Selalu Dengar Terjadi Kepada Wanita Sahaja, Tapi Bolehkah Lelaki Juga Terkena Radang Pelvis?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 03/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Penyakit radang pelvis (PID) adalah satu istilah am untuk keadaan kesihatan yang merangkumi jangkitan pada alat kelamin wanita.

Ini termasuklah rahim, tiub fallopian, kilang ovari serta kawasan persekitaran alat sulit yang boleh berjangkit melalui kontak seksual.

Meskipun kita selalu dengar bahawa ia biasa terjadi kepada wanita, namun wujud persoalan sama ada lelaki juga boleh terkena PID.

Ingin tahu jawapannya? Ayuh sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

Apa itu penyakit radang pelvis?

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk kita semua tahu definisi sebenar penyakit yang lebih dikenali sebagai PID ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, ia adalah satu keadaan di mana berlaku jangkitan pada alat kelamin wanita yang merangkumi rahim, tiub fallopian, kilang ovari serta kawasan persekitaran alat sulit.

Menurut U.S. Department of Health and Human Services, kondisi yang berbahaya ini menjejaskan kira-kira 5% wanita yang tinggal di Amerika Syarikat.

PID disebabkan oleh jangkitan bakteria Chlamydia trachomatis melalui jangkitan kontak seksual yang boleh merebak melalui hubungan kelamin.

Ia seterusnya akan menyebabkan keradangan pada saluran fallopian ekoran selaput tiub yang membengkak lantas menyempitkannya.

sakit-perut-di-bahagian-bawah

Apa yang lebih membimbangkan adalah embrio yang terhasil dari persenyawaan itu akan tersumbat di tiub lantas meningkatkan risiko mengandung di luar rahim atau kemandulan.

Selain itu, penyakit jangkitan kelamin ini juga adalah sangat berbahaya kerana ia sukar untuk dikesan ekoran ia mungkin tidak akan menunjukkan sebarang gejala.

Apa tanda penyakit radang pelvis?

Meskipun penyakit ini mungkin tidak akan menunjukkan sebarang gejala, namun ia tidaklah bermakna PID tidak boleh dikesan langsung.

Berikut merupakan simptom-simptom yang para wanita boleh perhatikan:

  • Sakit bahagian bawah abdomen
  • Sakit bahagian atas abdomen
  • Sakit ketika hubungan seks
  • Sakit ketika membuang air kecil
  • Keluar darah tidak normal dari faraj
  • Faraj berbau
  • Demam
  • Penat

Sekiranya ia berlanjutan dengan lebih teruk lagi, PID mungkin akan mengakibatkan:

sakit perut

Sekiranya anda mengalami 4 simptom akut ini atau apa-apa sahaja simptom yang kami nyatakan di atas tadi, sila berjumpa doktor dengan kadar segera.

Ini kerana jangkitan penyakit radang pelvis ini mungkin boleh menyebabkan ia merebak ke salur darah atau bahagian lain pada tubuh badan kita.

Oleh itu, jangan bertangguh demi menyelamatkan nyawa!

Benarkah lelaki juga boleh terkena PID?

Baiklah, sekarang kita sudah tahu bahawa penyakit radang pelvis ini merupakan salah satu jangkitan penyakit kelamin yang berbahaya buat wanita.

Sekarang kita beralih pula kepada persoalan utama artikel ini iaitu sama ada lelaki juga boleh terkena PID.

Jawapan mudahnya adalah tidak, lelaki tidak akan sesekali terkena penyakit yang berbahaya buat wanita ini.

Ini kerana lelaki tidak mempunyai organ reproduktif yang sama dengan wanita iaitu rahim, tiub fallopian, kilang ovari ataupun faraj.

Seperti mana yang kita semua telah tahu, organ-organ inilah merupakan bahagian di mana jangkitan bakteria boleh merebak dan membiak.

Jika semua organ reproduktif ini tiada dalam tubuh badan, mana mungkin jangkitan penyakit radang pelvis boleh berlaku dalam kalangan lelaki, bukan?

Mungkin tidak boleh terkena tapi boleh jadi pembawa!

Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah lelaki tidak boleh terkena PID namun jangan jadikan ini sebagai alasan untuk tidak mengamalkan seks yang selamat.

Ini kerana kalian perlu tahu bahawa lelaki mungkin tidak boleh terkena penyakit radang pelvis tapi boleh jadi pembawa bakteria yang menyebabkannya.

Untuk pengetahuan anda, bakteria Chlamydia trachomatis atau segala anasir yang boleh mengakibatkan PID boleh berjangkit di antara satu individu ke individu lain.

Sekiranya pasangan lelaki atau suami anda terjangkiti dengannya, adalah tidak mustahil untuk ia berpindah kepada anda pula melalui hubungan seks di kamar tidur.

Oleh itu, adalah wajar untuk kalian berwaspada dengan segala jangkitan penyakit kelamin agar ia tidak menjejaskan anda atau pasangan.

Apa perlu buat untuk rawat & elak penyakit ini?

Pertama sekali, apa yang kalian perlu lakukan adalah dengan berjumpa doktor pakar segera.

Ini membolehkan anda dirawat dengan diberi dos antibiotik yang boleh membunuh bakteria penyebab PID ini.

Pun begitu, kalian juga perlu tahu bahawa kerosakan pada tiub dan organ lain akibatnya adalah sukar dipulihkan.

Oleh itu, apa yang anda dan pasangan perlu lakukan ialah dapatkan rawatan bersama untuk memastikan jangkitan tersebut tidak akan berulang lagi buat kali kedua dan seterusnya.

Sementara itu, wanita berisiko tinggi terhadap penyakit ini ekoran penggunaan alat mencegah kehamilan IUCD.

Jadi, anda disarankan untuk menggantikannya dengan alternatif yang lain sementara mendapatkan rawatan.

Namun mencegah itu sudah pasti lebih baik dari mengubati bukan? Oleh itu, sila amalkan seks yang selamat!

Penggunaan kondom lelaki dan wanita adalah cara yang paling selamat selain jangan sesekali amalkan seks bersama ramai pasangan jika tidak mahu terkena penyakit radang pelvis.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Jangan Buat Tak Endah Hal Berkaitan Prostat, Ini 5 Cara Pastikan Ia Kekal Sihat & Kuat!

Kesihatan kelenjar prostat adalah sangat penting untuk mengelakkan masalah berkaitannya. Jadi, jom klik artikel ini untuk tahu 5 cara menjaganya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 24/11/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Mandi Semasa Datang Bulan Sebab Boleh Mandul, Usah Tertipu Dengan Mitos Haid Ini!

Pelbagai mitos haid berlegaran dalam kalangan masyarakat yang membuat para wanita khuatir. Benar atau tidak? Ini fakta menstruasi yang perlu anda tahu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 23/11/2020 . 3 minit bacaan

Bersenam Boleh Kurangkan Sakit Senggugut- Fakta @ Auta? Ini Jawapan Kajian!

Sakit senggugut menyerang kembali! Ia merupakan antara kesakitan disebabkan haid yang paling menjengkelkan bagi para wanita setiap bulan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 20/11/2020 . 3 minit bacaan

Ladies, Pernah Tak Alami Bibir Faraj Membengkak? 5 Kondisi Ini Boleh Jadi Penyebabnya

Faraj merupakan bahagian tubuh utama wanita yang mempunyai fungsi unik tersendiri. Namun, kondisi vulva bengkak boleh berlaku pada sesetengah individu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 20/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

penyakit wanita

Penyakit Tak Mengenal Jantina, Ada 7 Sakit Orang Perempuan Boleh ‘Hinggap’ Pada Lelaki

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 03/12/2020 . 3 minit bacaan
alat sulit lelaki

Zakar Boleh Membesar Sampai Umur Berapa? Ini Jawapan Bila Proses Ini Akan Tamat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 02/12/2020 . 3 minit bacaan
kesan melancap rambut gugur

Kuat Beronani Punca Rambut Semakin Banyak Gugur, Fakta @ Auta?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan
sistem imun lemah

FAKTA! Lelaki Lebih Mudah Jatuh Sakit Daripada Wanita, Puncanya Hormon Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan