kerana, ia akan memburukkan lagi simptom PCOS dan menyukarkan proses kehamilan.
Nak ubah macam mana? Daripada kerap makan makanan yang kurang sihat seperti makanan manis berlemak dan tidak seimbang, kini anda perlu pastikan makanan tersebut memberikan nutrisi seimbang dan sihat seperti yang disarankan.
Selain berdiet, anda boleh melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam untuk atasi PCOS. Hal ini akan membantu anda mendapatkan berat badan yang ideal dan mengurangkan gejala PCOS.
Anda juga boleh mencuba senaman mudah secara konsisten seperti brisk walk selama 30 minit setiap hari!
Perubahan gaya hidup ini boleh mengurangkan simptom PCOS dan meningkatkan peluang anda untuk hamil.
Jika berat badan anda berlebihan, penurunan berat badan sebanyak 5% hingga 10% boleh memulihkan kitaran haid yang normal.
Bercakap dengan doktor anda untuk mendapatkan panduan tentang cara membuat perubahan gaya hidup yang berkesan.

Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/8316-polycystic-ovary-syndrome-pcos . Diakses pada 20 Mei 2025
Polycystic ovary syndrome https://womenshealth.gov/a-z-topics/polycystic-ovary-syndrome . Diakses pada 20 Mei 2025
Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/polycystic-ovary-syndrome-pcos#:~:text=The%20symptoms%20of%20PCOS%20may,stomach%2C%20and%20back%20(hirsutism) . Diakses pada 20 Mei 2025
PCOS and pregnancy https://www.pregnancybirthbaby.org.au/pcos-and-pregnancy#fertility . Diakses pada 20 Mei 2025
Healthy diet during pregnancy https://www.pregnancybirthbaby.org.au/healthy-diet-during-pregnancy . Diakses pada 20 Mei 2025
Versi Terbaru
10/07/2025
Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa