backup og meta

Susah Hati Rambut Banyak Gugur? 6 Perkara Ini Mungkin Puncanya, Cek Sekarang!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/07/2023

    Susah Hati Rambut Banyak Gugur? 6 Perkara Ini Mungkin Puncanya, Cek Sekarang!

    Aduh, susah hati masalah keguguran rambut makin teruk hari ke hari? Tetapi apakah punca rambut gugur teruk, ya?

    Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

    Punca rambut gugur teruk

    Helaian rambut semakin banyak pada sikat rambut dan di lantai?

    Kegusaran mengenai rambut yang semakin gugur boleh menyebabkan anda kurang keyakinan diri kerana lama-kelamaan rambut semakin menipis dan anda akan berdepan dengan masalah kebotakan.

    Berikut adalah beberapa sebab umum anda mengalami keguguran rambut:

    punca rambut gugur teruk

    1. Tekanan

    Tekanan adalah punca biasa bagi masalah keguguran rambut.

    Tekanan menyebabkan badan mengamalkan proses biologi yang tidak normal dan mengganggu keadaan biasa dalam badan, dan kadang-kadang tidak dapat diramalkan.

    Tekanan itu sendiri berbeza-beza pada setiap orang, dan untuk sesetengah tekanan boleh menyebabkan keguguran rambut atau penipisan rambut.

    Tekanan sering memberi kesan kepada fasa telogen kitaran pertumbuhan rambut dengan meningkatkan jumlah rambut yang gugur pada fasa ini.

    2. Terlebih mendandan rambut

    Aktiviti mendandan rambut yang berlebihan setiap hari boleh menyebabkan keguguran rambut.

    Jika anda suka gaya rambut toncang ketat (bun ballerina), rambut akan menipis akibat daya tarikan alopecia iaitu satu situasi di mana ketegangan berlaku disebabkan oleh gaya rambut terutamanya di sekitar garis rambut dan di belakang telinga.

    Selain itu, pelindung kimia untuk meluruskan rambut, rawatan minyak panas atau apa-apa jenis bahan kimia yang keras atau bersuhu tinggi boleh menjejaskan akar rambut dan rambut tidak akan tumbuh kembali.

    Baca juga:

    3. Folikel rambut tersekat

    Rambut yang menawan memerlukan akar yang bagus. Jadi kulit kepala yang tidak sihat boleh mempengaruhi pertumbuhan rambut dan menyebabkannya tersekat.

    Oleh itu anda perlu memilih produk yang direka khas bagi menguatkan rambut dan kulit kepala, membersihkan kulit kepala serta menyingkirkan sel-sel kulit mati supaya rambut kekal sihat.

    4. Pemakanan, salah satu punca rambut gugur teruk

    Pemakanan menjadi salah satu faktor yang boleh mempengaruhi setiap keadaan tubuh termasuk masalah rambut gugur.

    Anda mungkin beranggapan sudah mendapatkan makanan yang sihat khususnya apabila dalam pelan perancangan diet namun tanpa sedar diet ketat mungkin salah satu penyebab kepada keguguran rambut.

    Menurut Akademi Dermatologi Amerika, sekiranya anda tidak mendapatkan protein yang mencukupi dalam diet, tubuh akan mendapatkan protein dengan mematikan pertumbuhan rambut.  

    punca rambut gugur teruk

    5. Kemoterapi

    Sesetengah ubat yang digunakan untuk mengalahkan kanser tetapi ia juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

    Ia menghancurkan sel-sel yang membelah dengan cepat. Ini bermakna sel-sel kanser, tetapi juga memecahkan sel seperti rambut dengan cepat.

    6. Kesan ubat-ubatan, antara punca rambut gugur teruk

    Pengambilan sesetengan ubat-ubatan boleh menggalakkan keguguran rambut. Lebih umum di antaranya adalah ubat mencair darah tertentu dan ubat tekanan darah yang dikenali sebagai beta-blokers.

    Ubat lain yang mungkit menyebabkan rambut gugur adalah methotrexate (digunakan untuk merawat keadaan reumatik dan beberapa keadaan kulit), litium (untuk gangguan bipolar), ubat anti-radang nonsteroid (NSAIDs) termasuk ibuprofen, dan mungkin antidepresan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan