Sewaktu berehat, ibu boleh mengalami darah beku (deep vein thrombosis) pada bahagian kaki kerana kurangnya pergerakan semasa bed rest.
Selain itu, kekuatan otot dan tulang ibu juga akan makin merosot. Oleh sebab ini, ibu mungkin perlukan lebih masa untuk pulih selepas kehamilan nanti.
Anda akan diletakkan dalam keadaan rehat di atas katil jika anda mempunyai risiko preeclampsia ataupun mengandung lebih daripada satu bayi.
Selain itu, jika anda mempunyai masalah kesihatan yang boleh memudaratkan anda dan bayi, doktor juga mungkin akan mengarahkan anda tinggal di rumah dan berehat di atas katil.
Emosi ibu boleh terjejas
Namun, kesannya adalah paling teruk terhadap keadaan mental ibu. Ibu boleh mengalami kegelisahan (anxiety) dan depresi akibat bed rest.
Tambah lagi, keadaan bed rest yang terlalu lama juga akan membuatkan ibu makin tertekan. Semakin ketat kawalan terhadap pergerakan ibu, semakin teruk keadaan emosi ibu nanti.
Oleh itu, penting untuk pasangan mengenal pasti risiko sebenar jika ibu perlu melalui bed rest. Ketika isteri hanya boleh terlantar dan tidak boleh bergerak dalam satu jangka masa yang lama, segala tanggungjawab akan tergalas pada bahu suami.
Malah, ada juga wanita yang terpaksa berhenti kerja kerana perlu melakukan bed rest. Impaknya bukan hanya akan dirasai oleh ibu sahaja, malah kepada seluruh ahli keluarga.
Maka, penting untuk suami dan isteri membuat perancangan yang rapi untuk menghadapi bed rest.
Mereka haruslah selalu berkomunikasi dan bantu-membantu untuk elakkan ibu daripada rasa tertekan dan terbeban ketika terpaksa habiskan hari-harinya berbaring di atas katil.
3 tip buat ibu hamil untuk penuhi hari anda!

Rancang hari anda. Cuba amalkan hobi seperti menulis jurnal ataupun membaca buku. Anda juga boleh buat senarai ‘to-do-list‘ supaya anda tidak rasa terlalu bosan dan dapat isi hari anda dengan aktiviti yang berfaedah.
Anda juga boleh gunakan masa ini untuk belajar ilmu baru mengenai kelahiran dan juga keibubapaan. Pastikan anda sudah bersedia untuk menerima kelahiran cahaya mata anda nanti!
Anda juga boleh lakukan senaman ringan. Anda boleh cuba amalkan senaman mudah seperti melakukan regangan dengan menggerakkan kaki dan tangan dalam bentuk bulat ketika berada di atas katil.
Senaman ringan boleh kurangkan risiko ibu daripada mengalami darah beku. Namun, beringatlah semasa melakukan senaman ya. Jangan terlalu tekankan otot pada perut anda!
Genggam bola stres untuk rileks. Jangan biarkan anda berada dalam keadaan tertekan terlalu lama. Jika anda rasa stres, bercakaplah dengan suami ataupun ahli keluarga anda ya!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen