Sebenarnya, tak pelik pun jika ada individu yang ingin tahu cara nak tinggi.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Sebenarnya, tak pelik pun jika ada individu yang ingin tahu cara nak tinggi.
Ada yang rasa mereka terlalu tinggi.
Ada pula rasa mereka terlalu rendah.
Ketinggian biasanya dipengaruhi oleh gen keluarga, termasuk gaya hidup dan persekitaran kehidupan yang dijalani.
Dalam kebanyakan kes, anda tidak boleh mengubah ketinggian anda atau tidak terdapat cara nak tinggi apabila anda telah dewasa.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan kecergasan, anda boleh klik di sini.
Ketinggian bergantung pada gen yang mereka warisi daripada ibu bapa mereka selain kesihatan umum dan nutrisi mereka selama tempoh pertumbuhan mereka.
Kanak-kanak dengan ibu bapa yang rendah lebih cenderung pendek berbanding kanak-kanak dengan ibu bapa yang tinggi.
Sebenarnya, terdapat pelbagai variasi dalam hal ini; adik beradik lelaki dan perempuan dengan ibu bapa yang sama berkemungkinan tidak akan mempunyai ketinggian yang sama.
Ibu bapa pula secara kebetulan, boleh mempunyai anak dengan ketinggian atau kerendahan yang tidak disangka yang mana ia berkaitan dengan ahli keluarga yang lain.
Penyakit atau pemakanan yang kurang bernutrisi pada masa kanak-kanak, dilahirkan kecil atau pramatang semasa dilahirkan mungkin bermakna kanak-kanak tersebut tidak mencapai potensi penuh bagi ketinggian dewasa mereka.
Julat ketinggian normal boleh berbeza di antara benua, kaum atau kumpulan etnik.
Oleh itu, ketinggian seseorang yang ditentukan secara perubatan atau sosial sebagai ‘pendek’ atau ‘tinggi’ boleh berbeza bergantung di mana mereka menetap atau latar belakang etnik mereka.
Masalah perubatan yang menjejaskan pertumbuhan adalah faktor yang paling kerap terjadi jika kanak-kanak membesar lebih perlahan atau lebih cepat berbanding daripada apa yang dijangka.
Punca bagi kanak-kanak yang melalui proses tumbesaran terlalu perlahan termasuklah:
Hampir setiap individu yang sangat tinggi adalah normal dan tidak mempunyai masalah perubatan.
Sindrom Marfan dan Sindrom Klinefelter boleh menyebabkan pertumbuhan yang sangat tinggi, dan kelenjar pituitari yang sangat jarang berlaku menghasilkan terlalu banyak hormon pertumbuhan boleh mengakibatkan pertumbuhan yang sangat cepat (gigantisme).
Tiada kaedah yang boleh meningkatkan ketinggian anda. Dalam bahasa mudah faham, tiada kaedah untuk anda mencuba cara nak tinggi apabila sudah cukup usia dewasa.
Walaupun tiada apa yang dapat dilakukan untuk meningkatkan ketinggian seseorang selepas plat pertumbuhan di tulang telah ditutup, namun terdapat cara untuk anda kelihatan lebih tinggi.
Antaranya adalah dengan:
Berdiri dan duduk dengan postur yang baik bukan sahaja menjadikan seseorang kelihatan lebih tinggi, tetapi ia membantu menghalang sakit kepala dan sakit belakang yang sering terjadi jika anda membongkok.
Untuk berdiri dengan postur yang baik, seseorang individu perlu mengikut tip berikut:
Bahagian tengah tubuh badan yang kuat boleh membantu individu mengekalkan postur yang baik dan kelihatan lebih tinggi.
Otot teras adalah otot-otot di bahagian abdomen dan di sepanjang tulang belakang.
Otot ini membantu menyokong tulang belakang.
Apabila otot-otot ini terlalu lemah, tulang belakang tidak disokong dengan betul dan boleh menyebabkan ia dimampatkan.
Ia juga boleh menyebabkan pembongkokan.
Untuk mendapatkan otot teras yang kuat, seseorang individu boleh mencuba latihan berikut:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen