backup og meta

Cik Abang Risau Rambut Makin Menipis? 7 Perkara Ini Mungkin Puncanya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/06/2022

    Cik Abang Risau Rambut Makin Menipis? 7 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Jangan terkejut, masalah rambut gugur lelaki ada kalanya lebih kritikal berbanding wanita. Tetapi apakah punca rambut lelaki gugur, ya?

    Kalau ingin tahu, teruskan membaca perkongsian artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

    Masalah keguguran rambut 

    Keguguran rambut (alopecia) boleh menjejaskan hanya kulit kepala atau seluruh tubuh dan ia boleh bersifat sementara atau kekal.

    Keadaan ini terjadi disebabkan pelbagai faktor seperti keturunan, perubahan hormon, masalah kesihatan atau situasi normal kerana penuaan. Ia boleh berlaku kepada sesiapa tetapi lebih kerap dialami lelaki. 

    Apakah punca rambut lelaki gugur?

    punca rambut lelaki gugur

    Setiap kali memandang cermin, rasa rambut makin menipis? Usah bersedih, anda tidak keseorangan! 

    Ini kerana lebih separuh lelaki berusia 50 tahun dan ke atas mempunyai tanda-tanda keguguran rambut.

    Kenapa ia terjadi? Berikut antara punca-puncanya:

    Genetik 

    Pola kebotakan lelaki – androgenetic alopecia – dicetuskan oleh gen ibu bapa anda. Sekiranya anda mempunyai saudara terdekat yang botak, anda juga berkemungkinan akan berdepan masalah rambut gugur lelaki.

    Penipisan rambut ini biasanya bermula pada bahagian pelipis dan atas kepala.

    Bergantung kepada sejarah keluarga, pola kebotakan ini boleh bermula sejak usia remaja. Bukan sahaja ia menipis, tetapi mungkin menjadi lembut, halus dan lebih pendek.

    Isu kesihatan, punca rambut lelaki gugur  

    Keguguran rambut sementara boleh menjadi tanda masalah perubatan seperti anemia atau masalah tiroid. Diet rendah protein dan zat besi juga boleh menyebabkan rambut menipis. 

    Risiko keguguran rambut adalah lebih tinggi jika anda menghidap diabetes atau lupus.

    Rambut yang gugur boleh berpunca daripada kesan sampingan ubatan tertentu untuk masalah:

    Rawatan radiasi atau kemoterapi turut boleh mengakibatkan rambut gugur. Tetapi biasanya ia akan tumbuh kembali sebaik sahaja rawatan selesai.

    Baca juga:

    Tekanan atau kejutan, antara punca rambut lelaki gugur

    Penurunan berat badan secara mendadak atau berlebihan, kejutan emosi atau fizikal yang teruk, pembedahan atau demam mahupun selesema boleh mencetuskan keguguran rambut untuk tempoh beberapa bulan. 

    Jangkitan 

    Masalah kurap boleh menyebabkan tompok bersisik pada kulit kepala dan tompokan botak. Rambut biasanya akan tumbuh semula selepas rawatan.

    Punca rambut lelaki gugur #Sistem imun 

    Jika berlaku keguguran rambut secara tiba-tiba yang meninggalkan tompokan botak hampir suku kepala, anda mungkin mempunyai keadaan genetik yang dipanggil alopecia areata. Ia sering terjadi pada zaman kanak-kanak.

    Ia berlaku apabila sistem imun tubuh menyerang folikel rambut menyebabkan tompokan kecil rambut gugur. Ia tidak menyakitkan atau melibatkan sebarang penyakit, malahan tidak berjangkit.

    Terdapat kemungkinan rambut anda boleh tumbuh semula tetapi akan gugur kembali. 

    Gangguan kawalan impuls

    Sesetengah orang mempunyai keinginan untuk mencabut rambut mereka sendiri – sama ada daripada kulit kepala, kening atau tempat lain – keadaan kronik ini dikenali sebagai trikotilomania.

    Dandanan menyebabkan rambut gugur lelaki 

    Mendandan rambut seperti mengikat mahupun menocangnya boleh mengakibatkan keguguran rambut sementara yang dipanggil alopecia cengkaman. 

    Selain itu, rawatan minyak panas dan perm turut boleh merosakkan folikel rambut.

    punca rambut lelaki gugur

    Simptom rambut gugur lelaki 

    Rambut gugur boleh terjadi dalam pelbagai cara – bergantung kepada puncanya. Ia boleh terjadi secara mendadak atau beransur-ansur, menjejaskan hanya kulit kepala mahupun seluruh tubuh. 

    Tanda dan gejala keguguran rambut mungkin termasuk:

    #Penipisan secara beransur-ansur pada bahagian atas kepala.

    Merupakan keguguran rambut paling biasa, dan terjadi disebabkan penuaan. Ia sering bermula pada bahagian garis rambut di dahi.

    #Tompok botak membulat atau bertompok-tompok. Sesetengah keguguran rambut terjadi dalam tompokan botak bulat atau bertompok pada kulit kepala, janggut atau kening.

    Kulit anda mungkin gatal atau sakit sebelum rambut gugur.

    #Rambut gugur secara tiba-tiba.

    Kejutan emosi dan fizikal boleh menyebabkan rambut gugur.

    Segenggam rambut mungkin tercabut semasa menyikat atau mencuci mahupun ketika menarik rambut walaupun secara perlahan.

    Keguguran rambut jenis ini biasanya menyebabkan rambut menipis secara keseluruhan tetapi ia bersifat sementara.

    #Rambut gugur seluruh badan.

    Sesetengah keadaan dan rawatan perubatan, seperti kemoterapi untuk kanser boleh mengakibatkan keguguran rambut di seluruh tubuh. Tetapi biasanya rambut akan tumbuh semula.

    #Tompok kerak merebak ke seluruh kulit kepala.

    Ini adalah tanda kurap. Ia mungkin disertai dengan rambut rapuh, kulit kepala kemerahan dan membengkak.

    punca rambut lelaki gugur

    Langkah mencegah punca rambut lelaki gugur 

    Kebanyakan kebotakan disebabkan oleh genetik dan keguguran rambut jenis ini tidak dapat dielakkan.

    Namun bagi masalah rambut gugur yang lain boleh dielakkan dengan cara berikut:

    • Tidak berkasar dengan rambut semasa menyikat terutama ketika rambut basah. Elakkan prosedur meluruskan atau mengeritingkan rambut mahupun rawatan minyak panas. Jangan menarik rambut terlalu tegang semasa menggunakan getah atau menocangnya
    • Tanya doktor untuk ubat atau suplemen mencegah keguguran rambut
    • Lindungi rambut daripada cahaya matahari dan sumber cahaya ultraviolet lain
    • Beberapa kajian menunjukkan hubungan antara merokok dan masalah rambut gugur lelaki, jadi tiba masanya untuk anda berhenti merokok
    • Jika sedang menjalani rawatan kemoterapi, tanyakan doktor tentang cooling cap. Ia boleh mengurangkan risiko keguguran rambut semasa rawatan

    Jika terdapat sebarang keraguan atau kebimbangan mengenai keadaan rambut, berundinglah dengan doktor untuk lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan