backup og meta

Bukan Rambut & Kulit Kepala Sahaja, Misai Pun Boleh Rasa Gatal! Apa Puncanya?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 10/04/2023

    Bukan Rambut & Kulit Kepala Sahaja, Misai Pun Boleh Rasa Gatal! Apa Puncanya?

    Masalah janggut atau misai lelaki gatal sememangnya tidak asing. Malahan, lokaliti kegatalan tersebut tidak spesifik.

    Secara amnya, mana-mana kawasan yang mempunyai rambut berisiko untuk mengalami kegatalan.

    Ada juga yang terbangun daripada tidur hanya kerana mereka berasa gatal atau tidak boleh memberikan perhatian semasa melakukan aktiviti rutin.

    Berbeza dengan rambut yang tumbuh di kepala, janggut/jambang/misai lelaki tidak mempunyai karakter yang sama.

    Ia tumbuh disebabkan oleh hormon testosteron. Ini bermakna, semakin tinggi testosteron seseorang itu, semakin tebal misai yang tumbuh.

    Oleh yang demikian, aspek penjagaan janggut dan seumpamanya adalah sedikit berbeza dengan aspek penjagaan rambut.

    Pelbagai jenis faktor boleh menyebabkan kawasan yang tumbuh janggut dan misai lelaki terasa gatal.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

    #1 Kulit kering punca janggut & misai lelaki terasa gatal

    misai lelaki

    Kegatalan yang dialami boleh berpunca daripada keadaan kulit kering yang turut dikenali sebagai xerosis.

    Setiap individu mempunyai kulit yang berbeza. Ini bermakna, punca kepada kulit kering tidak semestinya sama termasuklah kelembapan kulit yang berbeza.

    Ada yang alami kulit kering ketika musim sejuk, ada yang setelah mandi air panas dan ada juga yang alami kulit kering setelah menggunakan produk kulit tertentu.

    Masalah kulit seperti ekzema dan psoriasis boleh menyumbang kepada permasalahan ini seterusnya menyebabkan kulit terutamanya di kawasan janggut atau misai lelaki terasa gatal.

    #2 Terasa gatal selepas cukur misai atau janggut

    Penggunaan pisau cukur boleh meninggalkan bucu tajam pada rambut yang tertinggal di dalam folikel.

    Apabila ia mula tumbuh, geselan boleh berlaku di antara bucu tersebut dengan dinding folikel menyebabkan rasa gatal.

    Bayangkan jika anda salah cara cukur misai, janggut dan jambang lalu ia langsung sedikit atau terus tiada.

    Ia akan memberikan rasa gatal di keseluruhan kawasan terbabit menyebabkan kadangkala rasa terganggu semasa melakukan aktiviti harian.

    #3 Rambut tumbuh ke dalam dan bukannya keluar

    misai lelaki

    Keadaan ini boleh berlaku terutamanya jika anda mempunyai rambut kerinting.

    Rambut yang anda cukur tumbuh masuk ke dalam, bergesel dengan dinding folikel.

    Keadaan ini boleh menyebabkan kawasan yang dicukur menjadi merah dan terasa gatal.

    Kadangkala, ia boleh meninggalkan kesan bengkak dan terasa sakit namun ia akan sembuh dengan sendirinya.

    #4 Jangkitan kuman pada folikel rambut

    Pelbagai jenis faktor yang boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman pada folikel rambut.

    Keadaan ini boleh menyebabkan simptom seperti:

    1. Gatal
    2. Rasa sakit
    3. Gelembung bernanah

    Keadaan ini boleh berlaku di mana-mana kawasan yang tumbuh rambut termasuklah kulit kepala.

    Namun, ia lebih lazim berlaku pada kawasan yang mengalami geseran seperti paha, punggung dan ketiak.

    Mereka yang mempunyai masalah obes juga berisiko untuk mengalami masalah ini.

    #5 Kulat tumbuh di kawasan misai dan janggut atau Seborrhoeic Dermatitis 

    Seperti jangkitan kuman (bakteria dan virus), jangkitan kulat juga boleh menyebabkan kawasan misai/janggut menjadi gatal.

    Keadaannya sama seperti kurap yang dikenali sebagai tinea kapitis.

    Antara jangkitan kulat pada misai/janggut yang lazim dialami adalah:

    • Tinea mentagrophytes var.s equinum – boleh tersebar melalui sentuhan langsung dengan kuda
    • Tinea verrucosum – boleh tersebar melalui hubungan langsung dengan lembu atau haiwan tenusu

    Bagaimana cara untuk atasi masalah misai/janggut gatal

    misai lelaki

    Walaupun keadaan ini tidaklah serius, tapi ia boleh mengganggu produktiviti harian individu terutamanya jika masalah gatal yang dialami agak serius.

    Kunci kepada langkah pencegahan untuk elak janggut atau misai lelaki gatal terletak pada aspek kebersihan.

    1. Mandi sekurang-kurangnya sekali sehari.
    2. Jika anda tidak mandi secara kerap, pastikan anda membasuh janggut anda dengan air suam setiap hari.
    3. Gunakan produk penjagaan yang khusus untuk janggut atau misai. Pastikan ia mempunyai sebahagian besar bahan semula jadi dan bukannya sintetik.
    4. Jangan gunakan air pada suhu yang panas ketika mandi. 
    5. Jika anda mengalami jangkitan kuman/kulat, dapatkan pemeriksaan dan preskripsi ubat daripada doktor perubatan sekiranya perlu.
    6. Gunakan krim pelembab bagi menangani masalah kulit kering.
    7. Jika masalah gatal agak serius, doktor mungkin menyarankan terapi pembuangan rambut menggunakan laser.
    8. Masalah pernanahan kulit seperti bisul perlu dirawat agar jangkitan yang berlaku tidak menjadi semakin teruk.
    9. Elakkan bersentuhan dengan permukaan kotor, bantal busuk dan kulit binatang ke arah janggut anda

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 10/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan