Berat Badan Turun 50 kg? Biar Betul!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Nampak mudah namun susah. Demikianlah kata-kata yang dapat menggambarkan betapa sukarnya untuk rakyat Malaysia mengawal berat badan bagi mencapai nilai ideal. Sama ada anda hilang 1 atau 10 kg dalam tempoh masa tertentu, ia boleh dipengaruhi oleh banyak faktor. Namun tidak dapat disangkal lagi bahawa buat sesetengah individu, berat badan sangat sukar untuk dikawal. Jika anda merupakan salah seorang daripadanya, ikuti artikel ini untuk mengetahui bagaimana cara untuk turun 50 kg!

Malaysia, negara tergemuk di Asia Tenggara

Semenjak 3 dekad yang lalu, Malaysia merupakan negara di kedudukan pertama pada carta Asia Tenggara dalam konteks bilangan penduduk tertinggi dengan masalah obesiti. Menurut Prof. Madya Dr. Norlaila Mustafa, Pakar Perunding Perubatan & Endokrinologi, 7 daripada 10 rakyat Malaysia tidak mempunyai berat badan yang normal. Tambahnya lagi, masalah ini boleh menjadi rumit memandangkan ia boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti faktor genetik dan hormon, menyukarkan proses penurunan berat badan melalui pemakanan yang seimbang dan senaman yang kerap.

Obesiti adalah merupakan penyakit kronik berkaitan dengan pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan. Takrifan obesiti tidak boleh dikaitkan dengan jisim berat badan (BMI) semata-mata kerana dua individu yang mempunyai BMI yang sama boleh mempunyai kapasiti lemak badan yang berbeza. Walau bagaimanapun, BMI dapat membantu mengesan kadar kenaikan berat badan mendadak dalam usaha untuk menghindari obesiti. Terdapat beberapa cara lain yang lebih efektif dalam mengesan obesiti selain BMI seperti nisbah ukur lilit pinggang dan pinggul serta peratusan lemak badan.

Obesiti perlu dibendung kerana ia merupakan satu penyakit yang berpotensi untuk meningkatkan perbelanjaan negara dalam merawat lebih daripada 40 penyakit lain yang berkaitan dengannya seperti kencing manis (diabetes mellitus), darah tinggi, penyakit jantung dan beberapa jenis kanser.

Pembedahan bariatrik; Permulaan baharu buat penghidap obesiti?

Pembedahan bariatrik adalah merupakan kaedah penurunan berat badan yang semakin menjadi pilihan pada masa kini. Ia bukan hanya bertujuan untuk membantu pesakit menurunkan berat badan, malah meningkatkan kualiti hidup dan menghindari penyakit kronik dalam jangka masa panjang.

berat badan

Terdapat pelbagai jenis pembedahan bariatrik yang dapat membantu pesakit obesiti dalam misi untuk menurunkan berat badan. Sleeve gastrectomy, gastric bypass dan band gastrik boleh laras adalah merupakan di antara prosedur yang kebiasaannya dikendalikan oleh pakar bedah bariatrik. Pemilihan prosedur bergantung kepada beberapa faktor seperti BMI, tahap kepatuhan pesakit terhadap pemakanan selepas pembedahan dan penyakit sedia ada.  Matlamatnya adalah untuk mencapai beberapa kesan positif seperti membuatkan anda berasa cepat kenyang, meningkatkan metabolisma badan dan mengurangkan hormon lapar (ghrelin).

Jadi, adakah pembedahan bariatrik ini selamat? Setiap jenis pembedahan ada komplikasinya. Namun menurut Dr. Mustafa Mohammed Taher, Pakar Perunding Pembedahan dan Bariatrik, tahap keselamatan pembedahan bariatrik adalah lebih kurang sama dengan pembedahan buang hempedu (cholecystectomy) dan pembedahan buang appendiks (appendicectomy). Kesan sampingan seperti pelepasan gastrik pesat (rapid gastric clearance) kebiasaannya dialami oleh cuma sebahagian kecil pesakit yang menjalani pembedahan bariatrik. Walau bagaimanapun, ia boleh diatasi dengan perubahan gaya pemakanan.

Komitmen dalam penurunan berat badan

Komitmen merupakan perkara yang sangat penting dalam memastikan keberkesanan rawatan untuk pesakit obesiti. Menurut satu kajian yang dijalankan pada tahun 2018 oleh Menke, 95 peratus pesakit obesiti yang berjaya menurunkan berat badan melalui program khas akan mengalami kenaikan berat badan semula dalam tempoh 2 hingga 5 tahun. Situasi ini perlu dielakkan kerana tujuan intervensi bagi merawat obesiti adalah untuk mencapai kualiti hidup yang optimum dalam jangka masa panjang.

Kepentingan komitmen ini juga ditekankan oleh Dr. Mustafa ketika berucap pada sidang media kempen “Reclaim Life with Bariatric Surgery” di Hotel Sheraton, Petaling Jaya. Ujarnya, “Kebiasaannya, pesakit obesiti yang menjalani pembedahan bariatrik akan mengalami penurunan kira-kira 50 ke 80 peratus daripada jumlah berat badan berlebihan dalam tempoh satu tahun, namun ia tidak akan mencapai berat badan ideal. Selebihnya bergantung kepada komitmen pesakit.”

Berjaya menurunkan 50 kg!

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah salah seorang bekas pesakit obesiti yang telah menjalani pembedahan bariatrik iaitu Profesor Chef Zamzani Abdul Wahab. Beliau berucap dalam sesi perkongsian pengalaman dan menyenaraikan beberapa dilema sebagai seorang yang pernah mempunyai masalah obesiti. Bagi beliau, kesediaan pesakit untuk berubah ke arah yang lebih baik adalah faktor yang paling penting dalam menjamin kejayaan penurunan berat badan ke arah yang lebih sihat. Faktor tersebut akan menentukan tahap kepatuhan pesakit terhadap pantang larang pemakanan yang akan dinasihatkan oleh doktor selepas pembedahan.

Sebelum menjalani pembedahan, berat badan beliau pernah mencecah 136 kg dan beliau menghidapi masalah darah tinggi, masalah kolesterol dan sistem pertahanan tubuh yang lemah. Namun selepas menjalani prosedur gastric bypass, beliau berjaya menurunkan berat badan kepada 80 kg dan berasa lebih sihat berbanding dengan sebelum pembedahan.

berat badan
Sesi forum sidang media “Reclaim Life with Bariatric Surgery”. Dari kiri, Prof. Madya Dr. Norlaila Mustafa, Dr. Mustafa Mohammed Taher dan Profesor Chef Zamzani Abdul Wahab.

Kempen Reclaim Life with Bariatric Surgery ini telah dianjurkan pada 2 Oktober 2019 dengan jayanya oleh Ethicon, Johnson & Johnson bertempat di Hotel Sheraton, Petaling Jaya. Dengan menggunakan slogan tanda pagar #myliferenewed, ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum berkenaan dengan bahayanya obesiti dan kaedah pembedahan yang dapat merawat obesiti. Kempen ini dilaksanakan bersempena dengan Hari Obesiti Sedunia pada 11 Oktober 2019. Ia turut dihadiri oleh Pengarah Kumpulan Pembedahan Global, Johnson & Johnson Malaysia, Christopher Henry.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Rasa MALAS Melakukan Aktiviti Fizikal? Cuba Elakkan 5 Perkara Ini Jika Mahu RAJIN Bersenam

    Mematuhi jadual aktiviti fizikal tidaklah mudah. Cuba pertimbangkan 5 cara mengatasi malas bersenam ini. Mungkin anda akan rajin bersenam selepas ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 08/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Hamil Selalu Ada Masalah Sakit Punggung? Jom Cuba 11 Cara Ini Untuk Atasinya

    Adakah ia sesuatu yang normal untuk wanita mengandung mengalami masalah sakit punggung ketika hamil? Ikuti penjelasannya dalam perkongsian artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 02/10/2020 . 3 minit bacaan

    Seronoknya Dengar Tip Kembali Langsing Lepas Bersalin, Hanya Menyusukan Bayi, TAPI Benarkah?

    Penyusuan susu ibu berikan banyak faedah untuk ibu. Ini termasuk potensi menurunkan berat badan dengan lebih cepat setelah melahirkan anak. Tapi betul ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penyusuan Badan 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    Susu Rendah Lemak Lebih Baik Daripada Susu Penuh Krim? SALAH! Ini Tak Sesuai Untuk Si Kecil

    Tahukah anda, kanak-kanak yang minum susu penuh krim kurang berpotensi mengalami obesiti berbanding kanak-kanak yang minum susu rendah lemak! Ini buktinya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 10/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jenis kanser perut

    Ketahui Jenis Dan Tahap Kanser Perut, Penentu Rawatan Yang Sesuai Dengan Barah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 6 minit bacaan
    kesan duduk terlalu lama

    Anda Suka Duduk Sepanjang Hari? Jangan Biasakan Diri, Amalan Ini Boleh Sebabkan Kanser!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    diet rendah karbohidrat

    Pemilik Darah O, Kalau Nak Turunkan Berat Badan Kena Ikut Diet Ini, Tapi Berkesan Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    pembedahan bariatrik

    Bukan Rawat Obesiti Saja, Pembedahan Bariatrik Juga Beri Manfaat Kepada Pesakit Diabetes!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 16/10/2020 . 4 minit bacaan