Jangan Biarkan Jerawat Merosakkan Hari Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kesedaran terhadap penjagaan kulit wajah sudah menjadi satu trend baru dalam kalangan golongan muda khususnya. Tanpa mengira aspek jantina sama ada perempuan mahupun lelaki, keinginan mempunyai kulit yang bersih, licin dan bersinar tanpa jerawat dan cacat cela menjadi idaman setiap orang.

Journal of Primary Health Care melaporkan seramai dua pertiga daripada golongan dewasa Malaysia mengalami masalah jerawat. Ia seringkali dikaitkan dengan tahap akil baligh dan masalah jerawat ini boleh dihadapai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia.

Selain itu, ia juga sering dikaitkan dengan pembersihan kulit yang tidak menyeluruh, pemakanan kurang sihat, ketidakseimbangan hormon dan penggunaan produk penjagaan kulit yang tidak sesuai.

Isu berkaitan kulit ini juga boleh memberi impak kepada emosi dan kehidupan sosial seseorang individu yang mengalaminya, yang seterusnya boleh mempengaruhi tahap keyakinan dan harga diri jika ianya tidak ditangani dengan betul.

Ini disebabkan oleh masih ramai yang belum menyedari tentang kepentingan mengetahui langkah-langkah penjagaan kulit dengan betul untuk menangani masalah jerawat. Keadaan ini secara langsung boleh mengakibatkan masalah jerawat menjadi semakin teruk.

Pakar estetik dan kulit, Diva Aesthetics Clinic, Dr Zahirah Tarmizi berkata, bagi menyelesaikan masalah jerawat, seseorang perlu mengetahui punca jerawat itu supaya boleh memilih produk penjagaan kulit dan kaedah rawatan yang betul.

“Dari segi pemilihan produk, produk yang mengandungi bahan kimia yang dibenarkan adalah baik untuk merawat masalah kulit, tetapi sesetengah bahan kimia seperti merkuri adalah tidak bagus untuk kulit, manakala hydroquinone perlu mendapatkan kebenaran daripada doktor terlebih dahulu.

“Masalah jerawat atau parut jerawat boleh dirawat tetapi memerlukan kesabaran kerana ia mengambil tempoh masa tertentu bergantung kepada jenis jerawat. Jadi individu yang mempunyai masalah jerawat perlu berdisiplin kerana produk yang bagus tidak akan memberikan hasil yang cepat,” katanya pada sesi perkongsian Hiruscar Club Spotless 2.0: Own Your Beauty di Yellow Apron, Petaling Jaya, hari ini.

Tambah Dr Zahirah, tiada produk yang boleh menukarkan kulit dengan cepat atau tempoh yang singkat. Umumnya, kulit mengambil masa 28 hari dan ke atas untuk menghasilkan lapisan kulit baru. Beliau juga menasihatkan supaya tidak terlalu kerap menukar sesuatu produk walaupun sekadar mencuba sekiranya telah menemui produk yang bagus dan sesuai dengan kulit. Tabiat ini juga boleh menyebabkan masalah jerawat.

Manakali bagi yang mencarai keserasian produk dengan kulit wajah, anda boleh melihat kesannya dalam tempoh empat hingga enam minggu. Sekiranya ia baik anda boleh teruskan penggunaanya tetapi jika sebaliknya hentikannya segera. Atau berjumpa doktor anda jika ingin mencuba sesuatu produk yang baharu.

Sementara itu, influencer media sosial dan kecantikan, Syada Amzah mengakui bahawa dia juga pernah mengalami masalah kulit wajah dan baginya setiap kecantikan adalah bermula daripada dalaman seseorang.

Selain menggunakan produk penjagaan jerawat daripada Hiruscar termasuk produk baharunya iaitu Hiruscar Anti-Acne Spot Cover Fluid, dia juga sentiasa memastikan mendapatkan rehat yang cukup, menjaga pemakanan dengan banyakkan minum air kerana rawatan daripada dalaman juga boleh membantu kulit sihat dan berseri (glowing) secara semula jadi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    ‘Jerawat’ Bukan Jerawat, Tetapi Masalah Kulit

    Kebanyakan masalah kulit sering kali dikaitkan dan dikenali sebagai jerawat sehingga menyebabkan kebanyakan orang beranggapan itu perkara biasa dan ia akan hilang dengan sendirinya dalam tempoh tertentu. Namun ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 13/07/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pimple-patch-atasi-masalah-jerawat

    Boleh Ke Atasi Masalah Jerawat Dengan Pimple Patch? Jom Selidik Keberkesanannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/06/2020 . 3 minit bacaan
    Kulit Bermasalah

    Resah Bila Memiliki Kulit Bermasalah, Ambil Tahu Puncanya Dan Penjagaan Yang TEPAT

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/02/2019 . 3 minit bacaan
    jerawat

    Aduh, Muka Lawa Jadi Teruk Sebab Jerawat! Hati-Hati Elak Ubat Bukan Preskripsi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 18/01/2019 . 3 minit bacaan
    fungsi kulit manusia

    Jom Kita Belajar Struktur dan Fungsi Kulit Manusia! Ia Juga Adalah Pelindung Kita?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 18/12/2018 . 2 minit bacaan