Sebelum Nak Cuba Pakai Bath Bomb, Ambil Tahu Dulu Bahananya Pada Kulit & Faraj!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pernah dengar tak tentang bath bomb atau sabun bom? Ia merupakan 1 kegilaan baharu.. Tapi tahu tak, bahan yang digunakan ketika mandi itu boleh mendatangkan kesan bahaya kepada diri.

Kegilaan baharu ketika mandi

Sabun bom mungkin bukan bahan popular yang digunakan ketika mandi di Malaysia. Ia masih sesuatu yang baharu.

Namun di luar negara, bom mandian yang dikenali sebagai bath bomb adalah bahan berbuih dan wangi sebagai tambahan untuk ‘memeriahkan’ waktu mandi, terutama dalam kalangan kanak-kanak.

Ia bukan sahaja boleh didapati pada harga yang murah, namun telah wujud cara penghasilan sabun mandian ini di saluran YouTube.

Bom mandian ini mungkin menyeronokkan bagi kanak-kanak dan individu dewasa. Pun begitu, adakah berendam di dalam tab bersama sabun bom ini selamat untuk kulit?

Apa itu sabun bom?

Bahan yang digunakan ketika mandi ini diperbuat menggunakan gabungan serbuk penaik (baking soda) dan asid sitrik.

Di dalam air, gabungan kedua-dua bahan tersebut akan bertindak balas untuk melepaskan gas karbon dioksida.

Tindak balas yang berlaku dikatakan tidak jauh bezanya apabila anda melarutkan tablet ubat di dalam air.

Ketika pelepasan gas berlaku, sabun mandian tersebut akan pecah dan mengeluarkan pewarna, pewangi dan bahan pelindung kulit seperti garam dan minyak.

Gabungan bahan-bahan itu menjadikan air dalam tab mandian berwarna dan mempunyai aroma wangi. 

Apabila bercampur dengan air, bahan-bahan tersebut umumnya akan meneutralkan satu sama lain.

Pun begitu, sabun mandian ini juga mungkin mengandungi bahan lain yang berpotensi membahayakan kulit, termasuklah:

  • Wangian – sama ada sintetik atau daripada minyak pati yang memberikan rasa dingin seperti berada di Gunung Fuji, Jepun. 
  • Pewarna – sama ada secara semula jadi atau buatan makmal, menjadikan tab mandian berubah warna
  • Bahan pengawet – untuk mengekalkan bentuk sabun bom stabil lebih lama
  • Bahan tambahan – seperti glitter, menjadikan saat ketika mandi lebih meriah namun berisiko menjadikan kulit melecet

bom mandian

Ini bermakna, bahan tambahan yang digunakan ketika mandi ini tidak 100% selamat. Ini terutamanya bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif. 

Malahan saiz sabun yang berbeza; besar atau kecil, tidak begitu penting kerana bath boom yang kecil boleh mempunyai sejumlah alergen yang lebih berbahaya. 

Tanda sabun bom tidak sesuai dengan kulit

Semua kulit adalah berbeza. Bagi sesetengah individu, penggunaan bom mandian ini adalah 1 perkara yang dianggap sebagai mewujudkan sensasi ketenangan sensual.

Namun, bagi yang lain, ia mungkin 1 resepi yang boleh menimbulkan ketidakselesaan. 

Antara tanda biasa menunjukkan bath bomb tidak sesuai dan menyebabkan kerengsaan pada kulit termasuklah:

  • Kemerahan
  • Gatal-gatal
  • Kulit berkuping (scaling)

Kebiasaannya, tanda-tanda tersebut akan muncul pada lipatan kulit seperti belakang lutut, di mana bahan berbahaya boleh melekat pada kulit.

Walau bagaimanapun, bagi mereka dengan kulit yang sensitif, tanda-tanda itu boleh muncul pada mana-mana bahagian kulit yang terendam di dalam tab ketika mandi. 

Bahayanya sabun bom pada faraj

Dan sekiranya sabun bom boleh menjejaskan permukaan kulit anda, bagaimana pula dengan bahagian bahan yang terendam di dalam air dengan pewarna dan glitter, seperti faraj?

Adakalanya, bahan tambahan yang digunakan seperti dalam bom mandian, malahan mandian buih turut boleh mempengaruhi keseimbangan pH badan.

Bagi wanita dan kanak-kanak perempuan, perubahan pada pH faraj dan sekitarnya boleh mengubah flora bakteria dan menyebabkan kerengsaan atau lebih teruk, jangkitan yis.

bath bomb ketika mandi

Bagi wanita yang pernah mengalami masalah berkaitan kerengsaan faraj, sebaiknya anda hanya mandi dengan pancuran air panas dan mandi menggunakan sabun biasa tanpa menggunakan ia di kawasan vagina atau vulva. 

Anda harus ingat bahawa bahagian sulit wanita mempunyai fungsi membersihkan diri sendiri, bermakna anda tidak perlu meruang atau melakukan sebarang proses pencucian faraj.

Perhatikan kesannya pada kulit

Bagi mereka yang alah kepada bahan-bahan dalam sabun bom, dinasihatkan untuk mengelakkan langsung penggunaan bahan mandian tersebut ketika mandi. 

Sekiranya anda mahu juga menggunakannya, carilah bath bomb tanpa pewangi, pewarna dan paling penting, elakkan glitter.

Jika anda menyukai sesuatu yang lain daripada lain dan tidak mempunyai sebarang isu berkaitan kerengsaan, pastikan anda menyemak kandungan bahan di dalam bom mandian dan mengujinya terlebih dahulu sebelum berendam di dalamnya.

Tidak tahu cara untuk menguji kesesuaian sabun mandian itu?

Caranya mudah. Sebelum anda berendam dalam mandian tersebut, gosokkan sabun tersebut pada bahagian pelipat siku. 

Tunggu sehingga 48 jam untuk memastikan tidak berlaku sebarang kerengsaan atau reaksi alahan

Jika tiada, maka anda selamat untuk menggunakan sabun bom itu. Selamat mencuba!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Suka Foreplay Guna Jari? JANGAN Lupa Buat 1 Benda Wajib Ini Sebelum Fingering!

Teknik rangsangan yang sering dilakukan sebelum hubungan seks adalah fingering. Tetapi Encik Suami sekalian, ada membasuh tangan ke tidak?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 17/03/2020 . 3 minit bacaan

Ruam Pada Kulit, Apakah Puncanya?

Ruam adalah perubahan ketara dalam tekstur atau warna kulit. Ruam pada kulit menjadikan kulit bengkak, kerengsaan, atau keradangan. Ia boleh membuatkan kulit anda bersisik, gatal, timbul benjolan seperti jerawat ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Mengenai Bakteria Vaginosis

Vaginosis bakteria adalah jangkitan ringan apabila keseimbangan normal bakteria dalam faraj berubah. Faraj adalah tempat perlindungan bagi mikro organisma yang baik dan berbahaya. Yang baik bertanggungjawab untuk ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Farah Aziz
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 09/01/2019 . 2 minit bacaan

Serbuk Penaik: Kecantikan, Kesihatan Dan Kebersihan

Serbuk penaik (baking soda), turut dikenali sebagai natrium bikarbonat adalah salah satu bahan yang digunakan dalam masakan kerana ia dapat membantu menaikkan doh. Namun, sebenarnya serbuk penaik ini mempunyai pelbagai ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 07/01/2019 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

cacar air

Anak Kena Chickenpox? Nah, Cuba Rawatan Semula Jadi Ini Di Rumah, Pasti Berkesan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan
meruang ketika hamil

Meruang Masa Mengandung, Boleh Ke? 5 Sebab Ini Akan Buat Anda Berfikir 2x Sebelum Lakukannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 01/09/2020 . 3 minit bacaan
jangkitan kulat

Lubang Dubur Rasa Gatal? Ini Mungkin Petanda Jangkitan Yis, Bukan Jadi Pada Faraj Dan Zakar Saja!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan
penjagaan muka

MENGEJUTKAN! Madu, Minyak Kelapa- Ini Antara 7 Bahan Yang TIDAK BOLEH Disapu Pada Muka

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 27/08/2020 . 3 minit bacaan