backup og meta

Pemilihan Produk Kulit Kombinasi

Pemilihan Produk Kulit Kombinasi

Kulit kombinasi merujuk kepada jenis kulit yang mempunyai beberapa kawasan kering dan beberapa kawasan berminyak. Selalunya individu yang mempunyai kulit kombinasi: zon-T iaitu pada bahagian hidung, dagu dan dahi akan berminyak, manakala bahagian lain bersisik atau kering. Pemilihan produk kulit kombinasi boleh menjadi rumit. Berikut adalah beberapa panduan yang boleh digunakan untuk pemilihan produk penjagaan kulit semulajadi yang berkesan untuk kulit kombinasi anda:

Pencuci

Aspek paling penting dalam rutin penjagaan kulit adalah pembersihan. Elakkan memilih pencuci muka yang mengandungi bahan seperti SLS/SLES, triclosan, paraben dan wangian. Jika anda ingin untuk mendapatkan produk semulajadi, gunakan madu. Ia bukan sahaja baik untuk membersihkan kuit dari bakteria tetapi ia juga kaya dengan antioksidan dan vitamin yang dapat menyihatkan kulit anda.

Toner

Selepas membersihkan kulit anda, sapukan toner untuk mengeluarkan sebarang kekotoran atau sebum yang tertinggal dan ia turut berfungsi untuk mengimbangi tahap pH anda. Rose hydorosol adalah sangat baik untuk kulit kombinasi. Elakkan toner astrigen seperti jus lemon, methol atau toner yang mempunyai alkohol di dalamnya kerana bahan-bahan tersebut akan mengeraskan kulit anda.

Pelembap

Terdapat banyak produk semulajadi yang boleh anda gunakan untuk melembapkan kulit anda. Pada ketika cuaca panas, gunakan campuran gliserin dengan air sudah mencukupi. Walau bagaimanapun, apabila cuaca menjadi lebih dingin dan kering, disarankan untuk beralih ke minyak untuk mengelakkan kehilangan lembapan kulit.

Pelindung matahari

Cara terbaik untuk mencegah penuaan awal dan kerosakan kulit adalah dengan memakai pelindung matahari setiap hari. Untuk pendekatan semulajadi, pilih pelindung matahari yang bahan aktifnya adalah titanium dioksida atau/dan zink oksida kerana dua bahan tersebut kurang cenderung untuk merengsakan kulit anda berbanding pelindung matahari kimia. Pelindung matahari organik berdasarkan minyak tumbuhan seperti aloevera dan beewax juga merupakan idea yang baik.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

06/11/2019

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Bahan Anti Penuaan, Ini Manfaat Nicotinamide & Niacinamide Untuk Kulit Tegang, Awet Muda

Elak Kulit Cepat Berkedut Dengan 7 Produk Anti Penuaan Terbaik Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan