Pakai Baju Hitam Buat Anda Nampak Lebih KURUS, Fakta Atau Auta?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 06/02/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Pernahkah orang menasihati anda untuk lebih kerap mengenakan pakaian yang berwarna gelap seperti hitam dan seangkatan dengannya? Jika ada, individu itu mungkin secara berlapik ingin mengatakan bahawa anda sebenarnya adalah seorang yang gemuk!

Namun, adakah benar kepercayaan bahawa memakai baju warna ini boleh buat tubuh badan anda nampak lebih kurus? Atau ia sebenarnya hanya sekadar mitos semata-mata? Untuk mengetahui jawapannya, sila ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

Hitam itu menawan

Kata orang, hitam itu menawan. Ya, ia adalah kenyataan yang tidak dapat disangkal lagi.

Hitam adalah warna yang paling mudah dan sesuai dikenakan sebagai pakaian untuk semua orang. Tidak kira anda berkulit cerah atau berkulit gelap, ia boleh menjadi warna kegemaran mana-mana individu ekoran impak dan ilusinya terhadap penampilan anda.

Bukan sahaja ia akan membuat diri anda kelihatan menawan, pakaian dengan warna ini turut memberikan satu imej yang ‘kelas’ dan ‘elegan’ buat pemakainya.

Dalam pada itu, warna ini juga sebenarnya sangat senang dipadankan dengan pelbagai warna yang lain untuk dipakai bersama atau dijadikan aksesori.

Tapi, adakah benar ia boleh menjadikan seseorang itu kelihatan kurus?

Warna hitam boleh buat anda nampak kurus?

Menurut Emily Keller yang merupakan seorang pereka fesyen berpengalaman dari Amerika Syarikat, memakai pakaian berwarna gelap seperti hitam tidak akan buat anda jadi kurus, tapi mungkin boleh membuat seseorang itu nampak lebih kurus.

Sebabnya, warna ini mempunyai keupayaan untuk menyorokkan sebarang gangguan visual. Mata individu yang memandang anda akan teralih dari apa-apa gangguan visual pada tubuh badan anda akibat daripada kesan memakai pakaian warna ini.

Buat anda yang tertanya-tanya, berikut adalah gangguan visual yang diperkatakan:

  • Fizikal tubuh badan – lipatan lemak, ketulan atau benjolan pada kulit, selulit atau apa-apa sahaja kekurangan yang terdapat pada tubuh badan
  • Pakaian – benang longgar, butang baju senget, hujung baju tidak simetri, jahitan tidak kemas atau apa-apa sahaja kekurangan yang terdapat pada pakaian
  • Garis pakaian dalam – baju dalam, seluar dalam, inner, legging yang tersembul keluar pada pakaian di luar
  • Kotoran – peluh, makanan, minuman atau sebarang kekotoran yang terpalit pada pakaian

Dalam erti kata yang lain, warna hitam boleh menyorokkan sebarang gangguan visual yang diperkatakan di atas, termasuklah bentuk tubuh badan anda. Kesannya, anda mungkin akan kelihatan ‘slim’ di mata orang yang memandang, Seakan magis, bukan?

Apa kata sains?

Persoalannya, bagaimana kepercayaan ini sebenarnya bermula?

Untuk pengetahuan anda, segalanya bermula sejak zaman Galileo Galilei lagi. Dikatakan, ahli sains terulung ini adalah orang pertama yang mempersoalkan mengapa planet Zuhrah tampak lebih besar berbanding planet Musytari, sedangkan Musytari adalah 4 kali ganda jauh lebih besar dari Zuhrah.

Dari sinilah bermulanya teori warna memainkan peranan dalam penampilan sesuatu perkara. Kemudian pada tahun 1867, Hermann Von Helmholtz telah mengukuhkan lagi teori ini dengan menggunakan gambar segi empat sama yang berbeza warna sebagai subjek kajian.

Beliau mendapati bahawa segi empat yang mempunyai warna putih dengan latar belakang hitam akan tampak lebih besar berbanding segi empat sama yang mempunyai warna hitam dengan latar belakang putih, walaupun kedua-duanya mempunyai saiz yang sama!

hitam

Apa sebabnya, ya?

Menurut kajian yang dilakukan oleh State University of New York, ini semua mempunyai kaitan dengan cara mata kita melihat sesuatu perkara berdasarkan warnanya. Neuron yang terdapat dalam otak kita sering kali akan memperbesarkan rangsangan cahaya yang masuk ke dalam mata kita. 

Dalam erti kata yang lebih mudah, warna yang terang akan nampak lebih besar dan warna yang gelap akan kelihatan lebih kecil.

Jadi, jika anda merupakan seorang yang berbadan kecil, mengenakan pakaian yang berwarna terang mungkin akan menampakkan anda sedikit berisi. Namun, jika bentuk tubuh badan anda sedikit gemuk, sila pakai pakaian yang berwarna gelap agar anda tampak lebih ‘slim’, okay?

hitam

Tip pemakaian bagi orang gemuk

Sekarang, kita sudah tahu bahawa warna gelap seperti hitam adalah sangat sesuai dipakai oleh orang yang berbadan gempal kerana ia akan memberi ilusi langsing kepada pemakainya. Namun, terdapat beberapa tip lain yang anda sebagai golongan chubby boleh amalkan!

Menurut pakar perunding imej MaryAnni Masarip, individu perlu berpakaian sesuai mengikut 4 kriteria penting iaitu:

  • Masa
  • Majlis
  • Tempat
  • Tujuan

Bagi individu yang berbadan besar, ini merupakan beberapa tip yang anda boleh amalkan selain mengenakan pakaian berwarna gelap seperti hitam:

#1. Jangan pakai pakaian yang ketat

Jika anda berbadan gemuk, elakkan memakai baju atau seluar yang terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badan anda. Sebaliknya, cuba pilih pakaian yang agak longgar seperti oversized shirt, blouse atau kaftan.

#2. Jangan pakai pakaian yang berjalur melintang

Selain itu, cuba elak dari memakai baju atau seluar yang mempunyai jalur melintang. Tidak kira jika ia berwarna gelap atau tidak, ia tetap akan memberi ilustrasi bentuk tubuh badn yang besar dan kembang. Sebaiknya, orang yang gemuk perlu memakai pakaian yang mempunyai jalur menegak dan bercorak kecil-kecil sahaja.

#3. Pilih fabrik pakaian yang sesuai

Jangan sesekali mengenakan pakaian dengan fabrik yang melekat pada tubuh seperti spandex macam yang Wolverine pakai dalam komik itu okay? Sebaliknya, pilih fabrik yang selesa seperti kain cotton, chiffon atau crepe bagi memberi kesan flowing pada tubuh badan anda. 

#4. Pilih denim dengan potongan lurus

Tidak dapat dinafikan, seluar jeans atau denim kini adalah pilihan setiap individu masa kini yang gemarkan fesyen namun sukakan sesuatu yang mudah. Namun, individu yang berbadan besar tidak harus memilih untuk memakai seluar jeans yang slim fit!

Ini kerana ia akan menampakkan paha dan kaki anda yang seperti logo Michelin itu. Sebaiknya, pakai yang berwarna gelap seperti biru gelap, coklat gelap atau lebih mudah, hitam. Dan, pilih denim dengan potongan lurus bagi memberikan pengaliran udara untuk kaki anda okay!

Konklusi

Kesimpulannya, warna hitam adalah teman yang paling istimewa buat individu yang berbadan besar kerana ia memang benar dapat membuat anda nampak lebih kurus. Jadi, jawapan kepada tajuk artikel ini adalah ya, ia adalah fakta.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pakar Kongsi 4 Sebab MESTI Elak Makan Lewat Malam, Rupanya Ada Kaitan Dengan Jantung?

    Kita selalu dengar nasihat agar jangan makan malam terutamanya lewat malam. Apa sebabnya? Jom klik artikel untuk tahu jawapannya dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 20/05/2020 . 3 minit bacaan

    Kenapa Hasrat Nak Diet Selalu Gagal? Anda Mungkin Belum Tahu 7 Tip Penting Ini, Boleh Buat Nanti!

    Ramai yang berhasrat untuk berdiet namun gagal kerana tidak tahu cara diet yang betul. Jom klik artikel untuk kenal 7 tip penting yang kalian belum tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/05/2020 . 3 minit bacaan

    Wow! Wanita Pinggul Besar Bukan Saja Seksi, Tapi… (Klu: Ada Kaitan Dengan Mengandung)

    Ada sesetengah wanita kurang berkeyakinan kerana mempunyai pinggul besar. Namun sebenarnya anda adalah bertuah kerana dikatakan akan lebih mudah hamil.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 28/04/2020 . 3 minit bacaan

    Ini 7 Pemakaian Wanita Hamil Patut ELAK – Ada Juga Tip Berpakaian Selesa Semasa Mengandung

    Anda seorang ibu hamil yang ringkas dari cara pemakaian. Namun adakalanya ia mungkin tidak sesuai. Jom selongkar isu fesyen ibu mengandung.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 28/04/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    diet rendah karbohidrat

    Pemilik Darah O, Kalau Nak Turunkan Berat Badan Kena Ikut Diet Ini, Tapi Berkesan Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    daun kapal terbang

    Minum Air Rendaman Kapal Terbang Boleh Rawat Kencing Manis? Jangan Buat BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/08/2020 . 3 minit bacaan
    turun berat badan

    Pssttt.. Rahsia Nak Turun Berat Badan Cuma Jaga Tidur Saja? Orang Nak Kurus Wajib Baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 24/06/2020 . 3 minit bacaan
    23-cara-nak-kurus

    Belum Pun Seminggu Raya, Tapi Badan Makin Kembang? Ikut 23 Cara Ini Kalau Nak Slim Kembali

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/05/2020 . 3 minit bacaan