Wanita Yang Menopaus Makin Kurang Bernafsu Semuanya Kerana Suami? Ia Kini Disahkan Kajian!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Wanita yang akan atau sudah menopaus sering sahaja mengeluh akibat terlalu banyak perubahan yang berlaku pada tubuh badan mereka. Bukan sahaja kesihatan fizikal dan mental mereka akan merosot malahan kehidupan seks bersama suami juga akan terjejas. Ini kerana ketika ini wanita cenderung untuk kurang libido dalam diri. 

Seperti yang diketahui ramai orang, kurang libido dalam diri seseorang itu berkemungkinan disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat seperti menghisap rokok, meminum alkohol dan diet pemakanan yang tidak seimbang.

Pun begitu, ada juga kajian yang mengatakan bahawa ia ada kaitan dengan suami mereka sendiri.

Wanita menapaus kurang libido disebabkan suami!

Selama ini, ramai orang beranggapan wanita menopaus kurang libido ekoran faktor perubahan hormon. Pun begitu, ada kajian baru yang menyatakan itu bukan punca utamanya.

Menurut soal selidik yang dilakukan oleh University of Pittsburgh terhadap 36 wanita yang berusia 60 tahun ke atas, ia adalah salah suami! 

Penyelidik mendapati bahawa kebanyakan kes kekurangan nafsu syahwat dalam diri wanita menopaus adalah sebenarnya disebabkan oleh masalah ereksi yang dialami suami mereka sendiri.

Masalah ini seterusnya akan mengakibatkan seks kurang memuaskan malah menyakitkan buat wanita. Disebabkan itu juga, pasangan suami isteri mungkin akan lebih kerap bertengkar lalu menjejaskan hubungan mereka.

Pun begitu, tidak adil untuk menyalahkan sebelah pihak sahaja. Antara faktor lain yang menjadikan seks kurang berkesan adalah masalah pada faraj selepas menopaus – waktu ini, faraj akan mudah kering, sakit dan penat sekali gus, membuat wanita itu tertekan.

Persoalannya, bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini?

wanita-menopaus-kurang-libido

Apa kata pakar?

Menurut Dr Holly Thomas menerusi penulisannya dalam jurnal Menopause, hubungan seks yang bermasalah berpunca dari kedua-dua belah pasangan lelaki dan wanita.

Jika si suami mempunyai masalah untuk mendapatkan ereksi yang baik, bagaimana dia mahu memuaskan isterinya?

Jadi, disfungsi erektil adalah antara punca wanita lanjut usia kurang libido. Ia bukan sahaja akan memberi kesan kepada suami, malahan isterinya juga.

Dalam pada itu, suami yang mempunyai masalah ereksi ini sudah pasti bersifat ego dan tidak mahu menceritakan masalahnya kepada pasangan.

Disebabkan itu, mereka memendamnya seorang diri lalu menjejaskan emosi mereka. Kesannya, komunikasi di antara pasangan akan gagal lalu meluaskan lagi jurang kehidupan seks mereka.

Dalam erti kata yang lain, wanita lanjut usia yang akan atau sudah menopaus kebanyakannya tidak mempunyai keinginan seksual yang tinggi kerana mereka sudah ‘putus asa’.

Apa perlu buat untuk selesaikan masalah kurang libido?

kehidupan seks

Seharusnya, anda dan pasangan anda tidak patut meninggalkan terus perlakuan seks walaupun telah berada dalam usia emas kerana ini adalah salah satu kunci kebahagian rumah tangga.

Sebenarnya ada beberapa cara yang boleh anda dan pasangan lakukan untuk meningkatkan nafsu syahwat anda.

Antaranya adalah penggunaan ubatan seperti Viagra. Cuma, ia mempunyai beberapa kelemahan yang agak ketara.

Pengambilan ubatan seperti ini akan memakan kos yang agak tinggi serta menghilangkan unsur ‘kejutan’ dalam kehidupan seksual. Disebabkan itu, ramai pasangan kini mengambil jalan mudah dengan berputus asa dengan seks.

Akan tetapi, ia bukanlah satu pilihan yang paling tepat untuk anda. Bayangkan, anda dan pasangan sudah berkongsi hidup bertahun lamanya. Sudah pasti anda tidak mahu hilang salah satu nikmat dalam rumah tangga ini, bukan?

Sebenarnya, anda dan pasangan masih lagi boleh melakukan hubungan seks yang sejahtera dengan bantuan alat mainan seks, posisi seks yang sesuai, foreplay serta berkomunikasi secara jelas sesama pasangan. Ia sudah pasti dapat membantu prestasi seks anda. 

Konklusi

Kesimpulannya, ia mungkin salah suami wanita menopaus kurang libido.

Namun, ia bukan pengakhiran segala-galanya. Masih terdapat banyak cara yang anda dan pasangan boleh lakukan untuk memastikan kehidupan seks anda berdua berada pada prestasi yang baik.

Paling penting, ingatlah bahawa usia itu cuma nombor! 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Kulit Boleh Berubah Ketika Menopaus? Ini Yang Perlu Anda Tahu, Jadi Boleh Bersiap-sedia

Menopaus boleh sebabkan perubahan pada kondisi kulit anda, badan anda juga akan berhenti menghasilkan kolagen dan ini bukanlah saat yang ditunggu wanita.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 09/09/2020 . 3 minit bacaan

Wanita Sudah Ada Telur Sejak Lahir? Ini Fakta Menarik Tentang Ovum, Dari Dalam Rahim Sampai Menopaus

Anda mungkin pernah mendengar istilah 'jam biologi wanita' yang dikaitkan dengan telur wanita, tetapi apakah maksudnya dan pada usia berapa ia bermula?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 04/09/2020 . 3 minit bacaan

Nafsu Seksual Wanita Terjejas Angkara Prosedur Ikat Rahim? Usah Risau, Ini 9 Perkara Kena Tahu

Sesetengah wanita memilih ikat peranakan kerana tidak mahu hamil lagi. Tapi ada yang mengatakan ia boleh menjejaskan keinginan seksual, adakah ia benar?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 02/09/2020 . 3 minit bacaan

Ada Kajian Kata Wanita Lebih Aktif & Puas Secara Seksual Menjelang Usia 40-an, Benarkah?

Ada kajian yang kata wanita 40an lebih aktif & puas secara seksual. Adakah ia benar atau tidak? Jom ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

hubungan seks mengecewakan

Benarkah Tahap Kesihatan Mental Ganggu Prestasi Kalian Di Ranjang? Ya, Ini 5 Kaitannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
jadual kitaran haid

Wanita Jangan Pelik Jika Tiba-tiba Alami Haid Tak Tetap, Ini Faktor Peningkatan Usia

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 14/09/2020 . 3 minit bacaan
apa itu herpes

Tahan Nafsu Jika Terjangkiti Herpes, Boleh Ke Bersama Dengan Pasangan? Ini Jawapan Pakar!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
penyakit klamidia

Benarkah Jangkitan Klamidia Boleh Jadi Punca Kepada MATI PUCUK? Ini Jawapannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan