backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

7 Jenis Batuk Yang Anda WAJIB Tahu, Ada Yang Disebabkan Batuk Kokol & Selesema!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 06/12/2023

    7 Jenis Batuk Yang Anda WAJIB Tahu, Ada Yang Disebabkan Batuk Kokol & Selesema!

    Masalah batuk adalah tindak balas normal badan anda terhadap sebarang kesan daripada faktor-faktor luaran. Ia juga tanda amaran bahawa sesuatu yang tidak kena sedang berlaku kepada kesihatan anda. Walau bagaimanapun, ramai orang masih tidak mengambil berat tentang apa itu batuk, jenis batuk dan simptom yang datang bersamanya. Artikel ini akan memberikan maklumat berguna tentang 7 jenis batuk.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.

    Apakah itu batuk dan jenis batuk?

    jenis batuk

    Batuk adalah tindak balas badan untuk membersihkan tekak dan saluran pernafasan jika benda asing, mikrob, perengsa, cecair atau lendir tersekat.

    Walau bagaimanapun, jika masalah batuk serius dan berterusan, ia boleh menjadi tanda keadaan perubatan yang lebih rumit.

    Proses batuk termasuk 3 fasa utama:

    • Penyedutan (pernafasan ke dalam)
    • Tekanan meningkat di tekak dan paru-paru dengan pita suara ditutup
    • Pelepasan udara yang mendadak (sewaktu pita suara terbuka), memberikan bunyi batuk.

    Apakah puncanya?

    jenis batuk

    • Selesema biasa: ini adalah keadaan apabila hidung dan tekak anda mengalami jangkitan
    • Influenza (Selesema): ini adalah jangkitan virus kepada sistem pernafasan anda seperti hidung, tekak dan paru-paru. Influenza lebih dikenali sebagai flu
    • Penyedutan sebarang punca keradangan
    • Otot abdomen tegang atau ditarik
    • Batuk kokol: Pertussis adalah jangkitan saluran pernafasan yang mudah berjangkit. Dalam kebanyakan orang, ia disifatkan dengan batuk yang teruk diikuti dengan pengambilan nafas dengan bunyi nyaring seperti “whoop”

    Baca juga:

    Tanda-tanda

    Batuk kronik boleh berlaku dengan tanda-tanda dan simptom-simptom lain, termasuklah:

  • Hidung berair atau tersumbat
  • Perasaan seperti cecair menitis ke belakang tekak anda (titisan postnasal)
  • Kerap menelan dan sakit tekak
  • Suara parau
  • Berdehit (wheezing) dan sesak nafas
  • Pedih hulu hati atau rasa masam dalam mulut anda
  • Dalam kes-kes yang jarang berlaku, terdapat darah yang keluar dengan batuk
  • 7 jenis batuk dan maksudnya

    jenis batuk

    Senarai di bawah menunjukkan 7 jenis batuk biasa dan apa yang anda perlu tahu tentangnya.

    • Batuk basah: kerap batuk basah mungkin disebabkan oleh bronkitis yang berlaku apabila saluran pernafasan membengkak dan menghasilkan mukus. Simptom ini biasanya berkaitan dengan virus dan boleh berlaku selepas anda mengalami selesema.
    • Batuk perokok: ini adalah tanda popular dalam COPD. Pesakit COPD mempunyai masalah dengan pernafasan disebabkan sekatan saluran pernafasan. Satu lagi simptom yang berkaitan dengan COPD adalah rasa sesak, nafas berdehit dan sesak nafas.
    • Batuk masam: Batuk selama lebih daripada 2 bulan dengan rasa masam adalah tanda GERD (penyakit gastroesophageal reflux). Ia biasanya berlaku apabila asid perut masuk ke dalam tekak.
    • Batuk kering: Jika anda selalu batuk pada waktu malam tanpa mukus dalam masa yang lama, ini adalah tanda asma. Simptom-simptoma asma bagi kebanyakan orang adalah sesak dada, nafas berdehit dan sesak nafas.
    • Batuk berdarah: batuk ini mungkin datang dari paru-paru atau saluran pernafasan. Jika anda batuk darah, ia boleh menjadi tanda penyakit lain yang berbahaya seperti kanser paru-paru.
    • Batuk dengan simptom selesema: masalah batuk jenis ini merupakan simptom selesema disebabkan perubahan cuaca; ia disertai dengan hidung tersumbat, sakit badan atau sakit tekak.
    • Batuk basah dengan demam: Kerap batuk kadangkala tanda radang paru-paru (pneumonia) yang termasuklah demam, menggigil, dan sesak nafas. Kahak anda mungkin berwarna hijau, kuning atau berdarah.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 06/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan