Hari-Hari Mahu, Patutlah Pasangan Selalu Ajak Buat ‘Projek’, Tak Sangka Ini Manfaatnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Dalam kehidupan rumah tangga, seks adalah antara perkara yang paling utama selain kewangan dan kerjaya. Tanpanya, maka hubungan pasangan suami isteri itu akan hambar.

Disebabkan itu, tiada alasan bagi kalian berdua untuk menolak hasrat pasangan yang ingin berasmaradana. Persoalannya, berapa kerap ia perlu dilakukan?

Adakah sehari, seminggu atau sebulan sekali? Selain itu, adakah jimak setiap hari akan beri kesan kepada suami isteri? Jom baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

Adakah jimak setiap hari bagus untuk suami isteri?

Sebenarnya, tiada masalah untuk pasangan suami isteri yang ingin bersenggama setiap hari. Malah ia juga adalah berita baik buat kalian berdua kerana mempunyai libido yang sangat kuat!

Buat pasangan yang baru berkahwin juga, ia adalah normal untuk kerap berintiman. Namun, ketahuilah bahawa api asmara yang giat menyala ini lama-kelamaan akan mengecil dan padam jua akhirnya.

Ini kerana faktor umur memainkan peranan yang sangat penting dalam kemampuan seksual. Semakin tua anda, semakin lemah libido anda. Jadi, hargailah waktu muda ini bersama pasangan.

Berbalik kepada persoalan adakah jimak setiap hari adalah bagus untuk suami isteri, jawapannya adalah ya. Ia adalah satu perkara yang normal yang sebenarnya mendatangkan banyak manfaat berbanding mudarat.

waktu sesuai buat seks

Ia mungkin terhalang akibat banyak faktor

Pun begitu, hasrat untuk anda dan pasangan melakukan jimak setiap hari mungkin terhalang akibat pelbagai perkara yang tidak dapat dielakkan.

Pertama sekali adalah kitaran haid. Ia sudah tentu menghalang dan menangguh projek asmara kalian berdua.

Kemudian, terdapat juga faktor pekerjaan dan anak-anak yang sudah tentu akan menjadi halangan.

Pun begitu, jangan risau jika ia tidak dapat dilakukan kerana ia bukanlah satu kemestian. Ya, mungkin ia adalah bonus untuk pasangan suami isteri yang dapat melakukan seks setiap hari.

Jelas Pakar Seks Dr. Logan Levkoff dari New York University, sebenarnya tiada jumlah seks yang normal kerana setiap perhubungan adalah berbeza bergantung kepada individu masing-masing.

Cuma, pastikan kalian sekurang-kurangnya melakukan seks seminggu sekali kerana ia adalah jumlah yang dipersetujui oleh majoriti pasangan suami isteri melalui sebuah kajian jurnal Archives of Sexual Behavior pada tahun 2017.

Mengapa jimak setiap hari itu perlu jika boleh?

Seperti yang telah kita ketahui, seks seminggu sekali sudah memadai. Namun jika kalian berdua mampu melakukannya setiap hari, apa salahnya?

Ini manfaat yang anda akan dapat jika kerap melakukan hubungan intim bersama pasangan:

#1. Mengurangkan kesakitan secara semula jadi

Seks mempunyai magis untuk mengurangkan kesakitan pada tubuh badan seperti migrain secara semula jadi!

Ini kerana aktiviti di ranjang bersama pasangan tercinta mampu membebaskan endorfin – hormon yang memberi efek suka, gembira dan bahagia.

#2. Meningkatkan tahap kesihatan jantung

Kajian terbitan American Journal of Cardiology pada tahun 2010 mengatakan lelaki yang melakukan hubungan intim 2 kali seminggu adalah kurang berisiko menghidapi penyakit jantung berbanding lelaki yang buat seks sebulan sekali.

Ini mungkin mempunyai kaitan dengan tahap stres dan kegelisahan.

Secara logiknya, individu yang kerap bersenggama dengan pasangan pasti tidak berniat untuk curang bukan? Kesannya, pasangan sudah tentu tidak perlu lagi berasa risau lantas kesihatan jantung mereka akan terjaga dan selamat!

#3. Mengharmonikan rumah tangga

Akhir sekali, jimak setiap hari sebenarnya mampu membuat rumah tangga anda dan pasangan lebih harmoni.

Ini kerana lebih kerap anda beraksi di ranjang, lebih kurang ruang dan peluang untuk kalian berdua bertengkar.

Oleh itu, cuba untuk berasmara dengan lebih kerap bersama pasangan okay? Jika tidak mampu jimak setiap hari, seminggu sekali juga sudah memadai!

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Seks Memang Seronok Namun Ada Kajian Kata Ia Boleh Cetuskan Serangan Asma! Benarkah?

    Seks adalah satu aktiviti yang sangat seronok. Namun ada kajian yang kata ia boleh jadi punca penyakit asma! Benarkah? Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Asma 08/10/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Bersama Tapi Tak Tahu Pasangan Ada Mood Atau Tidak? Perhatikan Petanda Isteri Terangsang

    Kaum Adam, jika anda ingin memberikan pengalaman seks terbaik kepada isteri, amat penting untuk mengenal pasti tanda-tanda wanita ghairah terlebih dahulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 07/10/2020 . 3 minit bacaan

    Pernah Terkena Penyakit Sifilis & Sudah Jalani Rawatan, Bolehkah Ia Datang Kembali?

    Rasanya ramai sudah tahu bahawa sifilis adalah STD yang berbahaya. Usai sahaja menjalani rawatan, adakah ia boleh datang kembali? Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    5 Sebab Mengapa Tak Hamil Walaupun Ada Ovulasi, Para Wanita WAJIB Ambil Tahu Jika Nak Anak!

    Mengapa masih tidak hamil sedangkan ketika tempoh subur anda melakukan hubungan seks? Apakah punca yang mungkin menjadi penyebabnya? Ikuti penjelasan ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit radang pelvik

    Malu Nak Jumpa Doktor, Penyakit Radang Pelvik Boleh Sembuh Sendiri Tanpa Rawatan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    libido wanita hamil

    Keinginan Nafsu Seksual Turun Naik Masa Hamil? 5 Perkara Inilah PUNCANYA

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/10/2020 . 3 minit bacaan
    seks semasa hamil

    Seks Semasa Haid Bukan Sahaja Kotor Tapi Juga Bahaya! Kalian Mungkin Terkena Penyakit Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 12/10/2020 . 3 minit bacaan
    ketiak manusia

    Terangsang Apabila Pasangan Angkat Ketiak? Anda Mungkin Termasuk Dalam Golongan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan