Tip Pilih Baju Raya Berdasarkan Bentuk Tubuh Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Masih berbaki beberapa minggu sebelum Syawal tiba, antara kerungsingan yang bermain di benak anda tentulah tentang baju raya. Selain bajet dan lokasi beli-belah, menentukan baju yang sesuai dengan jenis bentuk badan anda juga dapat memudahkan anda mengecilkan skop pemilihan. Berikut adalah beberapa tip untuk memilih baju berdasarkan bentuk tubuh anda:

Bentuk pear

Berbentuk pear bermakna anda mempunyai ukur lilit pinggul yang lebih lebar berbanding ukur lilit dada.

Jika anda memiliki bentuk pear, anda sesuai memakai pakaian yang menambah detail di bahagian atas, terutamanya bahu dan dada. Alihkan perhatian kepada bahagian atas berbanding bahagian bawah badan.

Anda sesuai mengenakan gaun fit & flare atau abaya yang tirus di atas dan mengembang di bawah kerana dapat menyerlahkan bahagian atas anda yang kecil sementara kain yang mengembang di bawah dapat menyerlahkan pinggang anda. Baju yang bercorak atau beropol di bahagian atas sahaja juga sesuai dengan anda.

Untuk mengelakkan tumpuan yang lebih dan tidak seimbang, anda juga sesuai memakai baju yang berwarna cerah dan terang supaya nampak lebih seimbang dibahagian atas dan bawah.

Bentuk segi tiga terbalik

Berbentuk segi tiga terbalik bermakna bahu dan dada anda lebih lebar berbanding pinggul anda. Bentuk ini kelihatan lebih atletik berbanding bentuk lain.

Fokus utama dalam penggayaan bentuk ini adalah untuk menyerlahkan bahagian bawah badan anda yang lebih kurus dan mengurangkan perhatian daripada bahagian atas badan yang besar.

Pilih baju kurung dengan warna gelap di atas atau yang mempunyai ikatan di pinggang. Anda boleh juga memilih baju kurung yang singkat seperti kurung moden atau kurung Kedah. Elakkan baju kurung yang mempunyai pad bahu atau yang bercorak besar di bahagian bajunya. Anda juga sesuai memakai kasut yang berwarna menyerlah dan menarik perhatian.

Bentuk segi empat tepat

Berbentuk segi empat tepat atau lurus bermakna ukur lilit dada, pinggang dan pinggul anda lebih kurang sama.

Anda patut menyasarkan untuk memakai pakaian yang mencipta lekuk tubuh. Baju seperti kebarung contohnya dapat menyerlahkan pinggang anda. Pilih corak berenda atau beropol untuk menambah berat dan feminiti pada susuk tubuh anda. Manik-manik pada bahagian dada juga boleh menambah berat pada bahagian tersebut yang membolehkannya kelihatan lebih besar.

Baju yang mempunyai ikatan pinggang juga dapat membantu anda menyerlahkan susuk anda seperti kimono raya yang boleh dilaraskan dengan tali.

Bentuk epal

Berbentuk epal bererti anda mempunyai bahu yang luas, pinggang penuh dan kaki yang kurus. Anda biasanya berada dalam kategori ini jika bahagian atas badan anda lebih berat berbanding bahagian bawah iaitu dengan ukur lilit dada sebanyak 3 inci atau lebih daripada ukur lilit pinggul.

Cari baju raya yang tidak mempunyai detail yang berlebihan di bahagian atas supaya tidak menyebabkan ketidakstabilan dengan ketirusan bahagian bawah badan anda.
Pilih warna baju yang nampak neutral atau gelap. Cuba elakkan dari memakai baju bercorak agak cerah atau menyerlah di bahagian atas badan.

Anda juga boleh mencuba gaun atau abaya dengan potongan empire yang mengikut bentuk di bawah dada (memberikan ilusi pinggang yang lebih tinggi) dan lurus tanpa kembang di bawah. Bentuk baju kurung yang beralun (flowy) juga sesuai dengan anda. Dan elakkan baju yang mengikut bentuk tubuh atau pinggang anda.

Bentuk jam pasir

Ukur lilit dada dan pinggul anda lebih kurang sama saiznya, dan anda mempunyai pinggang yang lebih ramping dan ketara.

Sebarang cara pemakaian yang menyerlahkan pinggang anda dapat membantu menaikkan seri anda. Jadikan pinggang anda sebagai fokus utama dalam penggayaan. Wrap kimono dan peplum contohnya sangat sesuai dengan anda.

Walaupun semua baju yang dipakai pun mesti nampak cantik. Untuk kelihatan lebih cantik dan berkeyakinan, individu yang mempunyai bentuk badan seperti ini harus memilih corak baju dan warna yang sederhana sahaja.

Apa pun pemilihan pemakaian anda di hari raya nanti, yang penting adalah keyakinan diri dan bagaimana anda berinteraksi dengan orang lain. Tiada guna pakaian yang serba cantik dan meriah jika bual bicara anda hanya mengundang rasa sakit hati. Ingat, Aidilfitri adalah masa untuk bermaaf-maafan, bukan masa untuk mengundang sengketa.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Makin Tua, Makin Cepat Penat? Anda Mungkin Kehilangan Jisim Otot! Nak Atasi, Ambil Makanan Ini

    Sekiranya anda berusia lebih 50 tahun dan tidak sekuat dulu, itu tidak menghairankan. Ini mungkin petanda anda alami atrofi otot, kemerosotan otot badan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Penjagaan Warga Emas 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Kenapa Hidung Saya Berdarah Setiap Hari? AWAS! Ia Mungkin Petanda Penyakit Ini…

    Mungkin ramai yang belum tahu apa punca sebenar kenapa hidung berdarah bukan? Ia juga mungkin petanda hemofilia! Jom ikuti artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Masalah Mati Pucuk? Mari Fahami Disfungsi Ereksi Dan Cara Mengatasinya!

    Berdepan masalah ereksi, dan malu dengan pasangan? Ia pasti berkaitan masalah mati pucuk. Tapi ada ke cara penyelesaian untuk keadaan itu? Jawapannya ada!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Mitos Mengenai Mati Pucuk (ED)

    Apabila bercakap berkenaan masalah seksual lelaki, pastinya ia topik yang kurang digemari. Tapi apa mitos tentang mati pucuk yang biasa anda dengar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sifilis adalah

    Pernah Terkena Penyakit Sifilis & Sudah Jalani Rawatan, Bolehkah Ia Datang Kembali?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    tanda penyakit rabies

    Jangan Ambil Remeh Jika Kena Gigitan Anjing Gila! Hampir 100% Mati Sebab Tak Dapat Rawatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    masalah pendengaran

    Boleh Ke Orang Pekak Mendengar Semula? Ini Jenis-Jenis Rawatan Yang Dapat Membantu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    sindrom iritasi usus

    Bolehkah Saya Makan Telur Jika Mempunyai Sindrom Iritasi Usus, Ada Kesan Negatif Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan