“Bulu Badan Banyak Sebab Hormon Tinggi Lah Ni”. Betul Ke Tak?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

“Akim, banyaknya bulu kat tangan dengan kaki kau. Dah macam bigfoot…”, sapa Ajai pada Akim dengan usikannya.

“Ni sebab hormon kot. Tu banyak bulu kat badan aku. Kau nak ke? Amiklah sikit kat badan aku ni”, balas Akim pula.

Ha, sekejap. Betul ke bulu badan banyak sebab hormon? Fakta atau sekadar mitos? Ikuti jawapan di bawah mengenai bulu badan Akim. 

Hormon penyebab bulu

Benar. Antara faktor utama yang menyebabkan seseorang individu itu memiliki jumlah bulu yang lebih banyak daripada orang lain adalah kerana hormon. Hormon yang disebut sebagai androgen inilah menjadi sebab bulu-bulu badan anda tumbuh. Doktor merujuk kepada androgen sebagai satu hormon lelaki, walaupun kedua-dua lelaki dan perempuan menghasilkan androgen dalam tubuh. 

Apabila seseorang individu menghasilkan terlalu banyak androgen dalam tubuh, ia akan menyebabkan pertumbuhan lebih banyak bulu badan daripada biasa. Beberapa keadaan kesihatan boleh menyebabkan tubuh badan menghasilkan lebih banyak androgen daripada biasa. 

Bulu berlebihan dalam kalangan wanita

Sindrom ovarium polikistik atau PCOS adalah penyebab utama bulu badan berlebihan yang berlaku dalam kalangan wanita. PCOS adalah satu keadaan ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan tubuh badan menghasilkan terlalu banyak androgen, seterusnya menambahkan bilangan bulu badan. 

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal American Family Physician pada tahun 2012, PCOS telah menyebabkan 72% hingga 82% kes hirsutism dalam kalangan wanita. Apa itu hirsutism? Hirsutism adalah pertumbuhan bulu atau rerambut yang tidak normal pada wajah dan tubuh seseorang, terutama pada wanita. 

Walaupun begitu, terdapat juga faktor-faktor kecil lain yang boleh menyebabkan pertumbuhan bulu secara berlebihan dalam kalangan wanita antaranya hiperplasia adrenal kongenital, tumor, ubat-ubatan, tiroid dan hyperprolactinemia

Jika bimbangkan tubuh anda yang ditumbuhi bulu berlebihan, dapatkan konsultasi daripada doktor.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ingin Cegah Masalah Tulang Rapuh? Caranya, Manfaatkan Hormon Cinta Dalam Tubuh Anda

    Tahukah anda kajian saintifik telah membuktikan keberkesanan hormon oksitosin dalam mencegah masalah tulang rapuh (osteoporosis)? Menurutnya....

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Penyakit Muskuloskeletal, Pusat Kesihatan 22/09/2020 . 3 minit bacaan

    Benarkah Beronani Akan Turunkan Tahap Testosteron Lelaki? Ia Mungkin Ada Kaitan!

    Ada satu kepercayaan di mana lelaki melancap atau beronani akan turunkan kadar hormon testosteron dalam tubuh badan mereka. Benarkah? Jom ikuti artikel!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 17/08/2020 . 3 minit bacaan

    Rimas Dengan Bulu Kemaluan? Jangan Cukur Dulu, Ada Manfaatnya Pada Kesihatan

    Pernah terfikir kenapa anda ada bulu kemaluan? Macam tiada fungsi saja, bukan? Namun sebenarnya, rambut pada bahagian sulit ada manfaat kesihatan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Fakta Menarik, Gaya Hidup Sihat 16/06/2020 . 3 minit bacaan

    Jika Hormon Ini Kurang, Kaum Adam Bakal Dapat 5 Masalah, Termasuk Tumbuh Payudara!

    Hormon testosteron penting buat kaum lelaki. Jika rendah, ia boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah fisiologi termasuklah sukar untuk alami ereksi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 09/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sistem imun lemah

    FAKTA! Lelaki Lebih Mudah Jatuh Sakit Daripada Wanita, Puncanya Hormon Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan
    mitos haid wanita

    Jangan Mandi Semasa Datang Bulan Sebab Boleh Mandul, Usah Tertipu Dengan Mitos Haid Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 23/11/2020 . 3 minit bacaan
    hormon tak seimbang

    Wanita Selalu Dikaitkan Dengan Hormon Tidak Seimbang, Apa Punca Sekejap Marah, Sekejap Sedih?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 03/11/2020 . 3 minit bacaan
    bulu hidung

    Nak Cabut Bulu Hidung Jangan Terus Tarik Saja, BAHAYA! Ada Kaedah Lebih Selamat, Cuba Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan