Sukar Move On? Ada 7 Cara Melupakan Si Dia – Nombor 5 Paling BEST

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 25/02/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Apabila perpisahan berlaku, perkara paling sukar dilakukan adalah untuk melupakan si dia. Tetapi jangan risau ada 7 cara boleh dilakukan untuk membantu anda yang mengalami masalah ‘susah move on‘. 

Berapa lama tempoh untuk melupakan si dia? 

Perpisahan yang terjadi dalam kalangan pasangan berkahwin atau mereka yang menjalinkan hubungan percintaan, pastinya menyedihkan buat individu lelaki mahupun wanita. Malahan untuk mengakhiri sesuatu perhubungan itu sudah tentu merupakan perkara yang sukar.

Apa yang berlaku mungkin akan membuatkan hati berasa seperti dunia sudah berakhir. Hakikatnya kesakitan yang dirasai itu cumalah sementara, malahan apabila tiba masa anda bersedia untuk move on, anda akan berjaya melupakan si dia.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam The Journal of Positive Psychology menunjukkan, seseorang yang baru putus cinta hanya memerlukan tempoh lebih kurang 11 minggu untuk kembali gembira seperti biasa.

Dalam kajian berasingan yang lain mendapati, pasangan bercerai memerlukan tempoh sehingga 18 bulan untuk sembuh seperti biasa. Apa pun, yang pastinya kesedihan yang dirasai tidak akan berkekalan. Bak kata pepatah, “hidup perlu diteruskan”.

Perpisahan yang menyakitkan

Sesebuah hubungan itu merupakan 1 bentuk asas dalam kehidupan seseorang. Jadi apabila hubungan itu berakhir, ia bermakna anda kehilangan individu penting dalam kehidupan, bahkan mungkin sebahagian daripada hidup anda. 

Ia adalah 1 perkara biasa untuk berasa kehilangan makna dan tujuan hidup. Ada masanya ia mungkin menyebabkan diri anda menjadi seorang individu yang berbeza berbanding ketika bersama si dia.

Memang menyedihkan, tetapi jika anda terus membiarkan rasa itu menyelubungi diri, ia akan membuatkan anda sentiasa berpegang kepada kenangan lalu dan mencuba untuk ‘membetulkan’ kembali hubungan yang sudah terputus. 

Walau sesukar mana jalan yang anda bakal hadapi untuk move on, anda tetap perlu menerima suratan takdir dan membiarkan ia berlalu pergi daripada hidup anda. Ia sudah menjadi masa lampau dan kenangan.

Mungkin anda berasa sukar menyingkirkan kenangan lalu kerana tidak mengetahui cara untuk melakukannya. Tetapi adakah terdapat cara untuk anda move on dan melupakan si dia? 

Tip melupakan si dia

Untuk melupakan seseorang pastinya tidak semudah melafazkannya. Apatah lagi jika ia melibatkan perceraian dalam sebuah perkahwinan. Bagaimana untuk anda dapat memadam ingatan tentang si dia yang pernah bersama anda?

Berikut adalah beberapa petua yang boleh anda cuba:

  1. Mengambil masa yang diperlukan

Untuk menyingkirkan si dia daripada ingatan adalah 1 proses. Ia bukan sesuatu yang boleh dilakukan secara tergesa-gesa. Paling penting elakkan untuk mencari pengganti semata-mata untuk menutup luka di hati.

Tindakan seperti itu tidak membantu merawat luka, sebaliknya mungkin akan menyebabkan ada hati yang akan anda lukai nanti. Walaupun sukar, anda terpaksa menempuhinya dengan jujur bersama cara yang berkesan. 

Ia akan mengambil masa, tenaga dan segala usaha dalam memperbaiki emosi dan perasaan anda. Tetapi percayalah itu semua akan menjadi sesuatu yang sangat bernilai, di mana anda akan menjadi lebih kuat dan tabah berbanding sebelumnya. 

melupakan si dia apabila berlaku perpisahan. perlu move on

  1. Beri peluang kepada diri untuk berasa sedih

Rasa sakit, terluka, kecewa dan sedih – tiada seorang individu pun akan menyukai perasaan seperti itu. Namun, anda tetap perlu membenarkan diri anda melalui semua itu untuk sembuh. 

Tidak mengendahkan apa yang dirasai hati dan perasaan anda atau berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku hanya akan melambatkan proses penyembuhan hati. Jujurlah dengan diri anda mengenai apa yang anda rasai terhadap perpisahan yang berlaku.

Usah malu untuk berasa sedih atau kecewa. Setiap individu pasti pernah melaluinya. Cuma jangan terlalu membiarkan perasaan dan emosi menguasai diri akibat perpisahan tersebut sehingga memakan diri.

  1. Luahkan kepada kenalan rapat

Biasanya sebelum terjadinya perpisahan, keputusan untuk membawa haluan masing-masing mungkin sudah lama bermain di fikiran. Apabila ia terjadi, individu yang menerima perpisahan selalunya akan terkejut dan terluka.

Perasaan terluka, kecewa, terkejut dan dikhianati sukar untuk ditempuhi secara sendirian. Anda memerlukan seseorang sebagai tempat untuk meluahkan apa yang anda rasai. Carilah individu yang boleh anda percayai.

Jika anda malu, mungkin anda boleh mendapatkan bantuan daripada pakar terapi, kaunselor mahupun ahli agama. Paling penting, jangan pendamkan dalam diri anda.

  1. Keluarkan si dia daripada senarai kenalan di media sosial

Ketika bersama sudah tentu anda akan menjadi antara senarai rakan di laman sosial milik si dia. Tetapi selepas perpisahan berlaku, melihat gambar atau status gembira milik si dia, pasti akan membuatkan hati anda bagai dihiris sembilu tajam. 

Jadi cara terbaik adalah untuk mengeluarkan si dia daripada senarai kenalan di media sosial. Biarlah jika ada yang mengatakan perbuatan tersebut tidak matang. Abaikan sahaja kata-kata tersebut. 

  1. Mencari cinta

Ketika perpisahan berlaku, mungkin anda akan berasakan sukar untuk mencari pengganti. Namun percayalah, setiap individu berhak bahagia, begitu juga dengan anda. 

Apabila anda sudah bersedia, bukakan peluang kepada diri anda dan individu yang benar-benar ikhlas menyayangi anda. Usah menutup pintu hati semata-mata demi si dia yang tidak mencintai anda.

  1. Menjaga diri sendiri

Hanya kerana si dia memilih untuk meninggalkan anda, ia tidak bermakna diri anda tidak berharga. Pada ketika ini, anda perlu untuk lebih memfokuskan tentang apa yang dapat membuatkan diri anda berasa lebih baik, bukan mengenai kesilapan yang anda lakukan. 

Mungkin anda boleh memilih untuk melakukan urutan spa, bercuti bersama keluarga mahupun rakan baik atau sesi berkaraoke bersama teman. Apa sahaja, asalkan boleh membuatkan anda berasa tenang.

  1. Lepaskan kemarahan

Memendam apa yang dirasai dan membiarkan diri terus berasa bersalah adalah 1 perbuatan yang tidak baik untuk kesihatan anda. Ia akan memakan diri anda sendiri pada akhirnya.

Sebaliknya, anda dinasihatkan untuk melepaskan apa yang terpendam. Ingatkan kepada diri anda memaafkan dapat memberikan ketenangan kepada diri. Selagi anda memendam perasaan, sukar untuk proses penyembuhan berlaku.

melupakan si dia apabila berlaku perpisahan. perlu move on

Akhir kata

Untuk melupakan si dia, bukan semudah ABC. Namun, anda tetap perlu mencuba. Jangan terus membiarkan diri hanyut dalam kenangan lama yang hanya menyakitkan hati.

Kami di Hello Doktor mendoakan agar anda mampu move on dan kembali memperolehi kebahagiaan yang dicari. Semoga berjaya!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nak Kahwin Semula Dengan Bekas Pasangan? Pertimbangkan 7 Perkara Ini Dulu Sebelum Betul-Betul Yakin!

    Masih ada rasa sayang kepada bekas pasangan anda? Adakah anda pernah terfikir untuk berkahwin semula dengan si dia selepas bercerai?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 25/02/2020 . 4 minit bacaan

    Ibu Atau Ayah? Ini Jawapan Siapa Dapat Hak Penjagaan Anak Selepas Bercerai…

    Apabila berlaku perceraian, persoalan paling utama dan sering ditimbulkan adalah mengenai siapakah yang lebih berhak mendapat hak penjagaan anak.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 11/02/2020 . 3 minit bacaan

    Putus Cinta? Tip Rawat Hati Terluka

    Kecewa akibat putus cinta? Itu adalah normal. Tetapi sampai bila harus terus berduka? Ikuti artikel ini untuk merawat hati yang terluka.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat 08/05/2019 . 4 minit bacaan

    Penceraian: Apakah Yang Perlu Anda Lakukan?

    Penceraian bukanlah satu perkara yang mudah. Ia satu keputusan yang sukar untuk dilakukan dan ia bukan satu proses yang mudah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    hak-penjagaan-anak-ketika-covid-19

    Co-Parenting Semasa COVID-19, Bagaimana Pasangan Bercerai Urus Penjagaan Anak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/04/2020 . 3 minit bacaan
    cara menghadapi putus cinta

    Jangan Buat Main Patah Hati – Silap Silap Boleh Bawa Maut

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 10/04/2020 . 3 minit bacaan
    pasangan china bercerai

    Ramai Pasangan Bercerai Ketika Kuarantin, Apa Nak Buat Jika Bosan Terkurung Di Rumah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/03/2020 . 3 minit bacaan
    hadapi-stigma-perceraian-perkahwina-perpisahan

    5 Cara Hadapi Stigma Perceraian – Nombor 4 Paling Menarik Untuk Dicuba

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/03/2020 . 3 minit bacaan