Keperluan melakukan GTT
GTT adalah penting kerana diabetes gestasi selalunya tidak menunjukkan simptom yang jelas. Jikan diabetes gestasi tidak dikenalpasti dan dirawat ia mungkin boleh merisikokan anda dan kandungan.
Simptom kebiasaan diabetes gestasi adalah:
- Keletihan
- Dahaga yang melampau
- Banyak membuang air kecil
- Penglihatan kabur
Diabetes gestasi berlaku apabila badan anda gagal untuk menghasilkan insulin yang mencukupi. Insulin adalah hormon yang memastikan paras gula dalam darah anda stabil. Ia juga membantu tubuh anda untuk menyimpan gula apabila anda memerlukannya pada masa akan datang.
Semasa kehamilan, tubuh perlu menghasilkan insulin tambahan untuk memenuhi keperluan bayi terutamanya apabila dia sedang membesar. Sekiranya badan anda tidak sapat menghasilkan insulin yang mencukupi, kemungkinan akan mengalami terlalu banyak gula dalam darah dan menyebabkan diabetes gestasi.
Kandungan gula dalam darah yang terlalu banyak bermakna bayi anda besar dan ini meningkatkan kelahiran Caesarean. Manakala diabetes gestasi yang tidak terkawal pula menyebabkan risiko kematian bayi semasa di dalam kandungan.
Risiko diabetes gestasi
- Wanita berumur 25 tahun ke atas
- Indeks Jisim Badan (BMI) adalah 30 atau lebih
- Sejarah kelahiran bayi besar, melebihi 4kg
- Sejarah kandungan yang mempunyai diabetes semasa hamil
- Ahli keluarga mempunyai diabetes
- Mengalami masalah yang berkaitan semasa hamil seperti hipertensi, penghasilan cecair amnion berlebihan (polihidramnios), keguguran
Jika anda mempunyai salah satu daripada faktor berkenaan, ada perlu menjalani GTT.