Kelapa: Tumbuhan Terkenal Pelbagai Guna dan Kesan Sampingannya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 8 minit bacaan
Share now

Pokok kelapa adalah spesies pokok sawit yang dikenali dengan nama Cocos nucifera. Ia tumbuh dengan ketinggian sehingga kira-kira 30 meter dan ditanam secara meluas di kawasan beriklim tropika. Ia adalah salah satu daripada kira-kira 2,600 spesies dalam keluarga sawit Arecaceae dan ia juga adalah satu-satunya spesies yang masih ada dalam genus Cocos.

Istilah kelapa merujuk secara spesifik kepada buahnya, yang terdiri daripada sekam berserat (mesocarp) yang mempunyai biji yang besar didalamnya. Ia juga merujuk kepada biji kelapa dengan selaput sabut buah yang berwarna hijau, dan juga isi atau daging buah tersebut yang berwarna putih (endosperm) yang mengelilingi bahagian dalam biji buah tersebut. Bahagian tengah biji kelapa yang berongga turut mempunyai kandungan air yang agak jernih yang mempunyai rasanya yang tersendiri dan konsistensinya adalah sedikit pekat berbanding air biasa.

Terdapat banyak pendapat yang diutarakan mengenai asal pokok kelapa, termasuklah kawasan Asia Selatan, barat laut Amerika Selatan, New Zealand, dan India. Ia tumbuh atau bercambah dengan mudah dan pesat di kawasan berpasir seperti di tepi pantai terutamanya di kawasan yang mempunyai iklim tropika.

Kini, kelapa bukan sahaja ditanam untuk kegunaannya dalam bidang masakan atau kulinari, tetapi ia juga ditanam untuk tujuan hiasan landskap selain kegunaan lainnya yang bukan untuk tujuan masakan. Hampir setiap bahagian pokoknya mempunyai banyak kegunaan kepada kehidupan manusia. Contohnya, bahagian isinya boleh dimakan; air kelapa pula diminum sebagai salah satu sumber minuman berkhasiat; sisa hampas isi buahnya hasil daripada pengeluaran santan digunakan sebagai makanan haiwan ternakan; tunas apikal atau umbut pohonnya boleh dimakan; nektarnya digunakan untuk membuat minuman. Selain itu, serat dari sabutnya digunakan untuk membuat tali, berus, dan barangan lain; daun digunakan untuk membuat bakul dan atap bumbung; kayu kelapa digunakan dalam pembuatan perabot dan sektor pembinaan; dan batangnya digunakan untuk membuat gendang, bekas, titian dan bot kecil.

Khasiat air kelapa

kelapa

Air kelapa adalah rendah kalori dan secara semula jadinya bebas daripada lemak dan kolesterol. Ia turut mempunyai kandungan kalium yang lebih banyak berbanding daripada empat biji pisang dan ia sangat menghidratkan tubuh badan individu yang meminumnya. Ia mempunyai kandungan karbohidrat dalam bentuk gula dan elektrolit yang mudah dicerna. Ia mempunyai kalori yang rendah, kurang kandungan garam, dan kaya dengan kandungan kalium yang ternyata lebih tinggi berbanding daripada minuman sukan. 

  • Kurang kandungan gula

Air kelapa mempunyai kurang gula berbanding daripada kebanyakan minuman sukan, soda dan beberapa jus buah. Air daripada buahnya boleh menjadi pilihan yang lebih baik untuk orang dewasa dan anak-anak yang mencari minuman yang kurang manis.

  • Baik untuk atlet

Air kelapa mungkin bertindak lebih baik dalam menggantikan cairan yang hilang dalam tubuh badan berbanding daripada minuman sukan atau air biasa. Satu kajian yang telah diterbitkan dalam jurnal Medicine & Science in Sports & Exercise telah menunjukkan bahawa air kelapa menggantikan semula cecair badan sepertimana minuman sukan dan ia bertindak lebih baik daripada air biasa. Walau bagaimanapun, atlet lebih menggemari rasa minuman sukan berbanding air kelapa

Ahli nutrisi sukan, Nancy Clark yang juga merupakan pengarang Nancy Clark’s Sports Nutrition Guidebook, menyatakan bahawa air kelapa tidak akan rehidrasi semula tubuh badan melainkan jika anda boleh meminumnya dengan banyak. Sekiranya anda menikmati rasanya dan boleh meminumnya dengan jumlah yang banyak, ia dapat membantu anda terhidrasi.

Satu kajian pada tahun 2007 menunjukkan air buahnya yang dipertingkatkan dengan sodium adalah sama baik sepertimana meminum minuman sukan komersil untuk rehidrasi selepas latihan dengan toleransi cecair yang lebih baik. Satu lagi kajian melaporkan bahawa air buahnya menyebabkan kurang loya, kenyang, dan sakit perut dan lebih mudah diambil dalam jumlah yang banyak semasa rehidrasi.

Adakah dengan meminum air kelapa dengan banyak akan membahayakan diri anda?

Dalam satu kajian kes yang bertajuk “Death by Coconut,” yang diterbitkan dalam jurnal Circulation, Justin Hakimian, MD, dan rakan-rakannya di Jabatan Kardiologi, New York Hospital Queens, menyatakan kes seorang lelaki berusia 42 tahun yang sebelumnya berada dalam keadaan yang sihat. Beliau kemudiannya mendapati dirinya mempunyai tahap kalium (potassium) yang tinggi yang menyebabkan beliau pengsan selain degupan jantung yang tidak normal selepas meminum sejumlah besar air kelapa. Lelaki tersebut telah bermain tenis di luar rumah sepanjang hari dalam suhu melebihi 32 ° C. Dia melaporkan telah meminum sejumlah lapan botol air kelapa dengan kandungan sebanyak 325 ml bagi setiap botol. Selepas itu, dia mengadu bahawa dia berasa lemah dan pening dan dibawa ke jabatan kecemasan oleh ambulans. Beliau mengalami kecelaruan selain mempunyai tekanan darah dan denyutan jantung yang sangat rendah.

Lelaki ini mengalami tanda-tanda klasik bahawa beliau mempunyai terlalu banyak kalium dalam darah. Badan memerlukan keseimbangan kalium yang halus untuk membantu jantung dan otot-otot yang lain berfungsi dengan baik.

Kadar kalium yang tinggi (hyperkalemia) adalah penyebab biasa perubahan degupan jantung yang mengancam nyawa, termasuklah fibrilasi ventrikular, iaitu keadaan kecemasan di mana bahagian bawah jantung mengalir dengan cepat dan bukannya mengepam darah. Sekiranya paras kalium yang sangat tinggi dalam darah kekal tidak dirawat, jantung boleh berhenti berdenyut yang akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Sesiapa yang mempunyai keadaan jantung atau penyakit buah pinggang perlu mengelak daripada meminum air kelapa secara berlebihan. Berbincanglah dengan doktor mengenai berapa banyak jumlah kalium yang selamat diambil.

Manfaat kesihatan isi kelapa

kelapa

Boleh meningkatkan kesihatan jantung

Isi kelapa mengandungi minyak kelapa, yang boleh meningkatkan kolesterol HDL (baik) dan mengurangkan kolesterol LDL (buruk). Penambahbaikan dalam hal ini boleh mengurangkan risiko penyakit jantung anda.

Satu kajian selama 4 minggu telah memberikan seramai 91 individu dengan 1.6 auns (50 ml) sama ada minyak kelapa dara, minyak zaitun dara, atau mentega tanpa garam setiap hari. Mereka yang berada dalam kumpulan minyak kelapa dara menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kolesterol HDL (baik), berbanding dengan kumpulan yang diberikan mentega atau minyak zaitun.

Kajian selama 8 minggu dalam kalangan 35 individu dewasa yang sihat juga menunjukkan hasil yang sama. Kajian mendapati bahawa 1 sudu makan (15 ml) minyak kelapa yang diambil dua kali sehari membawa kepada peningkatan yang ketara dalam kolesterol HDL, berbanding dengan kumpulan kawalan.

Satu lagi kajian selama 8 minggu menunjukkan bahawa individu yang memakan 7 ounces (200 gram) bubur yang dibuat dengan santan mempunyai penurunan ketara dalam kolesterol LDL (buruk) dan peningkatan kolesterol HDL (baik) berbanding dengan mereka yang memakan bubur yang dibuat dengan susu soya.

Boleh menyokong penurunan berat badan

Kajian menunjukkan bahawa trigliserida rantaian sederhana (MCT) dalam buah ini boleh menggalakkan perasaan kenyang, pembakaran kalori, dan pembakaran lemak, yang semuanya menyokong penurunan berat badan. Selain itu, kandungan isi buahnya yang tinggi dengan serat dapat memberikan perasaan kenyang, yang boleh membantu mencegah pemakanan secara berlebihan.

Satu kajian yang dijalankan selama 90 hari terhadap 8 individu dewasa mendapati bahawa dengan menambah diet standard dengan 1.3 cawan (100 gram) buahnya yang segar setiap hari boleh menyebabkan penurunan berat badan yang ketara, berbanding dengan jumlah yang sama bagi kacang atau minyak kacang tanah.

Walau bagaimanapun, kajian ini menggunakan sejumlah besar kelapa dan minyak MCT, jadi tidak jelas jika dengan memakan jumlah isi kelapa yang lebih kecil akan mempunyai kesan yang sama.

Boleh membantu kesihatan penghadaman

Kelapa tinggi dengan kandungan serat, yang membantu meningkatkan jumlah najis dan menyokong fungsi usus, yang menjadikan sistem pencernaan anda kekal sihat. Oleh kerana buah ini juga tinggi dengan kandungan lemak, ia dapat membantu tubuh anda menyerap nutrien yang larut lemak, termasuklah vitamin A, D, E, dan K.

Selain itu, MCT dalam isi buahnya telah ditunjukkan untuk menguatkan bakteria usus anda, yang boleh melindungi anda daripada keradangan dan keadaan kesihatan lain seperti sindrom metabolik. Tambahan lagi, minyak buah ini boleh mengurangkan pertumbuhan yis berbahaya, seperti Candida albicans, yang boleh menyebabkan jangkitan yang serius.

Faedah lain isi kelapa

  • Boleh menstabilkan gula darah. Buah ini boleh menurunkan gula darah dan mengubah bakteria usus anda untuk membantu mengawal gula darah.
  • Boleh meningkatkan imuniti. Mangan dan antioksidan dalam kelapa boleh membantu meningkatkan sistem imun anda dan mengurangkan keradangan. MCT buah ini mungkin juga mempunyai antivirus, antikulat, dan sifat-sifat penekan tumor.
  • Boleh memberi manfaat kepada otak anda. MCT dalam minyak kelapa memberikan sumber bahan bakar alternatif kepada glukosa, yang dapat membantu individu yang mengalami gangguan otak atau fungsi otak, seperti penyakit Alzheimer.

Faedah minyak kelapa

kelapa

Minyak kelapa telahpun wujud beratus-ratus tahun yang lalu dan sekarang ia masih salah satu ubat semulajadi yang paling banyak digunakan seluruh dunia. Manfaatnya meliputi pelbagai kegunaan daripada memasak, rawatan kecantikan kepada ubat-ubatan. Berikut adalah 11 faedah yang boleh anda dapati daripada minyak kelapa:

  • Menanggalkan solekan

Minyak kelapa adalah baik untuk kulit, fungsinya sebagai penghilang solekan sebenarnya membantu lebih daripada apa yang anda fikir. Hanya dengan satu sudu teh minyak kelapa atau mungkin kurang akan membersihkan solekan anda dengan mudah. Minyak buah ini tidak menyebabkan kerengsaan mata, oleh itu adalah lebih senang untuk membersihkan solekan mata anda.

  • Pelembap bibir

Bibir kering cukup tidak selesa. Pelembap bibir kosmetik tidak begitu baik untuk kesihatan kerana ia adalah buatan manusia dengan kandungan bahan-bahan kimia yang mungkin boleh merengsakan kulit. Penggunaan melalui kaedah alam semula jadi semestinya pilihan yang lebih baik. Minyak kelapa boleh digunakan sebagai salap bibir untuk kesan penyembuhan. Ia juga selamat untuk digunakan disebabkan oleh sifat semula jadi.

  • Penjagaan kulit

Terdapat pelbagai pilihan losyen, krim dan barangan kosmetik lain yang boleh diletakkan di atas kulit anda untuk kesan yang diingini. Walau bagaimanapun, ia berkemungkinan mengandungi bahan kimia berbahaya dengan jumlah yang banyak yang memberi kesan sampingan. Minyak buah ini merupakan alternatif yang baik untuk masalah ini. Dengan berat molekul yang rendah, minyak buah ini boleh diserap dengan mudah sekali gus membantu meningkatkan tahap sel kulit. Asid dalam minyak buah ini baik untuk mengurangkan keradangan dan dehidrasi. Anda boleh mencuba produk penjagaan kulit mengikut cara anda, daripada pencuci muka, pencuci tangan atau sabun mandian berasaskan minyak kelapa. 

  • Penjagaan rambut

Kesan biasa menggunakan minyak kelapa adalah dapat mengurangkan kelemumur – iaitu keadaan kulit yang menjadikan kulit kepala anda menanggalkan kepingan putih ke seluruh bahu anda lebih cepat daripada biasanya. Manfaat lain minyak buah ini ialah ia berfungsi sebagai perapi. Ia membantu rambut yang rosak dan menjadikannya kelihatan berkilat kembali,

  • Penyakit jantung

Bertentangan dengan mitos popular bahawa minyak kelapa tidak baik untuk jantung, mitos tersebut sebaliknya adalah salah. Dengan kandungan 50% asid laurik, minyak buah ini memperbaiki keadaan jantung dengan menghalang kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi. Ia juga melindungi arteri daripada kecederaan kecil. Walau bagaimanapun, penggunaan yang kerap tidak disyorkan oleh doktor. Oleh itu, satu atau setengah sudu teh minyak buah ini setiap hari adalah mencukupi.

  • Penurunan berat badan

Ini mungkin kedengaran pelik, tetapi asid lemak dalam minyak buah ini membantu menentang lemak yang membuatkan berat badan bertambah. Individu yang menggunakan minyak kelapa setiap hari mempunyai selera makan yang lebih baik; oleh itu,mereka tidak merasa perlu mengidamkan makanan atau makan secara berlebihan. Minyak buah ini juga memudahkan tubuh untuk mencerna makanan dan meningkatkan kadar metabolisme badan.

  • Imuniti

Dengan pelbagai asid dan bahan-bahan lain yang berguna, minyak kelapa boleh berfungsi sebagai penggalak imuniti. Ia berkaitan dengan bakteria yang menyebabkan herpes, influenza dan cytomegalovirus.

  • Penghadaman

Masalah perut dan masalah penghadaman dapat dihalang dengan menggunakan minyak buah ini. Ia membantu memperbaiki sistem penghadaman, melindungi perut daripada pelbagai kulat, parasit dan bakteria berbahaya, dan meningkatkan penyerapan vitamin, mineral dan nutrien lain.

  • Penyembuhan dan jangkitan

Individu yang cedera mungkin ingin menyapu minyak kelapa di kawasan yang cedera disebabkan oleh kesan perlindungannya yang luar biasa. Minyak buah ini membentuk penghalang yang menyebabkan bakteria, debu atau entiti berbahaya yang lain memasuki badan. Ia juga mempercepat proses penyembuhan kulit yang rosak.

  • Membantu tidur dengan lebih mudah

Mengurut dengan minyak kelapa membantu mengurangkan keresahan dan oleh itu, anda boleh mendapatkan tidur yang cukup selesa dan baik.

Keburukan kelapa yang mungkin terjadi

kelapa

Walaupun kita mengetahui mengenai manfaat buah kelapa, ia turut mengandungi sejumlah besar lemak tepu. Satu kajian yang dijalankan terhadap lebih daripada 115,000 individu dewasa yang sihat mendapati bahawa pengambilan lemak tepu yang tinggi dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung.

Walaupun kesan lemak tepu pada penyakit jantung masih diperdebatkan, kajian menunjukkan bahawa menggantikan lemak tepu dengan lemak tidak tepu mungkin menurunkan risiko penyakit jantung. Sesetengah saintis berpendapat bahawa walaupun buah ini kelihatan tidak merosakkan kesihatan jantung, kebanyakan individu tidak mengambilnya dengan cukup untuk mengalami atau menentukan sebarang kesan negatif, terutama pada diet penduduk di negara-negara Barat.

Memandangkan buah ini juga mungkin mempunyai kesan positif pada jantung anda, lebih banyak penyelidikan perlu dijalankan terhadap isi buah ini dan kesihatan jantung jangka panjang.

Isi kelapa diketahui mengandungi kalori yang tinggi. Makan isi buah ini secara berlebihan boleh membawa kepada kenaikan berat badan yang tidak diingini jika anda tidak mengawal pengambilannya terlebih dahulu. Sesetengah individu boleh bertindak balas dengan teruk kepada kelapa. Namun, alahan terhadap buah ini jarang sekali berlaku dan tidak dikaitkan dengan alahan lain seperti alahan terhadap kekacang.

Kelapa merupakan bahan makanan dan juga buah bernutrisi yang murah bagi anda mendapatkan sumber vitamin dan kalium. Kelapa rendah dengan kandungan kalori tetapi masih tinggi dengan kandungan vitamin terutamanya kalium. Kalium yang diperolehi daripada buah kelapa adalah lebih tinggi berbanding buah pisang. Tetapi perlu diingatkan bahawa anda perlu mengawal pengambilan buah ini samada air buahnya atau isi buah ini untuk mengelakkan pengambilan secara keterlaluan yang mungkin boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Selamat Ke Guna Pelincir Semula Jadi Bila Bersetubuh? Nak Tahu, Baca Ini Dulu

    Nak guna baby oil sebagai pelincir seks ketika melakukan hubungan intim? Apa kata anda baca artikel ini dahulu, ada pelincir semula jadi bahaya digunakan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 11/06/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Masalah Ekzema Yang Pedih? 5 Bahan Rawatan Ekzema Di Rumah Ini Boleh Bantu Atasinya!

    Selalu rasa gatal disebabkan masalah keradangan kulit? Ini 5 bahan yang anda perlukan sebagai rawatan rumah untuk ekzema. Selamat mencuba!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 28/03/2019 . 3 minit bacaan

    Rasa Pedih Ketika Bersama? Mungkin Faraj Anda Alami Kekeringan. Jom Cuba 7 Cara Ini Untuk Atasinya!

    Miss V rasa pedih ketika melakukan seks? Mungkin kerana masalah vaginal dryness. Apa kata anda cuba 7 cara mengatasi kekeringan faraj ini. Pasti berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 19/02/2019 . 2 minit bacaan

    4 Sumber Terbaik Untuk Anda Dapatkan Lemak Sihat

    Tidak semua jenis lemak adalah jenis lemak jahat. Ada juga kategori jenis lemak baik atau lemak sihat yang bagus untuk anda. Apakah contohnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 20/06/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penjagaan muka

    MENGEJUTKAN! Madu, Minyak Kelapa- Ini Antara 7 Bahan Yang TIDAK BOLEH Disapu Pada Muka

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/08/2020 . 3 minit bacaan
    kulit berjerawat pakai makeup

    Pakai Makeup Bagi Kulit Berjerawat, Boleh Ke? Bagaimana Pula Kalau Berkongsi Alat Solek?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 19/08/2020 . 3 minit bacaan
    minyak kelapa

    Minyak Kelapa Dara dan Kehamilan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 8 minit bacaan

    Guna Minyak Kelapa Untuk Rawat Mati Pucuk? JANGAN Buat Dulu, Baca Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 minit bacaan