backup og meta

Bawang Putih Tingkatkan Nafsu Seksual Wanita? Ini Rupanya Manfaat Yang Kita Tak Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 23/05/2022

    Bawang Putih Tingkatkan Nafsu Seksual Wanita? Ini Rupanya Manfaat Yang Kita Tak Tahu!

    Dalam kalangan masyarakat kita, bawang putih memang banyak kegunaannya. Ramai yang gunakan ia dalam masakan serta ubatan secara tradisional. Namun, tahukah anda tentang manfaat bawang putih untuk wanita?

    Ini kerana sayuran ini memang mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan. Antara contohnya adalah ia dikatakan boleh meningkatkan kemampuan seksual individu.

    Akan tetapi, adakah ia fakta atau sekadar mitos semata-mata? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui jawapan sebenar dengan lebih mendalam lagi tentang manfaat bawang putih untuk wanita ini.

    Apa manfaat bawang putih untuk wanita dan kesihatan?

    Sebelum pergi lebih lanjut, wajarlah kita tahu tentang perkara ini terlebih dahulu. Ya, bawang putih memang mempunyai banyak manfaat yang telah dibuktikan secara saintifik.

    Berikut adalah manfaat sayuran ini terhadap kesihatan tubuh badan kita:

    manfaat bawang putih untuk wanita

    #1. Meningkatkan imuniti tubuh badan

    Menurut kajian yang dijalankan oleh Iowa Women’s Health Study yang melibatkan 41,000 wanita pertengahan umur, 35% daripada mereka lebih rendah risiko kanser jika makan bawang putih secara rutin.

    Ini kerana sayuran ini adalah antara makanan yang didapati dapat membunuh sel kanser di dalam tabung uji. Namun, kelebihan ini hanya akan didapati jika makan bawang putih mentah – bukan suplemen.

    #2. Membaikpulih sistem kardiovaskular

    Belum dapat dibuktikan jika bawang putih boleh membantu menurunkan kadar kolesterol.

    Namun kajian menunjukkan ia memang boleh mendatangkan impak yang positif terhadap arteri dan tekanan darah.

    Ini kerana para pengkaji percaya bahawa sel darah merah akan mengubah sulfur yang terdapat dalam sayuran ini menjadi gas hidrogen sulfida yang boleh membantu mengembangkan saluran darah.

    #3. Melindungi makanan anda yang lain

    Apa maksudnya? Untuk pengetahuan anda, bawang putih mempunyai sifat antibakteria yang boleh membantu membunuh bakteria penyebab keracunan makanan seperti salmonella dan E.coli.

    manfaat bawang putih untuk wanita

    Pun begitu, ia hanya sekadar membantu dan tidak boleh menghapuskan bakteria 100% pada makanan lain. Jadi, jangan gunakan ia sebagai bahan untuk sanitasi makanan.

    #4. Memberikan kulit yang cantik

    Sifat bawang putih yang antibakteria serta antioksidan ini bukan sahaja boleh membunuh bakteria penyebab keracunan makanan, malahan bakteria punca jerawat juga.

    Oleh itu, anda mungkin boleh guna ia dengan meletakkan pada kawasan jerawat pada kulit. Namun sila berhati-hati kerana ia boleh merengsakan kulit jika digunakan secara berlebihan.

    #5. Bermanfaat untuk kemampuan seksual lelaki

    Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa pengambilan bawang putih memang bagus untuk kesihatan seksual buat insan yang bergelar lelaki.

    Namun, untuk wanita masih belum ditemukan kesahihannya.

    Ia boleh membantu melancarkan perjalanan darah dalam tubuh badan termasuklah pada zakar. Jadi, ia tentu sahaja sangat penting dalam usaha mengelakkan masalah mati pucuk dan libido rendah.

    Adakah terdapat manfaat bawang putih untuk wanita?

    manfaat bawang putih untuk wanita

    Baiklah, sekarang kita sudah tahu bahawa sayuran ini memang mempunyai banyak kelebihannya terhadap kesihatan tubuh badan serta kemampuan seksual lelaki.

    Namun bagaimana pula dengan dakwaan yang mengatakan ia mampu meningkatkan libido wanita?

    Jawapannya adalah ya, ada kemungkinan bahawa ia juga boleh terjadi.

    Ini kerana bawang putih adalah salah satu daripada makanan yang mempunyai efek afrodisiak – bagus untuk kesihatan seksual individu tidak kira lelaki atau wanita.

    Selain itu, ia juga kaya dengan kandungan estrogen yang sangat penting dalam membina libido seorang wanita. Jadi, bawang putih berpotensi tinggi meningkatkan libido seorang wanita!

    Dalam erti kata yang lebih mudah, memang wujud manfaat bawang putih untuk wanita. Namun, kajian lanjutan masih perlu dijalankan untuk benar-benar tahu kesahihannya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 23/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan