Desakan Berkahwin Punca Prestasi Safawi Merudum? Sebelum Ajak Si Dia Kahwin, Lihat Perkara Ini Dulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 22/03/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Jika ditanyakan kepada mana-mana pasangan kekasih di luar sana, sudah pasti mereka semua mahukan hubungan itu kekal sehingga ke jenjang pelamin. Namun, apakah yang akan terjadi sekiranya pasangan desak ajak kahwin di saat anda belum lagi bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan?

Adakah perbuatan itu akan membuat anda stres? Ataupun ia akan menjadi satu motivasi untuk anda bekerja keras dan mengumpul duit dengan lebih bersemangat lagi?

Untuk mengetahui jawapannya, ayuh kita sama-sama selami artikel ini dengan lebih mendalam!

Kes pasangan desak ajak kahwin melibatkan pelakon dan pemain bola sepak

kahwin

Baru-baru ini, kita telah dikejutkan dengan satu berita tular berkenaan seorang pelakon Syifa Melvin yang didakwa mengongkong dan memaksa teman lelakinya, Safawi Rashid untuk berkahwin.

Hal ini sedikit sebanyak mengganggu dan menyebabkan prestasi pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu merudum.

Perkara ini telah didedahkan sendiri oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris yang merupakan pemilik kelab Harimau Selatan.

Beliau berkongsi perkara itu di laman Instagram rasmi miliknya, sekali gus menyebabkan perbalahan atas talian di antara TMJ dengan ahli keluarga pelakon wanita itu.

Jelas Syifa, dia menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu malah turut meminta orang ramai tidak mengecam Safawi agar fokusnya di atas padang tidak terganggu.

Beberapa hari selepas pertelingkahan di antara beberapa pihak ini, Safawi sendiri telah tampil memohon maaf dan berjanji akan memperbaiki prestasi hambarnya itu.

Apa yang dapat kita simpulkan dari kes yang berlaku ini adalah situasi pasangan desak ajak kahwin tidak sepatutnya berlaku. Sebaliknya, persediaan sebelum menuju ke alam perkahwinan adalah lebih penting.

Jadi, apa yang kita perlu perhatikan sebelum ajak pasangan kahwin?

Perhatikan perkara ini sebelum ajak pasangan kahwin

Kes yang berlaku ini mungkin boleh memberi pengajaran kepada kita semua agar tidak mendesak atau memaksa pasangan untuk berkahwin kerana ia boleh mendatangkan tekanan yang agak berat.

Ini semua mungkin didasari oleh faktor pasangan itu sendiri yang belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Oleh itu, perhatikan perkara-perkara di bawah sebelum mendesak pasangan anda berkahwin bagi mengelakkan konflik:

#1. Kebolehan pasangan mengawal tekanan

Sebelum memutuskan untuk ajak pasangan berkahwin, perkara pertama yang anda perlu pastikan adalah pasangan sudah boleh mengawal tekanan yang bakal dihadapi kelak.

Sekiranya pasangan anda itu masih tidak mampu menghadapi tekanan sehingga menyebabkan kerjayanya terganggu, sila tangguh niat anda itu terlebih dahulu.

Sebaliknya, cuba pujuk dan berbincang bersama untuk mendapatkan tarikh yang anda berdua persetujui.

Cuma, jangan pula anda membebani pasangan anda dengan pertanyaan seperti ini ya?

Sebaik-baiknya, biarlah pasangan anda yang mengatakannya terlebih dahulu!

#2. Kejujuran pasangan dengan anda

Dalam perkahwinan, kejujuran adalah amat penting. Jadi, cuba lihat sama ada pasangan anda berlaku jujur atau tidak dengan anda.

Sebagai contoh, cuba tanyakan pada pasangan mengenai situasi kewangan mereka.

Sekiranya mereka masih berat untuk memberitahu anda masalah yang dihadapi, mereka mungkin masih belum bersedia untuk berkahwin.

Selain itu, anda juga boleh lihat kepada perbuatan mereka. Jika pasangan masih lagi suka keluar bersama rakan-rakan atau pernah berlaku curang, itu tandanya mereka tidak memandang aspek perkahwinan dengan serius.

Sekiranya mereka pernah melakukan kesalahan dan berani berterus-terang dengan anda dengan serta memohon maaf, mungkin itu tandanya pasangan ikhlas untuk mendirikan mahligai cinta bersama anda!

kahwin

#3. Gaya hidup pasangan sebelum kahwin

Pasangan bercinta di luar sana, sila perhatikan perkara ini betul-betul sebelum ajak pasangan anda berkahwin. Siasatlah gaya hidup pasangan anda agar tiada penyesalan akan berlaku kelak.

Sebagai contoh, sila ambil tahu mengenai kehidupan pasangan. Adakah dia seorang kaki dadah, kaki judi, kaki arak atau kaki perempuan?

Jika ya, tangguhkan niat anda untuk mengajak pasangan anda berkahwin.

Namun, ini tidak bermakna anda perlu terus meninggalkannya pula. Manusia boleh berubah ke arah kebaikan jika ada dorongan yang kuat untuk mereka.

Jadi, cuba ajak pasangan untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.

Mana tahu dengan kesungguhan anda untuk menjadikan pasangan sebagai insan yang lebih baik mampu membuka hatinya untuk menerima anda sebagai pasangan sehidup semati?

#4. Pendapat pasangan mengenai anak

Dalam pada itu, anda perlu ambil tahu pendapat pasangan mengenai cahaya mata sebelum mengajak si dia berkahwin.

Tanyakan kepada mereka tentang perancangan untuk mempunyai anak selepas berkahwin kelak.

Adakah seorang anak sudah memadai? Jika tidak, adakah 2 atau 3 orang menjadi pilihan?

Sebenarnya tiada masalah jika pasangan ingin mempunyai 10 orang anak sekalipun. Yang menjadi masalah adalah jika dia langsung tidak pernah memikirkan hal ini di dalam perhubungan anda!

Ini mungkin disebabkan mereka tidak mengambil berat hal perkahwinan kerana belum bersedia.

Jadi, jangan desak pasangan kahwin sekiranya dia tidak langsung memikirkan mengenai perancangan untuk mempunyai anak.

#5. Persediaan pasangan dari aspek kewangan dan kerjaya

Pasangan bercinta, ketahuilah bahawa anda berdua sebenarnya perlu bersedia dari aspek kewangan dan kerjaya masing-masing terutamanya jika anda bergelar kaum Adam.

Namun, jika anda mendapati bahawa pasangan anda masih belum bersedia dan tidak lagi stabil dari aspek-aspek ini, cuba untuk tidak desak pasangan untuk berkahwin.

Sebaiknya, tunggu sehingga si dia benar-benar bersedia dari pelbagai aspek termasuklah mental dan fizikal sebelum buat apa-apa keputusan okay?

Konklusi

Kesimpulannya, jika pasangan desak ajak kahwin, cuba untuk tidak mengamuk atau marahkan pasangan anda. Ketahuilah bahawa mereka mungkin melakukannya kerana perasaan cinta yang terlalu mendalam serta takut anda akan berubah hati kelak.

Jadi, berbincanglah secara baik. Keputusan secara bersama itu adalah perkara yang terpenting dalam usaha untuk melangkah ke alam perkahwinan yang lebih mencabar kelak.

Kami di Hello Doktor mendoakan agar hubungan anda dan pasangan mampu kekal sehingga ke jannah.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Anda Dah Lama “Single”? Tak Faham Kenapa Susah Nak Dapat Pasangan? Ini Mungkin Jawapannya!

    Anda masih hidup bujang sampai sekarang, sedangkan rakan sekeliling anda sudah berteman? Ini mungkin punca mengapa anda masih memegang status single.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 03/08/2020 . 3 minit bacaan

    Kenapa Tak Boleh Buat Seks Dengan Ramai Pasangan? Bukan Sebab HIV Sahaja Ya!

    Seks tidak selamat bukan setakat menyebarkan HIV sahaja. Ada kemudaratan lain hubungan senggama bersama banyak pasangan. Jom klik untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 09/07/2020 . 3 minit bacaan

    Orang Muda Lagi Aktif Berjimak Bersama Pasangan? Anda Silap! Ini Kajian Yang Kata!

    Menurut kajian terkini, didapati bahawa golongan belia sudah kurang buat seks. Jom ikuti artikel ini untuk tahu apa itu jimak dan kenapa ia berlaku!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 08/07/2020 . 3 minit bacaan

    Katakan TIDAK Kepada Seks Sebelum Kahwin, Ini 7 Kesan Negatif Jika Anda Lakukannya!

    Tidak dinafikan, seks luar nikah adalah perkara yang normal pada zaman sekarang. Namun tahukah anda ia boleh mendatangkan kesan negatif? Klik untuk baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 18/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kes penculikan digital

    Digital Kidnapping, Penculikan Kanak-kanak Atas Talian Yang Tidak Disedari Ibu Bapa, BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    selamat untuk kanak-kanak

    TIKTOK Trend Terbaru Kanak-kanak, Ibu Ayah Kena Tahu 5 BAHAYA Jika Anak ‘Gila’ Berdansa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
    selepas berkahwin

    Ghairah Isteri Menurun Selepas Sekian Tahun Berkahwin? Ini Puncanya Wahai Cik Abang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 14/08/2020 . 3 minit bacaan
    hepatitis b adalah

    “Saya Positif Hepatitis B, Bolehkah Berkahwin?” Sebelum Teruskan, Baca Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan