Suami Terpancut Semasa Seks Oral, Ini Kesan Yang Isteri Dapat Kalau Tertelan Air Mani!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Seks adalah antara aktiviti yang paling menarik untuk dilakukan oleh suami isteri.

Untuk pengetahuan anda, ia boleh dilakukan dalam pelbagai posisi termasuklah seks oral.

Pun begitu, kebanyakan pasangan terutamanya para isteri takut untuk melakukannya kerana ragu-ragu untuk menelan air mani suami.

Persoalannya, adakah perbuatan menelan air mani pasangan akan mendatangkan mudarat atau tidak?

Untuk tahu jawapannya, jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Boleh atau tidak menelan air mani?

Sebenarnya, perkara ini boleh dilakukan dan ia adalah normal untuk dilakukan oleh pasangan suami isteri!

Pun begitu, anda diingatkan untuk melakukan ujian air mani terlebih dahulu bagi memastikan anda benar-benar bebas daripada sebarang kondisi kesihatan berkaitan sistem reproduktif anda.

Jika belum melakukan ujian air mani, sang suami disarankan untuk menggunakan kondom saat melakukan seks oral bagi mengelakkan si isteri menelan air mani.

Jadi, perbuatan menelan air mani semasa seks oral ini boleh dan selamat dilakukan sekiranya pakar sudah mengesahkan anda tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

Apa rasa sebenar air mani?

menelan air mani

Tidak ramai yang tahu mengenainya kerana ia adalah sesuatu yang sangat subjektif. Ia sudah pasti akan berbeza bergantung kepada individu.

Pun begitu, ada beberapa faktor yang mungkin akan mendalangi rasanya.

Hakikatnya, rasa air mani ini sangat bergantung kepada apa yang wujud di dalamnya.

Antara elemen utama yang terkandung di dalamnya adalah cecair dengan sebanyak 96%.

Bakinya, 2% adalah dikandungi oleh sperma dan 2% lagi terdiri daripada elemen seperti berikut:

  • Gula fruktosa yang membekalkan tenaga kepada sperma
  • Sodium bikarbonat yang melindungi sperma dari persekitaran berasid dalam faraj
  • Vitamin C yang memastikan sperma sentiasa kekal sihat
  • Beberapa mineral lain seperti fosforus, zink, magnesium dan potasium

Disebabkan protein, enzim dan mineral ini, rasa asas air mani akan menjadi sedikit suam dan masin.

Namun, ada yang berpendapat rasanya adalah sedikit manis atau tawar.

Apa yang menyebabkan variasi pada rasa air mani ini?

Sebenarnya, faktor yang paling penting dalam mempengaruhi rasanya adalah diet pemakanan kita.

Sebagai contoh, perbuatan merokok dan pengambilan arak serta dadah boleh menyebabkan ejakulasi seseorang itu berasa pahit.

Daging dan khinzir pula dikatakan menyebabkan rasa sperma yang pahit dan tidak enak.

Punca perisa tidak enak yang lain adalah kafein yang mampu menyebabkan cecair ejakulasi anda berasa pahit.

Sekiranya tubuh badan anda sihat, kemungkinan besar air mani anda akan berasa normal.

Jadi, pastikan keadaan kesihatan anda semuanya baik dan dapatkan rawatan optimum.

Tambahan lagi, sesetengah ubat-ubatan juga mungkin akan mempengaruhi rasa ejakulasi anda menjadi rasa pahit atau masin.

Walaupun tidak banyak yang boleh anda lakukan jika anda terpaksa mengambil ubat tersebut, anda boleh cuba untuk memperbaikinya dengan meminum banyak jus dan juga air putih.

Apa mudarat jika menelan air mani?

menelan air mani

#1. Menyebarkan penyakit kelamin

Jika diteliti, kandungan komponen yang terdapat dalam sperma kelihatan seperti boleh ditelan dan dihadam dalam perut sama seperti makanan lain.

Namun begitu, sperma yang berasal daripada individu yang telah dijangkiti penyakit kelamin seperti HIV, hepatitis B dan C, herpes, syphilis dan chlamydia berisiko terjangkiti dengan virus yang sedia ada.

Risiko penyakit tersebut dijangkiti individu yang menelan air mani ketika melakukan seks oral juga akan meningkat jika terdapat luka pada mulut, lidah, atau gusi.

#2. Membangkitkan rasa loya dan muntah

Air mani yang mempunyai kandungan protein yang tinggi sebenarnya mempunyai bau yang agak busuk dan memualkan.

Oleh itu, cuba anda bayangkan bagaimana pasangan anda mahu menelan sesuatu yang mempunyai bau yang teruk?

Ia cuma akan membangkitkan rasa loya dan kemudian muntah lalu merosakkan mood seks anda dan pasangan.

#3. Mendatangkan sakit kepala dan selesema

Selain daripada loya dan muntah, perbuatan menelan air mani juga akan menyebabkan individu itu mengalami sakit kepala.

Ini berlaku akibat gejala psikosomatis buat mereka yang sebenarnya jijik terhadap sperma.

Bukan itu sahaja, menelan air mani pasangan juga sebenarnya akan mendatangkan jangkitan selesema akibat reaksi alahan mereka terhadap protein yang terkandung dalam sperma.

#4. Mengakibatkan trauma

Bagi pasangan yang sudah cuba menelan air mani atau tertelannya secara tidak sengaja, ia akan mengakibatkan trauma kepada mereka.

Ini berlaku ekoran daripada bau dan rasa air mani yang tidak sama dengan jangkaannya.

Jika perbuatan ini dilakukan berulang-ulang kali, ia akan mengakibatkan trauma.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Jejaka Jangan Banyak Main Telefon Sebelum Tidur, Risiko TIDAK SUBUR Tinggi

Adakah anda gemar menggunakan telefon pintar sebelum tidur? Pada masa kini, penggunaan gajet elektronik sebelum tidur sudah dianggap sebagai satu ritual.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 18/11/2020 . 3 minit bacaan

Ingin Cepat Hamil, Lakukan Hubungan Intim Sehari Lepas Isteri Habis Haid, Berkesan Ke?

Adakah wanita boleh hamil selepas haid tamat 1 hari dan seks dilakukan pada waktu ini? Jom kita klik artikel ini untuk tahu jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kehamilan, Rancang Kehamilan 12/11/2020 . 3 minit bacaan

MENGEJUTKAN! Tanpa Hubungan Intim Pun Anda Boleh Terkena HPV, Anak Dara Turut Berisiko!

Tahukah anda, jangkitan HPV sebenarnya bukan hanya berlaku disebabkan hubungan intim, ia juga mampu terjadi tanpa libatkan aktiviti seksual!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 09/11/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Cuma Tahu Guna, Ketahui Dulu Manfaat & Mudarat ‘Sex Toy’ Dalam Bersenggama!

Ramai yang mungkin hanya tahu menggunakan alat permainan seks namun tidak mengendahkan manfaat dan mudaratnya terhadap kesihatan. Jom klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

seks dan teknologi

Kehidupan Seks Terjejas Dengan Adanya Teknologi? Apa Kesannya Pada Hubungan Intim?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan
alahan sperma hamil

Wanita Alergik Sperma Lelaki, Boleh Hamil? Ia Bergantung Kepada Aspek Ini…

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 23/11/2020 . 3 minit bacaan
vulva bengkak wanita

Ladies, Pernah Tak Alami Bibir Faraj Membengkak? 5 Kondisi Ini Boleh Jadi Penyebabnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 20/11/2020 . 3 minit bacaan
manfaat seks

Hubungan Intim Bersama Pasangan Boleh Tingkatkan Kesihatan Jantung Anda, Betul Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 19/11/2020 . 3 minit bacaan