Dalam kehidupan berumah tangga, seks dalam tandas boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja!
Ini sangat penting untuk memastikan hubungan intim mempunyai unsur ‘surprise’ yang memang sangat diperlukan.
Antara trik yang boleh dilakukan adalah dengan mengajak pasangan anda untuk berasmaradana di kamar mandi.
Persoalannya, bagaimana seks dalam tandas boleh dibuat dengan jayanya?
Usah khuatir, ayuh kita sama-sama ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui jawapannya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Adakah seks dalam tandas normal & selamat?
Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, suami isteri perlu tahu mengenai perkara ini terlebih dahulu. Jawapannya, ya!
Seks dalam tandas adalah normal dan selamat untuk dilakukan dalam kehidupan seks suami isteri asalkan ia dilakukan dengan cara yang betul.
Walaupun ia dikatakan sebagai normal dan selamat, tapi masih ada risikonya.
Antara perkara yang anda perlu ambil berat adalah risiko jangkitan kuman, kemungkinan untuk tergelincir atau terjatuh serta kemungkinan untuk privasi anda berdua diganggu.
Jadi, sila pastikan anda telah bersedia dengan langkah berjaga-jaga yang lebih rapi.
Posisi seks dalam tandas yang paling sesuai!
Dalam pada itu, antara perkara paling penting yang perlu dipraktikkan untuk suami isteri menjayakan seks dalam tandas adalah posisi bersenggama itu sendiri.
Sebenarnya, tiada masalah untuk melakukan sebarang posisi jika kalian mempunyai kesungguhan. Namun, ia masih boleh mendatangkan pelbagai risiko.
Untuk mengelakkan anda tergelincir atau terjatuh ketika beraksi di dalam bilik air, sila amalkan posisi seks berikut:
#1. Standing doggy style
Jika di kamar tidur, sudah pasti posisi doggy style yang tradisional biasa dilakukan bukan? Pun begitu, sila hati-hati semasa melakukan ini di bilik air ya!
Kalian perlu mengubahnya sedikit dengan cara berdiri semasa melakukannya. Ia bertujuan agar kalian berdua dapat berpijak lantai tandas untuk mengelak sebarang kemalangan.
Caranya, isteri perlu merehatkan tapak tangan di dinding sambil menonggeng dengan lutut dibengkokkan sedikit.
Kemudian, suami perlu memasukkan zakar dan mendayung mengikut rentak yang diingini sambil tangan meraba tubuh badan pasangan.
#2. Sit and ride
Buat anda yang tertanya-tanya, ia adalah posisi seks yang lebih kurang sama seakan woman on top, cuma ia dilakukan dengan cara pasangan duduk di lantai bilik air.
Caranya, minta suami duduk di lantai tandas atau di dalam tab, jakuzi dan di mana-mana sahaja kawasan yang boleh diduduki.
Kemudian, isteri hanya perlu duduk di atas dan menghadap suami. Sambil berpelukan, jalankan aktiviti penetrasi kalian.
#3. Get a leg up
Posisi apakah ini? Secara mudahnya, ia adalah posisi seks yang memerlukan pasangan berdiri menghadap satu sama lain sambil satu kaki diangkat ketika penetrasi dijalankan.
Caranya, kalian hanya perlu berdiri menghadap masing-masing.
Kemudian, suami boleh mula memasukkan zakar ke dalam faraj dengan keadaan satu kaki isteri diangkat ke atas.
Adalah lebih baik jika isteri berdiri sambil bersandar di dinding untuk mengelak kemalangan yang tidak diingini.
#4. Got my back
Untuk pengetahuan anda, posisi ini adalah serupa dengan posisi yang tadi. Perbezaannya, ia dilakukan dengan pasangan wanita perlu membelakangi lelaki.
Caranya, anda dan pasangan perlu berdiri sambil isteri membelakangi suami dengan keadaan satu kaki dinaikkan ke atas.
Untuk lebih selamat, disarankan agar isteri merehatkan kaki di atas dinding untuk elak kejadian tidak diingini. Kemudian, bercandalah dengan penuh nikmat.
#5. The chairperson
Tidak dapat bayangan yang jelas? Ia adalah posisi seks yang dilakukan ketika kedua-dua pasangan dalam keadaan yang duduk sambil zakar dimasukkan ke dalam faraj.
Caranya, ia memerlukan pasangan lelaki duduk di atas kerusi atau mangkuk tandas sambil pasangan wanita duduk di atas dan membelakanginya ketika penetrasi dijalankan.
Untuk lebih keselamatan, suami digalakkan memeluk isteri agar tidak berlaku sebarang kemalangan tidak diingini.
Tip seks dalam tandas yang perlu diamalkan…
Selain posisi, terdapat beberapa tip yang anda dan pasangan perlu amalkan ketika melakukan seks dalam bilik mandi.
Berikut adalah tip-tip yang kalian berdua perlu amalkan:
- Menggunakan kondom agar dapat melindungi diri dari jangkitan kuman serta mengelakkan kehamilan luar jangkaan
- Dapatkan persetujuan pasangan terlebih dahulu dan jangan memaksa
- Jauhkan dari tempat yang licin seperti dinding atau lantai bilik air
- Jangan bersenggama terlalu lama kerana banyak kuman di dalam tandas
- Jaga privasi dengan tidak mengeluarkan bunyi yang terlalu bising ketika beraksi
- Usai berintiman, jangan lupa untuk mandi dan membersihkan diri sebelum memulakan aktiviti yang lain
[embed-health-tool-ovulation]