backup og meta

Jangan Pelik Jika Ada Stretch Mark Pada Bahu, Ia Boleh Muncul Di SEMUA Tempat! Ini Puncanya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 25/05/2021

    Jangan Pelik Jika Ada Stretch Mark Pada Bahu, Ia Boleh Muncul Di SEMUA Tempat! Ini Puncanya

    Kebiasaannya, kita pasti akan mengaitkan stretch mark dengan ibu yang baru lepas melahirkan anak atau orang yang baru lepas menguruskan badan.

    Ya, ia mungkin antara punca utama yang selalu kita dapat dengar atau lihat.

    Pun begitu, ketahuilah bahawa semua individu boleh mengalaminya.

    Lebih mengejutkan, stretch mark ini sebenarnya boleh muncul di mana-mana bahagian tubuh badan termasuklah pada bahu juga.

    Persoalannya, adakah ia normal dan apakah punca ia berlaku? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui tentangnya dengan lebih lanjut!

    Apa itu stretch mark?

    Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita tahu tentang perkara ini terlebih dahulu.

    Buat anda yang mungkin belum tahu, stretch mark (striae) atau tanda regangan adalah satu garis atau corak yang biasa muncul pada abdomen, dada, pinggang, punggung dan paha.

    Ia boleh muncul tanpa kita sedar dan juga boleh hilang dengan sendirinya mengikut peredaran masa.

    Tanda regangan ini tidak sakit atau bahaya terhadap kesihatan tubuh badan anda secara total namun akan menjejaskan kecantikan kulit.

    Disebabkan itu, telah wujud pelbagai kaedah rawatan untuk mengurangkan atau membuangnya seperti rawatan laser, sapuan krim, suntikan ubat dan lain-lain.

    Pun begitu, sila berjumpa dengan doktor terlebih dahulu sebelum kalian membuat keputusan untuk menjalani rawatan ini ya?

    Apa punca stretch mark?

    Seperti yang dinyatakan di atas, stretch mark seringkali dikaitkan dengan ibu yang baru lepas melahirkan anak atau orang yang baru lepas menguruskan badan.

    Sekiranya anda tidak tergolong dalam 2 kategori ini, jangan rasa kalian boleh terlepas atau terselamat kerana semua orang berisiko.

    stretch mark

    Ini kerana bukan faktor hamil atau gemuk yang menjadi pencetus keadaan ini sebaliknya adalah sejenis hormon yang dinamakan sebagai kortison.

    Untuk pengetahuan anda, hormon ini dihasilkan oleh kelenjar adrenal dan berfungsi melemahkan serat elastik pada kulit tubuh badan.

    Ada beberapa faktor risiko lain yang meningkatkan peluang kalian mengalami tanda regangan termasuklah:

    • Anda merupakan seorang wanita
    • Mempunyai sejarah keluarga yang mengalami stretch mark
    • Hamil terutamanya wanita muda
    • Berat badan berlebihan atau obesiti
    • Mengambil ubatan kortikosteroid
    • Menjalani pembedahan pembesaran payudara
    • Menghidapi sindrom Cushing, Marfan atau gangguan genetik yang lain

    Ia juga boleh muncul pada bahu?

    Seperti yang dikatakan pada awal artikel ini, stretch mark boleh muncul pada mana-mana bahagian tubuh badan terutamanya di abdomen, dada, pinggang, punggung dan paha.

    Persoalannya, adakah ia juga boleh muncul pada bahu? Jawapannya adalah ya!

    Ini kerana tanda regangan ini boleh berlaku akibat perubahan yang mendadak pada tubuh badan khususnya dalam aspek berat badan.

    Ini bermakna jika berlaku perubahan secara mendadak sama ada berat badan meningkat atau menurun, kalian adalah lebih berisiko.

    Ia disebabkan oleh kolagen – yang membantu kulit mengekalkan keanjalan, tidak mampu untuk menampung perubahan kulit yang meregang.

    Kesannya, ia akan meninggalkan kesan parut dan inilah yang dinamakan sebagai stretch mark.

    Samalah juga halnya dengan tanda regangan yang muncul pada bahu, ia berlaku akibat perubahan secara mendadak pada otot atau lemak dalam kulit bahu.

    Siapakah yang lebih berisiko tinggi? Mereka adalah golongan yang aktif dan kerap mengunjungi gimnasium untuk membina otot badan.

    stretch mark

    Bagaimana untuk mengelakkan stretch mark?

    Meskipun ia tidak mendatangkan rasa sakit atau bahaya kepada kesihatan anda, kewujudannya sangat buruk dan sudah pasti menjejaskan kesihatan kulit.

    Ia seterusnya akan menjejaskan kecantikan kulit dan menjejaskan emosi terutamanya buat anda yang memang berniat untuk mencantikkan tubuh badan.

    Jadi apa yang boleh dilakukan untuk mengelakkannya?

    #1. Kawal berat badan

    Sesuai dengan saranan doktor, jangan sesekali ambil steroid semata-mata untuk membesarkan tubuh badan anda.

    Ini kerana ia memang buat otot cepat naik namun menghentikan kemampuan kulit untuk bertindak balas dengan perubahan berat badan anda. Ini yang jadi punca stretch mark.

    #2. Makan dengan sihat

    Pengambilan diet yang sihat, seimbang dan bernutrisi boleh meningkatkan tahap kesihatan kulit anda.

    Oleh itu, masukkan makanan dan minuman yang kaya dengan zink, protein, antioksidan dan vitamin.

    #3. Pakai produk kulit

    Kulit tubuh badan seharusnya kekal lembap dan jangan biar ia selalu kering akibat cahaya matahari.

    Jadi sila guna produk kulit seperti losyen atau krim yang mengandungi vitamin A dan E.

    Sekiranya anda mempunyai persoalan mengenai apa itu stretch mark dan rawatan yang boleh dilakukan, segera rujuk doktor untuk konsultasi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 25/05/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan