Apa itu Prediabetes?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Prediabetes bukanlah satu keadaan penyakit tetapi ianya adalah tanda amaran bahawa anda mungkin mempunyai diabetes jenis 2 dalam waktu terdekat kerana ia melibatkan tahap gula dalam darah yang tinggi, namun tidak cukup tinggi untuk dikategorikan sebagai diabetes jenis 2. Walaupun mempunyai prediabetes akan menimbulkan risiko untuk meningkat kepada diabetes jenis 2 dalam tempoh 10 tahun akan datang, anda masih dapat menghalang perkembangan tersebut daripada berlaku. Berikut adalah beberapa maklumat yang mungkin dapat membantu anda dalam melawan diabetes.

Bagaimanakah saya boleh tahu sama ada saya mempunyai prediabetes?

Biasanya, anda tidak mempunyai gejala atau tanda-tanda tertentu sehingga anda berada dalam keadaan diabetes yang serius. Walau bagaimanapun, acanthosis nigricans boleh menjadi isyarat awal. Ia adalah keadaan yang menggelapkan kulit anda, biasanya di kawasan leher, ketiak, siku, lutut, dan ruas buku jari.

Anda harus berjumpa dengan doktor jika anda prihatin terhadap diabetes atau jika anda ada melihat tanda atau simptom diabetes jenis 2 – peningkatan dahaga dan kencing yang kerap, keletihan, dan penglihatan kabur.

Apakah faktor risiko untuk mempunyai prediabetes?

Faktor risiko untuk prediabetes adalah serupa dengan diabetes jenis 2, termasuk berat badan berlebihan, mempunyai pinggang yang besar, gaya hidup yang tidak aktif, usia yang lebih tua, sejarah kencing manis dalam keluarga, kencing manis semasa hamil, polycystic ovary syndrome dan kurang tidur.

Apakah ujian untuk mendiagnosis prediabetes?

Prediabetes dapat dikesan dengan menggunakan ujian Glycated hemoglobin (A1C), yang meneliti purata tahap gula dalam darah anda selama beberapa bulan yang lalu.

Ujian A1C boleh menjadi tidak tepat jika anda hamil atau mempunyai bentuk hemoglobin yang jarang (dikenali sebagai varian hemoglobin). Dalam kes tersebut, terdapat beberapa alternatif:

  • Fasting blood sugar test. Dalam ujian ini, sampel darah akan diambil selepas anda berpuasa selama sekurang-kurangnya lapan jam atau semalaman.
  • Oral glucose tolerance test. Ujian ini direka khusus untuk wanita hamil. Oral glucose tolerance test juga memerlukan puasa untuk semalaman. Anda akan mengambil Fasting blood sugar test, diikuti dengan minuman manis. Tahap gula darah anda akan diuji secara berkala selama beberapa jam.

Anda masih boleh menjauhkan diri daripada diabetes jenis 2 dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Adalah disyorkan untuk memastikan pengamalan diet yang seimbang, menurunkan berat badan anda yang berlebihan, dan mula bersenam secara teratur. Merokok juga tidak disarankan. Sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kolesterol tinggi, ambil ubat-ubatan seperti yang diarahkan oleh doktor anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Boleh Periksa Kadar Gula Dalam Darah Sendiri Di Rumah, Tapi Elak 5 Kesilapan Ini Ya!

    Mungkin ramai yang buat tapi tidak arif tentang cara periksa kadar gula dalam darah di rumah, jika ada diabetes. Akibatnya, ini 5 kesilapan yang terjadi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kencing Manis 02/11/2020 . 3 minit bacaan

    Pesakit Diabetes Kena Tahu, Insulin Bukan Main Suntik Saja, Ada 4 Bahagian Tubuh PALING Sesuai

    Bagi mereka yang keliru cara suntik insulin atau tempat sesuai untuk suntik insulin, ini 4 lokasi pada tubuh anda! Jangan salah teknik suntikan insulin tau

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diabetes, Pusat Kesihatan 30/10/2020 . 3 minit bacaan

    Jus Buah-buahan Sihat Tapi Manis, Jadi Boleh Ke Pesakit Diabetes Minum Air Buah?

    Ada yang bertanya, boleh atau tidak jika pesakit diabetes minum jus buah-buahan? Adakah terdapat buah untuk jus tertentu yang lebih sihat untuk mereka?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diabetes, Pusat Kesihatan 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Ahli Keluarga Yang Hidap Diabetes? Jika Anda Nak Hindarinya, Ikut 5 Langkah Ini

    Jika ada ahli keluarga anda yang pernah menghidap jenis penyakit diabetes, besar kemungkinan untuk anda turut mendapat kencing manis keturunan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diabetes, Pusat Kesihatan 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit sendi

    Jaga-jaga Jika Anda Sering Sakit Sendi, Ini Mungkin Tanda Hidap DIABETES!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 19/11/2020 . 3 minit bacaan
    diabetes jenis 2

    Tersilap Diagnosis! Dari Diabetes Jenis 2, Tapi Sebenarnya Menghidap Kencing Manis Jenis 1?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan
    pesakit diabetes

    Pesakit Diabetes Dapat Komplikasi Lebih Teruk Jika Terkena COVID-19? Ini Risikonya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 03/11/2020 . 3 minit bacaan
    diabetes anak

    GEMPAR! Kajian Terbaharu Temui Virus COVID-19 Mungkin Boleh Sebabkan Diabetes Jenis 1

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 02/11/2020 . 3 minit bacaan