Batas Pergaulan Keluarga Besar, Ipar-Duai Jangan Sampai Berlaga Pipi Lain Jantina

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/07/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Perkahwinan adalah satu ikatan suci yang menyatukan bukan sahaja seorang lelaki dengan wanita malahan dengan kesemua ahli keluarga mereka sekali. Namun, adab dan batas pergaulan dengan keluarga ipar haruslah dijaga agar semua dapat hidup dalam suasana yang aman dan harmoni.

Persoalannya, apa yang anda boleh lakukan atau usahakan untuk menjaga pergaulan dengan keluarga ipar? Tenang, Hello Doktor akan kupaskannya untuk anda.

Kes suami artis cium pipi adik ipar

meambong

Baru-baru ini, pelakon cantik jelita, Emma Maembong telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Muhammad Shazli Azhar yang merupakan seorang juruterbang. Tahniah diucapkan buat Emma dan pasangan.

Pun begitu, sudah lumrah dalam dunia selebriti pasti ada sahaja perkara yang dibuat menjadi kecaman ramai. Terkini, Emma dan Shazli dikecam hebat oleh netizen gara-gara sebuah foto mesra mereka yang turut melibatkan adik Emma iaitu Chacha Maembong.

Di dalam foto yang tular di media sosial tersebut, kelihatan Chacha diapit dan dicium oleh kakaknya serta abang iparnya di atas pelamin!

Gambar sensasi ini telah mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen yang kebanyakannya menyifatkan ia salah dari segi hukum agama Islam.

Apabila ditanyakan mengenai foto tersebut, Chacha atau nama sebenarnya Siti Aisyah Ismail mengatakan bahawa pemikiran warganet adalah terlalu negatif.

“Saya tak mahu berikan sebarang komen mengenai perkara itu”, kata pelakon berusia 24 tahun itu kepada rakan media.

Pergaulan sesama keluarga ipar perlu ada adab & batas

keluarga ipar

Sebenarnya, apa yang berlaku ini mungkin ada hikmah yang tersembunyi. Sebagai netizen, kita semua mungkin boleh ambil pengajaran tentang perkara ini.

Pengajarannya, pergaulan dengan keluarga ipar adalah perkara yang perlu diberi perhatian. Kita perlu tahu bahawa ia sangat berkait rapat dengan hukum agama.

Buat anda yang beragama Islam, ketahuilah bahawa aurat masih perlu dijaga di hadapan keluarga ipar. Jadi, haram hukumnya jika menampakkan aurat serta bersentuhan dengan mereka walaupun ia sekadar bersalaman tangan.

Apatah lagi jika bercium seperti yang berlaku kepada pasangan selebriti adik-beradik ini. Pun begitu, ia mungkin merupakan satu kesilapan atau kealpaan daripada mereka berdua.

Sebagai netizen, tidak wajar untuk kita semua mengutuk dan mengecam mereka. Sebaiknya, tegur secara baik dan bimbinglah mereka ke jalan yang benar. Ia lebih baik begitu.

Bagaimana pergaulan dengan keluarga ipar yang sebaiknya?

keluarga ipar

Selain menjaga aurat serta adab dan batas pergaulan dengan keluarga ipar, terdapat beberapa perkara lain yang perlu diutamakan setiap kali berbicara tentang keluarga ipar, termasuklah:

#1. Berkomunikasi dengan bijak

Komunikasi bukan sahaja penting untuk kesejahteraan serta keharmonian anda dan pasangan malahan ahli keluarganya juga. Jadi, berkomunikasilah dengan bijak dan jangan sesekali melibatkan pihak ketiga, ia hanya akan mendatangkan kekeliruan.

Sebagai contoh, jika anda ada sesuatu yang perlu dibincangkan dengan ibu mertua anda, jangan gunakan ‘orang tengah’ yakni pasangan anda.

Ini kerana apa yang pasangan anda sampaikan itu mungkin tidak akan begitu tepat. Selain itu, ibu mertua anda juga akan berasa anda adalah seorang yang tidak beradab.

Jadi, sila berkomunikasi secara terus dengan mertua atau ipar anda. Usah segan atau khuatir, bukankah mereka juga sebenarnya sudah menjadi sebahagian daripada keluarga anda?

#2. Ketahuilah bahawa keluarga ipar bukan keluarga sebenar anda

Ya, memang benar keluarga ipar juga adalah sebahagian dari keluarga kita. Pun begitu, harus ditekankan perkataan ‘sebahagian’ ini.

Menurut Cathy Siebold yang merupakan seorang Pakar Psikologi di New York, Amerika Syarikat, keluarga ipar adalah individu yang berbeza dari segi latar belakang, gaya hidup, budaya dan lain-lain aspek.

Oleh itu, tidak wajar sekiranya anda melayan mereka dengan cara yang sama anda melayan ibu bapa atau adik-beradik anda. Jadi, belajarlah tentang setiap perwatakan mereka terlebih dahulu agar anda tidak tersilap langkah.

#3. Asingkan kehidupan anda dan pasangan dengan keluarga ipar

Orang dahulu selalu berpesan agar kita tidak tinggal sebumbung dengan mertua serta ipar-duai kita. Ya, pesanan ini mungkin ada kebenarannya.

Ini kerana terdapat banyak yang perlu kita jaga seperti aurat, adab dan batas pergaulan. Selain itu, perbuatan tinggal serumah ini juga boleh menimbulkan banyak kacau-bilau.

Sebagai contoh, anda sebagai suri rumah sepenuh masa yang tinggal di rumah keluarga mentua sudah pasti tidak akan berasa selesa ketika ditinggalkan suami. Manakan tidak, ia bukan rumah sebenar anda dan setiap perlakuan anda mungkin akan diperhatikan.

Dari kaca mata seorang mertua pula, anda mungkin akan melihat menantu seperti seorang penumpang sahaja. Namun, tidak dinafikan ada juga menantu dan mertua yang boleh tinggal bersama bergantung kepada individu itu sendiri.

Oleh itu, cuba untuk asingkan kehidupan anda dan pasangan dengan ahli keluarga agar perbalahan atau perpecahan sesama mereka dapat dihindarkan.

#4. Serlahkan bakat anda dalam menghiburkan keluarga ipar

Dalam apa-apa perhubungan sekalipun, sense of humor adalah sesuatu yang sangat penting dalam mendatangkan kebahagiaan dan keharmonian hidup.

Disebabkan itu, sila serlahkan bakat anda dalam menghiburkan keluarga ipar anda. Tidak salah untuk bergurau-senda dan bergelak ketawa sesama mereka, cuma jangan melampau.

Ketahuilah bahawa tidak semua perkara boleh dijadikan bahan jenaka. Jika bapa mertua anda seorang yang berperut buncit dan sangat malu dengannya, jangan jadikan ini sebagai punchline anda. Ia mungkin akan merosakkan lagi hubungan kalian.

Konklusi 

Kesimpulannya, anda sebagai pasangan suami isteri perlu jaga adab dan batas dengan keluarga ipar. Ini kerana mereka juga adalah sebahagian daripada keluarga anda. Maka, sila jaga dan layan mereka sebaik yang mungkin.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tahan Nafsu Jika Terjangkiti Herpes, Boleh Ke Bersama Dengan Pasangan? Ini Jawapan Pakar!

    Anda mungkin belum tahu apa itu herpes dan boleh atau tidak buat seks dengan pasangan jika terkena penyakit ini? Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 11/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Kajian Kata Wanita Lebih Aktif & Puas Secara Seksual Menjelang Usia 40-an, Benarkah?

    Ada kajian yang kata wanita 40an lebih aktif & puas secara seksual. Adakah ia benar atau tidak? Jom ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Anda Seorang Yang Aktif Berhubungan Seksual? Jangan Sorokkan Ia Daripada Doktor Ya!

    Ramai individu yang menyorokkan hubungan kelamin suami isteri daripada doktor mereka. Ini adalah sesuatu yang tidak bagus. Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Siapa Lebih Ghairah Tentang Seks, Lelaki Atau Wanita? Dapatan Kajian Ini Ada Jawapannya…

    Nafsu syahwat siapa yang lebih besar di antara lelaki dan wanita? Jom klik artikel ini untuk baca kajian dan huraian mengenai jawapan soalan ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 26/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tanda wanita ghairah

    Nak Bersama Tapi Tak Tahu Pasangan Ada Mood Atau Tidak? Perhatikan Petanda Isteri Terangsang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 07/10/2020 . 3 minit bacaan
    tip hubungan seks

    Kepuasan Seks Kian Menurun? Mungkin Ini Masanya Untuk Cuba 2 Teknik Mustahak Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    4 Kitaran Tindak Balas Seksual Yang Kita Semua Mungkin Tidak Tahu Jika Belum Baca Ini!

    4 Kitaran Tindak Balas Seksual Yang Kita Semua Mungkin Tidak Tahu Jika Belum Baca Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
    hubungan seks mengecewakan

    Benarkah Tahap Kesihatan Mental Ganggu Prestasi Kalian Di Ranjang? Ya, Ini 5 Kaitannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan