backup og meta

Sudah Kahwin Pun Suami Masih Suka Tengok Porno? Ada 4 Sebab Ini Rupanya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/08/2023

    Sudah Kahwin Pun Suami Masih Suka Tengok Porno? Ada 4 Sebab Ini Rupanya!

    Dalam kehidupan ini, kita semua pasti mengenali individu yang ketagih menonton video lucah.

    Jika ya, ia adalah tidak mengejutkan. Jika tidak, sudah pasti individu di sekeliling anda sebenarnya sedang merahsiakan ‘tabiat buruk’ ini daripada anda.

    Ataupun, anda sendiri yang menyimpan sisi gelap itu dengan diri anda sendiri? Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui mengenai apa punca lelaki ketagihan video porno!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini.

    Apa itu video lucah?

    Pornografi adalah bahan lucah berbentuk visual bergerak yang boleh merangsang nafsu syahwat.

    Ia turut dikenali dengan nama ‘porn’, ‘smut’ dan sebagainya.

    Malangnya, pornografi telahpun dianggap sebagai sesuatu yang normal dalam kalangan masyarakat kita kini yang kononnya berfikiran terbuka.

    Paling menakutkan, mungkin ramai yang masih tidak tahu akan kemudaratannya terhadap kehidupan individu.

    Kebanyakan orang yang menonton pornografi, baik lelaki atau wanita cenderung menggunakan alasan bahawa ia dapat mengembangkan fantasi seksual lalu menguatkan rangsangan seksual ketika melakukan hubungan seks bersama pasangan mereka.

    video lucah

    Maka tidak hairanlah ada pasangan yang sudah berkahwin menonton video porno bersama-sama di rumah untuk tujuan mempelajari skil atau posisi seks yang baru.

    Persoalannya, mengapa pornografi sudah dinormalisasikan dalam kalangan masyarakat kita? Jawapannya, internet.

    Secara umumnya, video lucah ditonton oleh majoriti individu yang hidup di muka bumi ini terutamanya golongan lelaki.

    Mereka gemar menonton video yang tidak berfaedah ini kerana lelaki lebih mudah terangsang secara visual.

    Kenapa lelaki suka tengok video porno?

    Antara punca utama mengapa golongan lelaki gemar menonton pornografi adalah ia sangat mudah, murah serta tidak berisiko tinggi.

    Anda hanya memerlukan talian internet untuk melayari laman sesawang lucah yang memang mudah diakses di mana-mana sahaja baik pada komputer riba atau pada telefon pintar.

    Selain itu, ada beberapa lagi punca yang lain seperti:

    1. Ia jauh lebih selamat berbanding seks bebas

    Ini hanya benar jika ia dilakukan oleh lelaki yang belum berkahwin. Seks bebas sememangnya mempunyai risiko tinggi menghadirkan penyakit seperti STD dan STI.

    Disebabkan itu, mereka menggunakan alternatif menonton video lucah untuk memuaskan keperluan seksual mereka.

    video lucah

    #2. Lelaki mudah terangsang dengan visual

    Otak lelaki mudah terangsang dengan seks terutamanya melalui visual. 

    Selain itu, lelaki juga sangat gemar menonton video begini  sambil merelakskan diri di atas sofa. Jadi, pornografi adalah pilihan yang terbaik buat mereka.

    #3. Lelaki juga sangat gemar berimaginasi

    Kebanyakan individu akan mengaitkan perkara yang mereka lihat dengan diri mereka sendiri terutamanya lelaki.

    Disebabkan itu, mereka sangat gemar dengan video begini yang membenarkan mereka untuk berimaginasi lelaki yang ditonton dalam pornografi sebagai diri mereka sendiri.

    #4. Ia adalah salah satu cara untuk relaks

    Kebanyakan lelaki akan menggunakan video begini sebagai pendorong untuk mereka beronani dengan cepat – dan ini juga boleh berlaku walaupun mereka sedang menjalani kehidupan seksual yang sihat bersama pasangan.

    Konklusinya, ada banyak sebab kenapa orang lelaki gemar tonton video yang tidak berfaedah. Pun begitu, ia bukan alasan untuk anda teruskan amalan yang tentu sahaja tidak elok ini ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan